HIDUP ini adalah sebuah misteri yang tak terungkai sehingga akhir hayat. Rahsia Allah terlalu besar. Apa yang kita tahu di dunia ini hanyalah setitis daripada pengetahuan Allah. Itu pun KALAU SAMPAI setitis. Ada sesuatu yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir-akhir ini yang menyebabkan saya semakin takjub dengan rencana Allah. Ada sesuatu di luar jangkaan saya yang tiba-tiba menjadi "plot point" penting dalam hidup saya. Tapi peristiwa-peristiwa ini mengingatkan saya bahawa kuasa Allah tiada yang tidak terjangkau olehNya. Langsung tiada!
Okey, si Wazir dah menang Pelakon Terbaik dalam program Pilih Kasih 2. Saya fikir anugerah tu memang patut diberikan untuk Wazir kerana undian sms tidak mampu mengangkat dia jadi juara. Lagipun peminat dia (berdasarkan demografi di Facebook tu) kebanyakannya remaja. Remaja-remaja ini tiada kuasa mengundi yang besar, maklumlah bawah umur hehehe... Tapi kalau Wazir jaga perangai elok-elok, remaja-remaja inilah yang akan "membesar" bersama-sama dia dalam industri ini. Mereka ini akan mengekalkan Wazir di atas trek yang betul dan akan menjamin keberadaan dia di dalam industri ini - bukan sebagai artis majalah, atau artis suam-suam kuku, atau artis hidup segan mati tak mau (baik-mati-je) hihihi...
Keseluruhannya dalam program PK2, saya fikir persembahan terbaik Wazir adalah ketika dia mempersembahkan monolog OKU, juga monolog lelaki India dan imitasi kepada watak Opah dia. Tiga persembahan ini yang sebenarnya melayakkan trofi Pelakon Terbaik itu kepada dia. Persembahan malam terakhir tu hanya selamat-selamat saja. Pasal tu ibu Fauziah Nawi kata "Jay, kamu boleh buat lebih baik daripada ini." Itulah risikonya kalau dah ada tanda aras ye Wazirrrr.... jadi ko jangan berangan nak buat ala-ala aje dalam bidang ni. Ko dah set tanda aras yang tinggi, jadi kalau ko makin lama makin menjunam, jawabnya engkau ni hero tragik aje lah.
Dek kerana kesibukan melampau artis baru yang nak "mengubah" muka dia ni (hampeh punya statement), saya dan kawan-kawan pun tak menyempat-nyempat lagi nak jumpa dia. Jangankan kitorang, keluarga dia pun agaknya belum sempat nak peluk dia lagi. (Huh, baliklah Mat. Mak kau nak buat kenduri tu.) Hanya beberapa kali kami bercakap di telefon. Baru aje nak janji jumpa, tiba-tiba dia pula kena shooting out-station 45 hari. Ambik ko Mat. Nak sangat! Nak sangatkan! Nak sangat dulu kan! AMBIK KOOOO hahahhahahaha ..... Ada dalam satu perbualan kami dia cakap yang dia agak terkejut dengan apa yang dialami sekarang. Tapi syukurlah sebab dia sedar juga bahawa nikmat Allah ni semua adalah dugaan juga untuk dia.
Jadi kenyataan pembukaan saya tadi juga sesuai ditujukan pada Wazir. Tiga bulan lalu dia adalah seorang pelakon tak dikenali yang hampir setiap hari merungut kerana susah nak cari job. Tapi semalam Rosyam Nor (nak siapa lagi) yang hubungi dia dan memberi job 45 hari tu. Bukankah Allah sentiasa merahsiakan hikmah dan apabila DIA membukanya - sungguh indah dan manis sekali. Tapi macam kata Wazir, nikmat dan dugaan sentiasa bersilih-ganti, mungkin ia datang dalam rupa yang sama. Kita harungi, tawakal saja dan bersyukur. Insya Allah.



2 comments:
Walau aku tak tengok PK2, tapi nak jugak ucap tahniah melalui pihak hang.
setuju sangat kak lenny. dalam hidup kita ni banyak sangat perkara yg tak kita jangka berlaku. walaupun amad beberapa kali tersenarai dalam bottom three..tapi dia still sampai peringkat akhir jugak. malah paling manisnya bila amad menang pelakon terbaik. aja..aja fighting amad wazir!!!
Post a Comment