Sunday, January 17, 2010

KALAU SEPULUH JANGAN DATANG SINI..

SATU malam saya dan suami dalam perjalanan balik dari Temerloh ke KL. Kami bertolak dari rumah di Kg Mengkarak lebih kurang jam 9 lebih dan ikut jalan lama melalui Negeri Sembilan terus ke KL. Dalam perjalanan suami saya fikir baik isi minyak dulu walaupun minyak masih ada. Katanya "standby". Tapi kami jumpa satu stesen minyak sebelum jumpa bank. Duit hanya ada dalam RM20 lebih sikit. Suami saya kata tak apalah, isi RM10 saja dulu, kalau habiskan duit takut nanti bank pula tutup. Lagipun katanya dalam masa satu jam akan jumpa satu lagi stesen minyak.

Stesen minyak itu masih guna sistem pekerja isikan minyak. Jadi saya buka tingkap dan hulurkan duit RM10 kepada seorang lelaki Cina yang berdiri di tepi pam minyak. Tiba-tiba katanya:

LELAKI: Lu orang aa, kalau sepuluh aa, jangan datang sini.

Saya terpinga-pinga lalu memandang suami saya.

SUAMI: Dia cakap apa?
SAYA: Dia cakap kalau ada sepuluh ringgit aje jangan datang sini.
SUAMI: (Suara ada tinggi sikit) Tokey, you cakap apa?
LELAKI: Kalau sepuluh aa, jangan datang sini.
SAYA: Kenapa pulak tak boleh datang?
LELAKI: Sebab sepuluh aa .. sudah tutup.

Saya dan suami berpandangan. Kami diam saja. Kemudian saya mula tersenyum dan LELAKI CINA itu mengisi minyak. Sebaik selesai isi minyak, kereta jalan dan kami ketawa terbahak-bahak.

Maksudnya, lain kali kalau nak datang, jangan lewat daripada jam sepuluh sebab stesen minyak tu tutup lepas jam sepuluh. :-)...

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ha... yang ni lawak....

Ha ha ha....

alieya akasha said...

ha ah...mula2 ada rasa mau marah...kerek plak apek ni...sekali terkena da...memang lucu buat saya ketawa pd petang yg bosan ni

wanpunk said...

hua hua hua ... kelakar laa tokey tu.. nasib baik nasri tak panas baran, terus tumbuk... banyaklah dia punya sepuluh ....

Mohammad Hariry said...

Ratu Lawak - Lenny

lenny said...

hah korang bayangkan aku ketawa tak hengat dunia lepas tu ... memang apek tu yang lawak ...

fazilah husin said...

nak gelakkk sekarang sebab baru lepas kena audit sirim untuk fail pengajaran ku, lenny.