Monday, July 2, 2012

ADA APA DENGAN MINYAK ZAITUN

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

WAHH... kali ni dibuka dengan potongan ayat Al-Quran dan hadis pulak hehe ... Tulisan ini adalah satu perkongsian pengalaman saya menggunakan minyak zaitun untuk merawat diri-sendiri. Ternyata ia adalah pengalaman yang bagus sekali dan oleh sebab itu saya tergerak hati untuk menulisnya di sini, kalau ia boleh bermanfaat kepada orang lain pula.

Tahun lepas tiba-tiba lutut saya ditumbuhi ruam kemerahan yang gatal, semakin digaru semakin merah, menggelupas dan akhirnya ia luka. Kadang-kala berdarah dan ia kekal di situ selama berbulan-bulan. Doktor cakap saya menghidap "mild psoriasis", penyakit kulit yang akhirnya saya ringkaskan sebagai kurap kot haha ... Tapi tompok psoriasis itu hanya satu itu sahaja dan tidak merebak ke bahagian badan lain. Ia sebesar dua kali duit 50 sen. Rawatan yang diberi hanyalah krim putih yang perlu digosok di bahagian terjejas setiap hari.

Ketika mak saya datang ke KL dia bancuhkan belerang dengan minyak masak untuk disapu di kulit itu, tapi saya hanya bertahan gunakannya beberapa hari saja sebab bau belerang tu ya ampun, boleh melekat di baju berminggu-minggu baunya. Jadi saya bergantung sajalah pada krim doktor itu. Maka kekallah psoriasis itu di kulit lutut saya jadi perhiasan yang sungguh membosankan, dan menjadikan saya tertekan terutama kalau gatal.

Alkisahnya 4 bulan selepas saya berada di Melbourne, saya menjalani regular check-up di klinik Monash Uni, melibatkan pemeriksaan kandungan gula, darah dan kolesterol. Keseluruhannya okey cuma bacaan kolesterol saya agak tinggi sikit daripada biasa. Walaupun doktor kata "no red alert, don't worry", tapi saya tetap tak selesa kerana saya tau bacaan kolesterol tinggi bukan petanda yang baik untuk sistem kardiovaskular badan manusia. Tambah-tambah saya duduk seorang di sini, jadi saya mesti berusaha sehabis baik menjaga kesihatan saya. Oh ya, dan saya tunjukkan kulit lutut saya itu pada doktor dan dia bagi satu krim putih bernama Advantan saja untuk disapu.

Tentang krim ini yang saya guna dari KL sampailah ke Melbourne, ia hanya berkesan menghilangkan gatal, kesan merah dan luka pada kulit saya dalam masa 24 jam. Ataupun tak sampai pun 24 jam. Setiap malam pasti tangan saya akan automatik menggaru-garu tempat itu, sampai kalau dah sedap sangat digaru jadi luka dan berdarah. Maka sapulah lagi krim itu. Begitulah setiap hari. Saya pun dah set dalam minda saya bahawa seluruh hiduplah saya akan habiskan dengan keadaan menggaru-garu setiap malam seperti itu.

Balik pada cerita kolesterol tinggi tu, saya pun buat carian di internet tentang rawatan semulajadi menurunkan kolesterol sebab doktor pun suruh saya kawal diet dulu, kerana dia tak mahu saya bergantung pada ubat pada usia yang masih muda begini. Jadi cari punya cari, saya jumpa sekian banyak artikel yang mensahihkan bahawa minyak zaitun adalah penawar terbaik untuk penurunan kolesterol. Saya tak pernah ambil tau pasal minyak zaitun selama ni, tetapi bila dah dilanda sakit barulah terhegeh-hegeh nak ambik tau. Pencarian ini membawa saya kepada penemuan hadis-hadis dan ayat Al-Quran sebagai dalil kepada sifat minyak zaitun sebagai penawar. Salah satu hadis yang saya baca menyatakan bahawa minyak zaitun boleh menjadi penawar kepada 72 jenis penyakit termasuk kusta.

Maka tanpa pengetahuan yang mendalam tentang jenama terbaik minyak zaitun, saya pun tawakal sajalah ke pasaraya esok harinya dan membeli sebotol Olive Oil keluaran Sepanyol. Saya ada baca di internet, katanya sebaik-baiknya beli yang keluaran Palestin atau Syria tapi saya tak jumpa. Jadi berdasarkan kepercayaan bahawa pokok zaitun di mana-mana pun sama, saya belilah produk ini yang saya main tangkap muat saja. Saya tengok botol mana yang lambang produknya paling cantik haha... (sebab rupa dan harga lebih kurang).

