![]() |
Apa kata dimulakan dengan gambar kami dalam kereta hahaha... |
![]() |
Saya suka tengok pokok ini yang meneduhkan jalan dalam perjalanan kami ke Jeti Umbai. |
![]() |
Walaupun tak berapa laut sangat jiwa saya tapi tak dinafikan pemandangan laut sangat mengasyikkan. Laut kalau tak membadai, ia sungguh damai. |
Sampai sahaja di sana, kami check-in di D'Puteri Kurnia Resort, penginapan chalet menghadap laut. Oleh kerana hujung minggu memang tempahan penuh, kami dapat chalet di atas bukit sikit. Keadaan penginapannya sederhana saja, bolehlah untuk tujuan rehatkan diri tapi tidaklah bertaraf lima bintang sangat. Bolehlaaaaa.....
Selepas check-in Zila terus heret saya ke hujung bahagian hadapan pulau, di mana terdapat sebuah wakaf yang diuruskan oleh kaum India Muslim yang menyediakan makanan percuma untuk pengunjungnya. Kami duduk sebentar di wakaf itu dan sempatlah bercerita dengan kak Leha, salah seorang pengurus wakaf berkenaan. Di satu tempat dalam wakaf itu ada selonggok besar barangan makanan mentah hasil sedekah dan derma daripada orang luar. Mereka turut menerima derma dalam bentuk wang ringgit, untuk memastikan wakaf berkenaan sentiasa mempunyai bekalan makanan untuk diagihkan kepada orang yang datang. Jadi tengahari itu saya dan Zila pun ikut serta makan percuma di situ. Kari kambingnya sangat sedap ya...
![]() |
Sebenarnya saya tak berapa makan daging kambing. Tapi kerana dijemput orang, tak baik tolak rezeki. Makan sajalah, dan ia sedap. |
![]() |
Masjid Pulau Besar yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) |
![]() |
Di luar pagar makam Sultan Ariffin. |
Dengan cerita-cerita ini, tak hairanlah pulau ini dianggap pulau hajat oleh sebilangan orang yang hendak berubat dan berdoa. Kebetulan pula kami bertemu dengan seorang peniaga di pulau ini, yang menceritakan kepada kami punca penghijrahan beliau. Peniaga yang asalnya mencari rezeki di Kuala Lumpur ini meninggalkan kotaraya dan berniaga di situ, kerana beberapa perkara yang berlaku telah menjadi turning point dalam hidupnya. Kejadian itu menyebabkan beliau mempercayai bahawa pulau berkenaan menyimpan keberkatan tersendiri, hingga doa-doa beliau terutama di makam Sultan Ariffin dimakbulkan Allah.
Ketika mengunjungi makam Sultan Ariffin, kami melihat di tepi-tepi makam berkenaan ada banyak botol mineral pelbagai saiz diletakkan. Kami mendapat tahu kemudiannya ramai yang berhajat air berkenaan akan mendapat berkat bacaan Yassin dan ayat suci al Quran daripada orang ramai, dan boleh mereka gunakan untuk menyembuhkan
kesakitan/ masalah hidup yang dialami.
Petangnya setelah berehat dalam satu jam di chalet, saya dan Zila bergerak kembali untuk merentas pulau berkenaan turun ke pantai sebelah barat. Tujuannya nak tengok matahari terbenam. Dalam perjalanan, kami melintasi khemah-khemah kecil di tepi pantai, mungkin didirikan untuk tujuan penginapan. Kami juga melintasi rumah-rumah unik, dan ada Wakaf Masak Bonda yang kelihatan tidak begitu terurus. Oh, pulau ini banyak kucing. Banyak gila!!! Kucing beratur ikut kami jalan.
![]() |
Jangan cakap MAIM tak payung. Ada beberapa papan tanda menyatakan larangan terhadap perkara khurafat dan jenayah syariah di sekitar kawasan makam ini. |
![]() |
Gelanggang persilatan Persatuan Seni Silat Gayung Asli Purba Pulau Besar |
Kemudian kami melintasi pula tapak persilatan Persatuan Seni Silat Gayung Asli Purba. Rupanya persatuan ini memang mengadakan acara perhimpunan tahunan di Pulau Besar. Dikatakan bahawa pulau ini pernah didiami oleh pendekar-pendekar persilatan pada zaman dahulu seperti Panglima Lidah Hitam, Pendekar 7 Beradik, termasuklah Tok Janggut. Jadi saya mengandaikan bahawa perhimpunan itu adalah atas dasar mereka menghormati tanah ini sebagai tempat berhimpunnya para pendekar persilatan rantau ini.

Ketika kami mengunjungi makam Sultan Ariffin juga, ada sekumpulan pelawat seramai lebih kurang 50 orang sedang berziarah, berselawat dan seorang tua yang susuknya seperti pemimpin agama dalam kalangan mereka sedang membacakan kitab di hadapan perhimpunan mereka. Ketinggian nama Sultan Ariffin sebagai seorang alim ulama saya fikir menjadi punca kepada perhimpunan ini, malah penduduk tempatan memberitahu bukan satu perkara luar biasa melihat berbondong-bondong pengunjung dari Indonesia melawat makam berkenaan. Tujuan utama mereka adalah untuk mengambil berkat wali Allah.
Sebenarnya perjalanan kami merentas pulau ke pantai sebelah barat lebih menarik kerana saya bertemu dengan seseorang yang istimewa, iaitu keturunan ke-9 daripada Dang Wangi, isteri Laksamana Hang Jebat. Dia bercerita pada saya tentang peristiwa Dang Wangi dan Hang Jebat. Tapi takkan saya nak cerita sekarang. Tunggulah bahagian kedua haha ...
![]() |
Jumpa di bahagian ke-2 |
No comments:
Post a Comment