

SEJAK sekian lama, impian dan cita-cita saya adalah mahu ke Southeast Asian Studies Department, University of Hawaii, USA. Ramai sarjana yang saya kagumi di dalam bidang ini datang dari situ, ditambah reputasi Hawaii melahirkan ramai cendekiawan selain komitmen mereka memulihara seni persembahan Asia. Malangnya saya terlepas Hawaii kerana prosedur biasiswa dan intake yang tidak selaras. Intake terdekat Hawaii adalah 16 Januari 2012 sedangkan syarat utama biasiswa ini, saya harus memulakan pengajian sebelum 31 Disember 2011. Saya sudah cuba merayu pada Bahagian Biasiswa di UM tapi tetap tak boleh. Saya sangat kecewa dan kebetulan seorang Visiting Professor dari Universiti of California, Santa Cruz, iaitu Prof Kathy Foley berada di fakulti kami selama 3 bulan, jadi kepada dialah saya mengadu.
Prof Foley memberikan beberapa nama sarjana dan universiti untuk saya hubungi, tetapi kebanyakannya di USA yang mana intake mereka tidak jauh beza dengan Hawaii. Satu hari Prof Foley meminta saya menghubungi seseorang bernama Dr William Peterson di Centre of Theatre and Performance, Monash University, Melbourne, Australia. Will adalah sahabatnya dan kini begitu komited di dalam kajian seni tradisional Asia Tenggara terutama Filipina. Maka dengan sepantasnya saya yang hilang arah ini menghubungi Dr William Peterson - dan bermulalah hubungan kami berdua ... hehehe...
Selama 7 bulan saya dan Dr Will berutus email dan semua proses hanya berlaku online. Beliau bersetuju menjadi penyelia sebaik saja membaca proposal yang saya email. Walaupun urusan permohonan adalah dengan pusat pasca siswazah (MRGS) tetapi Dr Will meminta saya cc kepadanya setiap butiran permohonan. Dalam setiap email saya dan Dr Will, selain update perkembangan terbaru kami sering menceritakan perkembangan diri masing-masing, hingga ada masanya saya berasa begitu rapat dan kenal Dr Will secara peribadi. Dipendekkan cerita, saya pun sampailah di Monash Uni dan bertemu dengan Dr Will buat kali pertama di pejabatnya pada 1 Disember 2011 jam 11 pagi. Kami tidak kekok langsung kerana sudah 7 bulan mencipta hubungan yang baik secara online. Menepati jangkaan saya, Dr Will adalah seorang manusia yang sangat positif selain ceria, humor yang tinggi dan begitu motivatif sekali. Dia adalah seorang Amerika yang memberitahu saya bahawa Amerika sekarang dilanda krisis moral yang sangat teruk, dan itulah juga sebabnya dia berada di Australia untuk tahun ke-6.
Penyelia kedua saya Dr Fiona Gregory, yang cantik jelita ditambah lagi sedang mengandung lima bulan - majoring beliau adalah lakonan. Kedua-dua mereka orang yang baik dan sangat suportif. Ketika meluahkan kebimbangan saya mengenai proses candidacy confirmation yang bakal ditempuhi dalam masa setahun dari sekarang, Fiona memberitahu saya "Don't worry, you will not be left unsupported". Malah beliau memberikan saya buku berjudul "How To Get A PhD" untuk memulakan pencarian saya dalam bidang ini.
Sementara hubungan saya dengan Dr Fiona memang lebih formal selayaknya antara penyelia dan pelajar, tidak pula begitu dengan Dr William. Dalam proses penyeliaan yang dijalankan, pensyarah yang datang pejabat pakai selipar ini sering menghuru-harakan situasi, membuat saya ketawa dengan jenaka ilmiahnya, mengajar saya perkataan-perkataan English yang baru (yang katanya tak ada dalam kamus Australia hahaha ...) dan dengan dia saya tahu saya akan improve dengan lekas kerana dia seorang yang pantas bertindak. Baru dua perjumpaan dengannya saya telah memperoleh pelbagai panduan dan saya berdosa kalau saya cakap di peringkat ini saya masih lost! NOT AT ALL! Saya tak lost kerana kedua-dua mereka telah memberi introduction yang sangat jelas tentang bagaimana mahu memulakan kerja saya, jadi sekarang sayalah yang perlu bertindak memulakannya!
Dr Will memberikan saya sepanjang-panjang alam senarai buku mengenai Asian Studies yang perlu saya baca dan cari di library. "You read what I've read!", perintahnya! Dia menghubungkan saya dengan librarian di Matheson Library untuk mengajar saya mencari buku, databases dan segala macam kemudahan di dalamnya. Dia juga membuat salinan beberapa rujukan mengenai Bangsawan daripada buku dalam koleksinya. Dia sibuk mencari maklumat untuk saya tahu di mana boleh memperoleh halal food dalam universiti dan apabila saya memberitahu Dr Will yang saya meninggalkan husband dan baby saya di Malaysia... dia menangis ... hmmm ... sungguh dramatik ...
Saya fikir memang sikapnya begitu - easy going American - (di samping mengutuk American dia juga menggossip Australian haha).. tapi saya tahu dia seorang yang sangat memahami keadaan saya yang berjauhan dengan keluarga. Dia sering bertanyakan keadaan saya, adakah saya lonely - dan dia menghantar semua postgrad di bawah seliaannya untuk berkenalan dengan saya. Hasilnya pada hari kedua saya di sana, semua calon postgrad satu jabatan dengan saya sudah kenal saya dan mereka menegur, "You must be Marlenny!" Lagipun bukan susah nak kenal, saya seorang saja "woman in tudung" dalam jabatan itu (buat masa sekarang). Syukur alhamdulillah, hari kedua di Monash, saya sudah duduk semeja waktu lunch dengan lebih kurang 10 rakan-rakan baru.
Istimewanya di sini, semua pelajar postgrad diberikan ruang pejabat masing-masing yang lengkap dengan komputer dan kemudahan printer juga scanner untuk membuat kerja. JADI JANGAN KOMPLEN TAK ADA KEMUDAHAN! TAK ADA ALASAN TESIS TAK SIAP! Saya perlu mengisi borang dan menandakan waktu apakah saya mahu menggunakan pejabat itu. Jadi saya memilih menggunakannya setiap hari (Isnin-Jumaat) dari jam 1 hingga 5 petang. Jadi waktu pagi boleh digunakan untuk diri-sendiri di rumah, bertemu penyelia dan library research. Malah library research boleh dibuat selepas jam 5 petang hingga library tutup. Juga saya ingin jimatkan penggunaan letrik di rumah kerana tahun depan bermula Januari tarif elektrik di Australia meningkat beberapa peratus lagi dan ia membebankan. Sewa rumah saya sudah termasuk bil gas dan air tetapi elektrik perlu bayar sendiri. Jadi, baiklah habiskan letrik universiti.
Saya juga sudah pandai menaiki bas ke pekan Clayton dan shopping sendirian. Tapi belum pernah menaiki train dan tram di Melbourne City lagi. Reagan sahabat dari Filipina berjanji akan membawa saya berjalan nanti. Minggu depan, Dr Will akan mengadakan parti di rumahnya. Parti itu bertujuan mengumpulkan semua pelajar di bawah seliaannya untuk berkenalan dan berhimpun sebelum cuti panjang sempena Krismas dan Tahun Baru. Kami berempat, semua dari Asia di bawah seliaannya - selain Reagan, Tharanga (Sri Lanka) dan Alambeir (Bangladesh). Alambeir memberitahu saya dengan nada agak mengusik, "The party is for you". Dan saya cakap, "Yea.. how kind.."... sebab saya tak tahu nak respon apa. Saya tak pasti perlukah saya membaca kata-kata itu sebagai, "You are teacher's pet". Hahahaha ... apa taknya, jemputan ke parti itu bertulis "Join us for welcoming Marlenny to Melbourne". Dan kebetulan saya seorang saja perempuan di dalam barisan anak seliaannya (buat masa ini) hehehe ... jadi kemungkinan menjadi teacher's pet itu agak tinggi hahaha ...
Yang juga membuatkan saya lebih hormat pada Dr Will adalah sensitivitinya yang mendalam terhadap agama Islam. Tidak menghairankan kerana dia pernah terlibat dalam menguruskan Research Grant for Muslim Scholar selama beberapa tahun, serta komitmennya melakukan kajian terhadap teater Islam di Filipina. Jadi apabila ada acara di jabatan (setakat ini sudah dua kali seminar), dia sering mengingatkan saya tentang "halal tak halalnya" makanan yang disediakan, dan saya akan memberitahunya "don't worry Doc. I've prepared mine." Ya, di sini saya terpaksa belajar membawa bekal ke mana-mana. Paling akhir saya melakukannya waktu darjah 6 kot.
Saya stop dulu sini dan bawa anda semua quick tour di Monash University ... hehehe ... Kepada yang suka baca blog saya, saya akan update setiap minggu kerana inilah terapi saya sekarang yang sedang dilanda kesunyian dan homesick merindui manusia-manusia yang saya sayangi dan cintai di Malaysia tanah airku ... enjoy the pics...
*NEXT WEEK SAYA CERITA PASAL HOW I'M STRUGGLING WITH AUSTRALIAN ACCENT... HAHAHAH... BUDAYA BELAJAR YANG SAYA HADAPI DI SINI DAN BETAPA KRITIKALNYA MEREKA DALAM MENANGANI DISKUSI. IT'S SO INTERESTING, I PROMISE!*