Saya pun mulalah mengambil minyak zaitun, sehari dua kali. Sesudu pagi dan sesudu malam. Pada pagi hari keempat, tiba-tiba perut saya rasa memulas macam ditenyeh-tenyeh seluruh usus dan diikuti dengan kejadian saya pun masuklah bilik air. Haaa... susah juga saya nak cerita pengalaman dalam bilik air ni sebab "tak kesopanan dan kesusilaan" langsung hahaha... Tapi saya ringkaskan beginilah - itulah pengalaman pertama dalam hidup saya yang rasa sangat menakjubkan selepas keluar dari bilik air hehe... Memang rupanya minyak zaitun ini antara tindakannya mencuci usus kita dan membersihkan kotoran, mengikis saki-baki dan sisa-sisa pada dinding usus sampaikan bahan buangan yang keluar tu ... hmm... saya cakap beginilah ... bau dan rupanya macam longkang yang tak dicuci 10 tahun. Hehe ... jangan imagine ya... saya pun geli nak sebut tapi untuk perkongsian saya tulis jugalah dalam cara paling metaforik.

Saya pun mula seronok kerana ada hasil dan kesan yang bagus, jadi saya bertekad teruskan. Saya belum jumpa doktor lagi untuk melihat adakah paras kolesterol saya sudah turun tapi saya dapat rasakan perubahan seperti tidak ada rasa tidak selesa lagi pada bahagian tertentu di badan seperti selalunya. Pendek kata ada perubahanlah.

DAN yang paling magik, adalah - selepas lebih kurang 3 minggu mengambil minyak zaitun secara konsisten, tiba-tiba satu malam saya teringat, "eh, dah lama tangan ni tak menggaru lutut". Sekali saya tengok kulit pada lutut saya yang ada psoriasis tu, Masya-Allah, saya terkejut. Sembuh!

Serius! Sembuh!

Tak ada luka, tak ada warna merah dan yang ada sekarang hanya kesan kulit keputihan seperti tisu kulit nak kembali bersambung. SELAMA SETAHUN SAYA MENDERITA KEGATALAN DAN BERGANTUNG DENGAN KRIM HOSPITAL, TIBA-TIBA HANYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN 3 MINGGU - ......

Speechless betul saya melihat kulit saya tu. Sampai saya telefon suami dan emak saya. Rasa nak nangis pun ada. Rasa macam melihat keajaiban. Tak putus-putus ucapan syukur di mulut saya sebab psoriasis itu memang sangat mengganggu saya selama ini. Dan sehingga saya menulis blog ini, saya periksa lagi bahagian lutut itu dan memang sudah tak ada kesan luka dan merah merekah. Sembuh! Tapi takkanlah saya nak letak gambar lutut saya sebelum dan selepas hehe...

Syukur alhamdulillah dan saya bertekad, saya mesti tulis pengalaman ini di blog. Dan saya sudah pun beli sebotol minyak zaitun yang baru, kali ni jenama Itali. Dulu Spain sekarang Itali, walauponnn Itali kalah hahaha...

Tapi tujuan entri kali ini benar-benar adalah untuk berkongsi perasaan saya dengan anda semua. Saya bukanlah nak menidakkan ubat dari hospital kerana ilham perubatan sains itu datang dari Allah jua. Tapi betapa benarnya keajaiban zaitun yang disebut-sebut menerusi kalam Allah dan lidah Rasul ini, bukanlah sebelum ini saya tidak percaya tapi kalau kita tak pernah cuba maka kepercayaan itu hanya kepercayaan menurut-nurut sahaja. Tetapi apabila ia berkesan kepada diri saya sendiri, maka spontan saya berkata, "nikmat Allah mana lagi yang mahu aku dustakan?"

Entri ini hanya perkongsian, mungkin berguna mungkin tidak. :)


42 comments:

Pegawai Khalwat said...

Tapi harga minyak zaitun kalau di Malaysia, ya ampun!

LENNY ERWAN said...

Haa memang pun ya ampun sangat haha... kat sini yg saya beli tu harga dalam 6 dolar saja. Dan saya boleh bayangkan berapa kali gandanya harga itu di malaysia haha...

Hasyuda Abadi said...

