Tuesday, May 4, 2010

KALAULAH ...

Agak lama tidak mengikuti perkembangan berita akibat sibuk berteater, sedih juga apabila mengetahui tragedi remaja 15 tahun, allahyarham Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis minggu lalu. Akibatnya pihak polis dikecam dan pelbagai desakan timbul bagi menyiasat kes ini.

Saya hanya mengeluh dan bercerita kepada diri-sendiri.

Kalaulah ibu bapa remaja ini berhasil mengekang pergerakannya dan membuatkannya faham bahawa keluar rumah selepas jam 12 tengah malam adalah bahaya, kerana inilah waktunya sasaran polis berada dalam buruan ...

Kalaulah remaja ini menahan hasratnya untuk tidak keluar rumah lewat malam, tambah-tambah pada usia sepertinya, dia hanyalah seorang kanak-kanak yang tidak faham hukum alam ...

Kalaulah remaja ini dihalang memandu kereta kerana masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen. Pemandu tanpa lesen apatah lagi di bawah umur memang lekas hilang pertimbangan dan panik apabila berhadapan kecemasan di jalan raya ...

Kalaulah remaja ini tidak lari ketika dikejar polis (walaupun kita tahu dia panik dan dalam ketakutan apatah lagi telah dikejar pula sekumpulan penunggang motosikal sebelum itu) ...

Kalaulah polis tidak melepaskan tembakan (walaupun kita tahu mereka sedang menjalankan tugas kerana selalunya setelah beberapa das tembakan dilepaskan dan kereta masih tidak dihentikan maka kereta itu boleh disyaki sedang dipandu oleh penjenayah) ...

Kalaulah remaja itu tahu bahawa tindakannya melarikan diri ketika tembakan sudah dilepaskan boleh mengundang bahaya (dan akhirnya dia maut) ...

Kalaulah polis tahu bahawa dalam kereta itu hanyalah seorang kanak-kanak berusia 15 tahun (yang akhirnya mereka tembak lalu mati kerana menyangkakannya seorang penjenayah) ...

Kalaulah itu dan kalaulah ini ...

Allah saja yang tahu apa hikmah di sebaliknya. Kita manusia, banyak sangat yang kita tak tahu.

3 comments:

Anonymous said...

kalau lah Aku ni Handsome!! Tuhan sajer yang tahu...






KalauLah :)

Anonymous said...

kalau lah Aku ni Handsome!! Tuhan sajer yang tahu...






KalauLah :)

Pegawai Khalwat said...

Itu pun kalau.