Orang-orang yang penting dalam hidup saya ada bersama.
Puan Roselina Khir Johari, insan yg sangat penting juga dalam perkembangan akademik saya.
Para juniors tersayang yang meraikan saya.
My beautiful baby..
Rakan-rakan seperjuangan saya (Dot & Aida bersama Fateh & Fatimah), hadiah yang saya dapat dan akhirnya semua hadiah tu Naurah Melati yang dapat hehehe...
SAYA baru saja menjalani konvokesyen menerima Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya pada 4 Oktober lepas. Pada 29 November 2011 ini, insya Allah saya akan berlepas ke Melbourne, Australia bagi melanjutkan pengajian dalam bidang PhD di Monash University. Saya akan mendaftar di School of English, Communication and Performance Studies dan selama 4 tahun saya akan menjalani pengajian PhD in Arts (Theatre Performance). Pengajian ini dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
Melanjutkan pelajaran ke luar negara memang ada dalam senarai perkara yang saya mahu lakukan dalam hidup ini. Saya sukakan pengalaman mengembara dan menjelajah tempat orang, mengadaptasi diri dan melakukan sesuatu yang jauh daripada pengalaman hidup saya sebelum ini. Saya fikir ini ada pengaruhnya dengan kehidupan zaman persekolahan saya dulu yang tidak pernah kekal lebih 2 tahun di sesebuah sekolah kerana berpindah-randah mengikut keluarga. Lagipun saya sudah terlalu selesa di tempat sekarang. Saya perlukan sesuatu yang baru, menghidupkan kembali semangat saya untuk melakukan eksperimentasi yang lain.
Saya memulakan satu lagi fasa baru dalam hidup saya. Saya sedang menjangkakan satu perjalanan yang penuh liku dan mencabar, tambahan lagi di rantau orang. Pastilah ia sukar, saya pun tak mahu ia terlalu mudah, tetapi saya berdoa semoga sesukar mana pun, saya harus dapat mengatasinya apabila tiba waktunya. Saya mengorbankan sedikit lagi waktu dan kesempatan daripada cebisan hidup saya untuk mengejar cita-cita. Saya korbankan juga tahun-tahun awal yang sepatutnya saya habiskan bersama Naurah Melati - untuk perjuangan ini. Sambil mengharapkan redha Allah, saya harap satu hari nanti semuanya berbaloi. Amin.



4 comments:
Lenny,
Tahniah! Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Didoakan dimudahkan segala urusan. Dengan keluarga atau keseorangan?
Terima kasih ara... insya Allah.
Tuan Pegawai, saya pergi seorang dulu, keluarga menyusul kemudian. Jadi perasaan saya bercampur-baur jugalah. Excited + sedih sebab tinggalkan baby yang masih kecil.
masa fiza tulis ni, kak lenny mungkin da ada dalam perut kapal terbang. fiza sangat teruja bila dengar kak lenny further study sampai ke oversea. TAHNIAH....TAHNIAH..TAHNIAH.. fiza pun rasa cam terbakar hati je nak sambung belajar. tapi masa tak mengizinkan. hmmm... apa2 pun fiza doakan kak lenny sentiasa di bawah lindungan Tuhan. selamat segala-galanya. balik nanti fiza nak menuntut ilmu kat kak lenny ^___^
Post a Comment