Perkongsian yang amat berguna Lenny. Terima kasih.l

jaa rased said...

baru terbaca entry kak len pasal minyak zaitun,memang bagus khasiatnye,kt rm 13o sebotol,jaa amal makan tu sb kolestrol jaa bulan lepas tak boleh dibaca, rupanya kolestrol takda dalam darah pun bahaya,ayah jaa yg suh muinum minyak zaitun tu.mula2 tak lalu gak nak minum,tp memandangkan penyakit da banyak,kecing manis lagi,kolestrol rendah lagi..hahahahahah..memamg mustajab.

Hawa said...

Terima kasih atas perkongsian ini...Saya baru nak cuba amalkan. Juga nak bagi anak yg ada sakit kulit mcam Lenny tapi lagi teruk rasenya..dah jenuh berubat..dah..tiap2 malam dia gatal dan akan menggaru2 sehingga berdarah...terima kasih sekali lagi..Saya dapat beli minyak Zaitun keluaran Turki..kebetulan office tempat kerja offer harga murah sket...dah beli tapi sayang nak guna...

LENNY ERWAN said...

Sama-sama Hawa, kita kongsi2 perkara yang boleh membawa kebaikan insya Allah. Nanti update lah perkembangan anak Hawa, mungkin boleh bantu orang lain lagi. Kita doa dia sembuh.

Dora said...

hi Kak Lenny! Thank you for sharing! Baru kena diagnose dgn psoriasis nie >.< kak lenny d kaki saja, saya satu badan! sedih nya..
Guna cream dri doc beransur pulih tp masih ada lg. Saya punya jenis bintik2 keci2 and d kulit kpla..
Nak cuba amalkan la minyak zaitun nie, hope it works!

LENNY ERWAN said...

Salam Dora, try saja ya. Dan keep consistent. Kak lenny yg di kaki tu ambil masa dalam 2-3 minggu utk sembuh. Dan skrg lepas ambil dalam 4 bulan, kak lenny baru sedar yg bintik2 putih mcm panau di tangan pun sudah hilang. Alhamdulillah. Yg penting kita konsisten dan sabar. Good luck.

aniza said...

assalamualaikum, hah...memang minyak zaitun berkesan. kalau ada sesiapa yang ingin membeli kapsul habbatus sauda dan kapsul minyak zaitun, boleh ke http://www.facebook.com/SunnahShoppe4u. Kalau nak beli lotion pun ada, sangat wangi :) terima kasih kak lenny kerana sudi share pengalaman. moga terus istiqamah.

LENNY ERWAN said...

Salam aniza,

insya Allah. Istiqamah. Mudah mudahan dipermudahkan Allah semuanya.

Souq Muslimah4u said...

terima kasih kak lenny :)

Sarang Health and Beauty House said...

betul tu, saya sangat setuju dengan kebaikan olive oil. sy ada eczema, gatal2 yang takkan hilang sampai bila2. doc pun ckp mcm tu. sebab tulah sy cuba cari penawar lain yg bkn dr chemical ni. kata org, sebaiknya makan minyak zaitun sahaja (raw) utk kesan terbaik, tp sy xblh nk mkn minyak mcm tu je, jd sy ambik kapsul oilive oil keluaran Halagel. suka sangat sampai dah jual produk ni :D pada siapa2 yang xblh telan olive oil raw, blh beli kapsul olive oil dengan sy di: http://www.facebook.com/saranghealthandbeauty :)

Anonymous said...

salam....sy pakai brand naturalle,, yg myk utk masakn & dressing utk salad...boleh ke ek? ke ad special olive oil yg mmg utk d mkn?

Your Beauty Coach said...

alhamdulilah.. sya jumpA entri ni... insyallah akn segera amalkan minyak zaitun ni...tq tuan rumah..

Pokok Zaitun said...

saya menjual minyak zaitun palestin (ramallah)

boleh hubungi:0122996431 -amir-@ http://rahsiapokokzaitun.blogspot.com/

aufa humaira said...

Salam, minyak zaitun memang bagus untuk kesihatan. Bagi yang nak cuba minyak atau kapsul minyak zaitun boleh lawati kami di: http://aufahumairaent.blogspot.com/2013/01/produk-minsyam.html

Anonymous said...

salam .. nak tanya, ambil satu sudu minyak zaitun bermaksud minum minyak itu? tanpa tambah apa2?

DZARSYA said...

