Wednesday, October 10, 2012

RATNA KADHAL - Percubaan cinta menjustifikasi prejudis


CINTA muncul sebagai premis kepada pergolakan kisah ini, tetapi lebih daripada itu ia sebenarnya berpaksi kepada pembicaraan kontemporari berkait hubungan etnik dalam negara. Penulisnya tidak berkias dalam gaya kepengarangannya. Naskah ini berkomunikasi, penuh terus-terang kepada khalayaknya bahawa: Manusia terlalu suka membezakan sesama manusia. Membezakan demi mendapatkan darjat dan kuasa agar berhak ke atas segala-galanya. Mereka mahu mengongkong dan mengalahkan manusia yang lain, sedangkan mereka sebenarnya sedang mengongkong dan memusnahkan sebuah kehidupan masa hadapan yang lebih damai. 

Persoalan dasar naskah ini sangat relevan dengan situasi yang berlaku pada masa ini. Sentimen etnik tidak berasas dan prejudis menjadi isu kritikal dan penulisnya cuba untuk menjustifikasikan segala-galanya dengan "cinta". Adakah dengan cinta saja sudah cukup untuk menyatukan dua perbezaan fahaman hidup di bawah bumbung yang sama?

Soalan ini mungkin berbaloi untuk anda fikirkan setelah menontonnya sendiri.

Saksikan RATNA KÄ€DHAL (Cinta Ratna) karya dan arahan Khairunazwan Rodzy pada 19 hingga 21 Oktober 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Ia turut dibintangi oleh Hariry Jalil, Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin, Azman Hassan, Azrul Azizi Amirul dan Dynna Zainal sebagai RATNA.

Untuk tempahan tiket sila hubungi AA 017-9823-272 NA 010-7603-101
Emel: stagerevolution@gmail.com
Twitter: @revolutionstage
Laman Facebook: Revolution Stage

No comments: