Sunday, February 21, 2010

RUMAH LAMA KAMPUNG BARU - 50% lagi

SAYA dalam mood yang bagus dan sesuai untuk bercakap tentang Kampung Baru kerana saya sedang melakukan sentuhan terakhir kepada skrip RUMAH LAMA KAMPUNG BARU yang akan dipentaskan Mac ini insya Allah. Tapi butir-butir pementasan belum dapat diperincikan sebab pengesahan yang diterima baru 50%. Di peringkat 50% lagi macam-macam boleh jadi. Doakanlah semuanya okey.

Untuk menyiapkan naskah ini, saya memanggil semula nostalgia saya ketika tinggal di Kampung Baru selama lebih kurang 6 tahun - itulah 6 tahun pertama saya di kota metropolitan ini. Pasal itu saya selalu kata Kampung Baru adalah kampung kedua saya. Saya macam hafal setiap ceruk Kampung Baru, berkat kerajinan berjalan kaki ke sana sini (terima kasih kepada kemiskinan hidup ketika zaman belajar di ASK hahahaha....)

Ada banyak nostalgia - besar dan kecil, hitam dan putih, pahit dan manis, suka dan duka, tawar dan masin, benci dan suka - terkandung dalam kenang-kenangan ini. Walaupun RUMAH LAMA KAMPUNG BARU berkisar isu kontemporari, tetapi segala yang terkandung di dalamnya adalah kombinasi nostalgik dan arus kemodenan. Watak utamanya PAK HASSAN dan MAK RAYA adalah orang yang setia melihat perubahan dan perkembangan Kampung Baru berpuluh tahun lamanya malah MAK RAYA lahir, hidup dan membesar di Kampung Baru. Peristiwa 13 Mei berlaku di depan matanya - dan seperti Kampung Baru yang menyimpan sejarah termahal dalam revolusi kaum di Tanah Melayu - dia juga menyimpan banyak kisah dalam hatinya. Sementara yang lain-lainnya adalah manusia yang datang dan menyewa (seperti saya dulu) dan mewarnakan Kampung Baru dengan 1001 kisah. Jadi saya sangat perlu memanggil semula nostalgia saya malah nostalgia orang lain juga mengenai Kampung Baru ini.

Mengapa Kampung Baru? Semuanya secara kebetulan sahaja. Saya memang sudah lama menulis skrip ini secara mentah kerana saya memang mahu menghasilkan sebuah kisah untuk didekasikan kepada Kampung Baru. Awalnya tajuk skrip ini ialah PEREMPUAN-PEREMPUAN KAMPUNG BARU, satu kenangan saya kepada pengalaman menyewa dari Jalan Hamzah hingga ke Jalan Haji Yaakob. Tetapi apabila pihak terbabit mempelawa saya mengisi slot projek ini, maka saya pasti inilah masanya untuk skrip ini dimasak dan dikeluarkan daripada "periuknya". Untuk tuntutan projek malah sebenarnya memperluaskan lagi pemikiran ceritanya, maka saya lakukan modifikasi hingga terhasillah RUMAH LAMA KAMPUNG BARU. Maka nanti PEREMPUAN-PEREMPUAN KAMPUNG BARU akan menjadi interteks kepada skrip ini dan tetap akan saya pentaskan juga satu hari nanti, insya Allah.

Saya harap entri akan datang saya boleh mula cerita tentang anggota produksinya. Saya sangat berharap Isnin ini saya dah dapat berita gembira dan serta-merta latihan boleh dimulakan. Insya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Level berkarya saya sangat tinggi sekarang.

6 comments:

jaa rased said...

perempuan-perempuan kampung baru..masih segar dalam ingatanku

alieya akasha said...

i love kg baru kak lenny....sehingga sekarang...agaknya kalau saya berpindah...saya juga tidak akan melupakan kg kedua saya juga tu...kg baru dan kemiskinan memang telah memberi banyak pengalaman hidup dalam mematangkan usia....i love kg baru dan kesusahan ketika itu....

jaa rased said...

betul tu lia..keperitan dan kesusaha berjalan kaki mredah jalan besar untuk ke empire tower menimba ilmu sangat mematangkan hidup kita...mash ingat lagi ewaktu belajar, klau takda duit,makan lempeng je hari2 sampai naik jemu dah tgk gandum tapi apakan daya, itu saje makanan untuk di isi..aduii,sungguh indah kenangan dikampung baru

alieya akasha said...

Uwa kak jaa..i like kg baru...kesusahan yg mengajar untuk menjadi manusia..alhamdulillah...

MeGa said...

nak datang tonton.
nak tengok kg baru versi pentas.
tp, sejak 4 tahun lepas tak jejak panggung bandaraya.
tertanya2 nk parking di mana ya?

Lenny Erwan said...

Mega silalah datang. Datang awal boleh parking kat tepi bangunan mahkamah atau kalau ada kosong park dekat benteng.