Assalamualaikum...mmg betul mengenai minyak zaitun ni...kawan saya disahkan kolestrol tinggi (8.1)...menurut dokter kadar kolestrol normal ialah 4 and below...Dokter cuma bagi 3 pilihan...a. stroke, b. jantung, c. mati....mengerikan sungguh offer yang diwar-warkan...last sekali kawan saya amalkan makan olive oil...dalam jangka masa sebulan (sesudu pagi sblm makan dan malam sebelum tido)...Alhamdulillah kadar kolestrol menurun ke angka 4...menajubkan....dokter tak percaya siap tanya makan apa...(you dokter cuma tau ubat saja maaaa....itu ciptaan manusia)...terbukti kebenaran yang tertulis dalam Al-Quran mengenai minyak zaitun dan sunnah nabi...

LENNY ERWAN said...

Souq Muslimah - welcome :)

Anonymous - boleh saja pakai minyak zaitun yg sama utk salad dressing & dimakan. Tapi kalau boleh jangan guna ketika dimasak sebab kurang sesuai. Letak minyak zaitun atas masakan selepas keluar dari kuali ya.

Anonymous2 - yap, gunakan satu sudu minyak zaitun tu dan diminum begitu saja.

Your beauty Coach, insya Allah sharing is caring. Semoga istiqamah.

LENNY ERWAN said...

Dzarsya, itulah pasal. Kak lenny pun meyakini minyak zaitun sebagai penawar melalui dalil Quran. Insya Allah yg penting kita istiqamah.

darul ridzuan said...

salam semua,boleh saya mencelah tentang keabaikan minyak zaitun????
pengalaman saya ketika berjumpa dengan pesakit yang saya bantu dengan menggunakan minyak zaitun sangat-sangat positif.....cepat tindak balasnya terutama kepada yang mempunyai masalah kolestrol yg tinggi,kencing manis,darah tinggi,gaout,sembelit......

fadhil said...

salam... satu perkongsian yg sangat bermanafaat.
mohon share ye

Fieza Ismail said...

Assalam...kalau tak lalu nak makan yang minyak punya makan kapsul ok tak?ke kapsul lambat kesan dia?

LENNY ERWAN said...

Darul rizuan - alhamdulillah penawar dari Allah

Fadhil - silakan

Fieza saya tak pernah try yg kapsul tapi org cakap sama saja

LENNY ERWAN said...

Darul rizuan - alhamdulillah penawar dari Allah

Fadhil - silakan

Fieza saya tak pernah try yg kapsul tapi org cakap sama saja

Nur Bahirah Abdullah said...

Salam.terima kasih diatas perkongsian ilmu yg sangat bermanafaat, secara jujurnya saya lebih suka mencuba sesuatu yang bersifat semulajadi, lebih selamat, bersih dan berkesan. Wallahualam..

Yanis said...

KHASIAT SOFTGEL HABBATUS SAUDA

Antihistamine (pencegahan alahan)
Anticancer (pencegah kanser)
Antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
Antibiotic (pembunuh kuman)
Antimycotic (antikulat)
Bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
Melancarkan keluarnya kencing
Memperlancarkan darah haid
Melancarkan pengeluaran susu
Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
Mengeluarkan angin dari perut
Menambah ghairah seks
Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
Masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
Masalah tulang / sendiri - gaout, arthritis dan reumatima
Kencing manis
Alergi
Migrain dan banyak lagi.

KHASIAT SOFTGEL MINYAK ZAITUN & OLIVE LOTION

Membantu mencegah keracunan.
Membantu sistem penghadaman.
Membantu menyingkir parasit pada usus.
Mengandungi bahan anti penuaan.
Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
Membantu melegakan athritis dan sciatica.
Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
Membantu menstabilan asid lemak.
Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
Membekalkan omega 9.
Mengurangkan kadar kolesterol
Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit
Mengurangkan rekahan pada tumit kaki

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan order/belian dialu2kan untuk inbox/like http://on.fb.me/17Ygqwz

Yanis said...

Maklumat lanjut like FB Minsyam JB - Yani Yanis untuk perkongsian bersama..

Unknown said...

sy ada penyakit kulit eczema. Pantangnya tau2 ajalah makanan laut even ayam pun kalau makan akibat nya menggaru....Setahun yang lalu sy mengamalkan mengambil satu sudu besar Virgin oilve Oil + 2 sudu besar Cuka Kurma + 1 sudu teh Madu lebah + habatus sauda....alhamdillah penyakit Eczema saya sudah hilang. Dan sy tidal amalkan multivitamin seleas itu. Marilah kita kembali kepada pemakanan Sunnah...

