SATU petang saya dan suami pergi ke Taman Tasik Metropolitan, Kepong yang juga dikenali Taman Layang-Layang. Selepas walking dan jogging, kami duduk di tepi tempat orang bermain layang-layang. Suasana memang meriah tambah-tambah lagi cuti kelepasan am. Saya rasa dalam lebih seratus orang juga yang bermain layang-layang hari tu.
Sungguh seronok melihat layang-layang diterbangkan ke udara, dalam keadaan cuaca yang baik dan angin yang terkawal. Pelbagai jenis layang-layang, kecil, besar, biasa, stylo punya layang-layang pun ada. Ada juga orang yang belajar mengendalikan parachute (entah betul ke parachute tu), di situ. Jadi suasana mengasyikkan.
Walaupun itu kawasan permainan bebas, tapi ada persaingan tidak rasmi berlaku di kalangan pemain layang-layang. Semua orang berusaha menerbangkan layang-layang setinggi yang boleh mengatasi orang lain. Kami tertarik pada satu layang-layang yang terbang tinggi sayup di udara. Semua orang juga tertarik melihat ketinggian layang-layang itu diterbangkan. Punya tinggi sehingga apabila awan melintas, layang-layang itu akan hilang dari pandangan.
Layang-layang itu terbang megah, mungkin sedang tersenyum bangga kerana berada di atas tidak tertanding oleh yang lain. Orang yang mengawalnya duduk bersantai sambil baring di atas rumput hijau, memerhatikan layang-layangnya sambil makan dan minum dengan keluarga. Sesekali kalau melihat layang-layang itu hilang kawalan dia akan memainkan talinya untuk mengawal semula. Layang-layangnya terbang tinggi makin tinggi.
Setelah hampir satu jam saya dan suami duduk dan berbual-bual, saya melihat semula ke atas mencari layang-layang itu tapi tidak begitu kenampakan. Ia sudah naik terlalu tinggi dan hilang dari pandangan. Suami saya cakap dah sampai langit ketujuh agaknya. Saya lihat pemainnya juga agak mencari-cari dan menunggu-nunggu untuk melihat layang-layangnya semula. Saya fikir ini satu permainan yang menakjubkan. Segala-galanya tentang kawalan, kalau tidak anda akan kehilangannya di depan mata.
Saya pun fikir, hidup ini juga begitu.



3 comments:
satu ingatan agar kita tidak kehilangan kawalan dalam kehidupan.satu entri yang menarik.saya suka membacanya
ya betul kata saudara abd naddin. ini ingatan yang menarik. saya nak tambah sedikit: hidup ini kalau tiada kawalan, boleh hilang walaupun di depan mata, walaupun ketika kita memegang talinya.
simple kn layang-layang tu..
tapi masih menarik perhatian kita.
masa di kampung..
melihat layang-layang selepas musim menuai sangat biasa.
keunikan, bunyinya, keasyikan..
banyak dapat dibualkan tentang layang-layang..
Post a Comment