Saya berkongsi keterujaan saya menyambut kelahiran anak sulung kami Naurah Melati. Lahir 8/8/2011 seberat 2.9 kg. Ketika saya menulis blog ini umurnya sudah 25 hari. Naurah dalam bahasa Arab maksudnya "Bunga". Saya memilih nama ini bukanlah semata-mata kerana ia bahasa Arab, tetapi saya sangat suka menyebutnya. Lama sebelum kelahiran Naurah Melati saya sudah menyebut-nyebut nama ini, sebelum pun dia ditiupkan rohnya. Naurah Melati yang selama ini hidup dalam mimpi saya, kini sudah berada di pangkuan, di hadapan mata.
Kegembiraan saya jelas terpancar pada semua orang, tak perlu saya menyebutnya. Dalam banyak-banyak anugerah Allah pinjamkan pada saya, Naurah Melati yang tak terbanding dan tiada tandingannya. Doa saya sebagai ibu ketika kali pertama memegangnya adalah, semoga dia hidup dan membesar menjadi seorang manusia. Yang selebihnya saya serahkan kepada Allah, yang telah menentukan di Luh Mahfuz akan riwayat hidup seorang Naurah Melati.
Salam Aidilfiri. Maaf zahir dan batin.


Anak saudara kesayangan saya, namanya Sarah Athirah umur 6 tahun. Dia sangat gembira menyambut adiknya Naurah Melati. Dia yang dipanggil Baby oleh semua orang memberitahu supaya jangan lagi memanggilnya Baby, tapi mahu dipanggil kakak Sarah sebab sekarang dia adalah kakak. Comelll!!

What a proud dad he is! :)




8 comments:
ALHAMDULILLAH... tahniah... Segalanya di bawah pelihara Allah Ta'ala... ;-)
thanks fren. So anak kau dgn anak aku boleh kawan nanti hehehe...
syukur alhamdulillah. tahniah dari kami sekeluarga.salam
terima kasih abg naddin. harap dapat jumpa nanti insya Allah.
tahniah lenny
Ryann, terima kasih.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Anaklah harta kita yang paling berharga, selain ilmu.
Sampai sekarang xberupdate..sibuk jaga anak..hihi
Post a Comment