tayang muka dulu ... :)


Bangunan Centre of Theatre and Performance terletak di Building 68. Ia dua tingkat dengan ground floor studio muzik, tingkat 1 jabatan muzik dan tingkat 2 jabatan teater.


Ini gambar tingkat 2, bilik pensyarah semua di sini.



Dua gambar di atas adalah Building 68 dan bangunan Rotundra Theatre yang memuatkan Auditorium Muzik dan Auditorium Teater. Juga terdapat studio dan bilik seminar di dalamnya.

Entrance ke Arts Precint.

Ini Campus Centre, macam shopping complex dalam Monash Uni lah.. semuanya ada di sini. Dari kedai, bank, post-office, travel agent dan macam-macamlah ...


Laluan-laluan saya menuju ke kampus. Gambar bawah ni laluan dari rumah yang letaknya dalam 5 minit saja jalan kaki ke Uni.


Robert Menzies Building adalah bangunan tertinggi di kampus Clayton ini. Ia memuatkan pentadbiran untuk Faculty of Arts. Bahagian pentadbiran untuk Centre of Theatre and Performance terletak di 7th Floor. Lebih banyak bilik kuliah dan dewan seminar di bawahnya.

Hah, ini dinamakan Student Theatre. Tengok saja apa yang mereka lukis di pintu masuk tu, anda taulah karakter teater ini hahaha... cool!





2 comments:
abang suka membaca tulisanmu.menunggu tulisan yang seterusnya.salam
terapi bang ... :) ... insya Allah selagi ada masa dan kesempatan. Satu hari nanti kalau diberikan waktu oleh Allah, catatan ini semua pula akan jadi kenang-kenangan saya setelah pulang ke Malaysia... insya Allah...
Post a Comment