Anonymous said...

sy ada penyakit kulit eczema. Pantangnya tau2 ajalah makanan laut even ayam pun kalau makan akibat nya menggaru....Setahun yang lalu sy mengamalkan mengambil satu sudu besar Virgin oilve Oil + 2 sudu besar Cuka Kurma + 1 sudu teh Madu lebah + habatus sauda....alhamdillah penyakit Eczema saya sudah hilang. Dan sy tidal amalkan multivitamin seleas itu. Marilah kita kembali kepada pemakanan Sunnah...

irham ghafar said...

Tq..sgt berguna Pengalaman tu pd saya

Sekeping Hati said...

Salam. Sy ingin tahu, ada brp jenis minyak zaitun ya? Maksud, smua y dijual di pasaraya boleh di makan bgitu saja? Sy xtahu mana satu y boleh dimakan trus.. Jd sy was2..

Sekeping Hati said...

Salam.. Boleh sy tahu pbezaan buah zaitun dan myk zaitun? Ada brp jenis myk zaitun? Adakah smuanya bole diminum terus bgitu saje?

LENNY ERWAN said...

Salam Sekeping hati,

menurut pengetahuan saya buah zaitun adalah buah yang menghasilkan minyak zaitun. Biasanya yang ada di Malaysia ni adalah minyak zaitun yang telah diproses dan dijual dalam bentuk botol/pil.

Minyak zaitun dibahagikan kepada banyak jenis seperti classic, extra virgin dan sebagainya. Kita boleh beli mana2 saja di pasaraya dan boleh dimakan terus begitu saja. Minyak zaitun jangan digunakan untuk memasak. Ia boleh dijadikan dressing/ ditabur atas makanan.

Anonymous said...

assalam.. nak tanya, apa warna minyak zaitun yg dimakan oleh Lenny? hijau kekuning2an atau kuning2?

dan warna botolnya gelap atau jernih?

_Lina

Anonymous said...

Terima kasih Lenny, satu perkongsian pengalaman sebenar yg baik. Saya pun mengidap masalah sama...nak kata kurap pun bukan, panau, kudis entah la tapi gatal2 yg sedap sgt kalau digaru...ubat krim dr klinik hanya sementara.....insyaAllah saya nk cuba harap hilanglah "stress" selama bertahun2 ni.....

MyDear Eny said...

baru je 2ari amalkan minyak zaitun ni

Anonymous said...

Kat mana nak dapatkan minyak zaitun?

Anonymous said...

Tq sis atas perkongsian ni. Mmg mknn sunnah la yg tbaik.
Btw sy beli extra virgin olive oil by house of olive. Dr Syria. Harga x smpi 40.Agak pure. Warna x tlalu jernih.

Cikgu Bahagia said...

Sesiapa yang memerlukan minyak zaiton terbaik dari Turki sila sms/whatsapp/telegram saya
019 2239919

suffian man said...

mai order PATI MINYAK ZAITUN... harga rm40 cost pos percuma... berminat sms/whatsapp 0134075032

perubatan khalifah said...

assalam...
saya jururawat pelatih...yup, selama saya merawat pesakit yang ada kencing manis di hospital, saya dapati rawatan barat ini tidak menyembuhkan langsung, hanya untuk mengawal diabetes sahaja.
fikir2kanlah, insulin diberi setiap hari setiap kali sebelum makan, akibatnya badan kita takkan hasilkan insulin semulajadi lagi dah..inilah tujuan mereka, supaya kita tetap dengan ubat barat.
insulin ini dihasilkan oleh pankreas dalam badan kita. mengapa jika sakit jantung, mereka boleh pulihkan semula jantung kita, tetapi jika diabetes, mereka cuma mengawalnya sahaja??? sebabnya ialah, jika pesakit jantung mati, maka terputuslah pendapatan mereka.
sepanjang saya jadi jururawat, saya dah lihat ramai pesakit saya yang sembuh dengan rawatan islam dan tradisional. ada ubatnya, cuma kita ni terlalu percaya pada hospital dan ubat-ubatan mereka. dari segi penjagaan, saya akui jururawat kita adalah terbaik (bukan berniat puji diri sendiri).
untuk maklumat lanjut tentang kaedah perubatan tersebut,termasuklah kisah benar bekas pesakit saya yang sembuh dari kanser serta kaedah rawatannya, sila layari : rawatankanser2013.blogspot.com