Sunday, April 11, 2010

MEMPERKENALKAN...

BERDIRI DARI KIRI: Mohd Raduan, Mohd Zahadi, Ismaliza, Taufik, Ryna Ariffin, Kartikasari, Eddy Rusdi, Ridzuan, Afida.
DUDUK DARI KIRI: Amerul Affendi, Along Zainureen, tuan punya blog dan yang terkangkang tu Mamat Wazir Mail.

INILAH dia barisan pelakon RUMAH LAMA KAMPUNG BARU. Mereka adalah gabungan Artis Budaya DBKL dan aktivis-aktivis teater muda yang sedang meningkat naik di Kuala Lumpur. Kolaborasi ini menyeronokkan, walaupun adakalanya saya tersekat juga dalam pencarian komposisi dan "suara" drama yang sempurna, tetapi keputusan memilih mereka semua adalah tepat.

Kebanyakan mereka pertama kali bekerja dengan saya malah pertama kali juga bekerjasama antara satu sama lain. Tetapi mereka semua lekas membina chemistry dan saya fikir energy berkumpulan mereka semua sangat tinggi.

Persembahan ada lebih kurang 2 minggu lagi. Saya agak gementar, tetapi melihat mereka ini semua komited, saya jadi tenang dan berani. Alhamdulillah.

4 comments:

aloy_paradoks said...

uuuiii gempak...

Pegawai Khalwat said...

Aku cuba sedaya upaya untuk pi.

Ibnu Saif said...

Gud lucK kak.. Comei2 sumandak2 ni nih kak... kirim salam sorang... hehehehe... :))

ismajojo said...

heheh..ni yg takut ni..