Tuesday, November 17, 2009

TRAGEDI KASUT TERBANG

PERISTIWA DI ZOO berakhir semalam. Persembahan berjalan lancar walaupun tragedi kasut terbang telah berlaku. Tengah-tengah berlakon tu kasut Wazir boleh terbang melambung tinggi ke udara dan jatuh di kawasan bawah pentas di hadapan penonton. Nasib baik ia jatuh di ruang lapang dan tak kena kepala penonton. Nampak jugak Wazir dan Wan tergamam sekejap tapi mujurlah mereka tak panik. Pada saya perkara sebegitu biasa berlaku dalam mana-mana persembahan. Itu bukan salah Wazir kerana dia tak sengaja, malah ia berlaku di luar kawalan. Kasut itulah yang dipakainya sejak persembahan dulu sampai sekarang, malah tiap-tiap kali latihan pun kasut itu juga yang dipakainya, tak pernah pula tercabut. Tapi malam itu memang dah nak jadi, harung sajalah. Yang penting bagaimana dia meneruskan persembahan tanpa terganggu jalan ceritanya. Jadinya dia berlakonlah dengan kasut sebelah saja sampai show habis. Nak ambil balik memang tak boleh sebab kasut tu dah jauh nun di bawah pentas. Nasib baik wataknya memang watak orang jenis macam tu hahahaha....

Selesai saja show, Wazir meluru ke bilik persalinan dan duduk terperosok di sudut bilik. Apabila saya, Wan dan Ila masuk, dia nampak sedih sekali dan beritahu saya, "Kasut saya tercabut kak Lenny. Inilah dia pelakon tak sedar ruang." Dia marahkan dirinya sendiri. Saya memujuknya dan mengatakan perkara itu biasa malah show berjalan lancar dan tak ada masalah pun. Tapi Wazir terus bersedih, dia tak lepas anginlah tu. Sekali Ridzuan berdiri depan Iswazir dan cakap, "Kau tak apa Mat, kasut terbang, aku ni seluar koyak. Naaa ....". Dia menunjuk celah seluarnya yang terbelah empat. Maka berderailah ketawa kami semua dalam bilik persalinan sehingga saya tergolek-golek atas lantai. Wazir yang nak sedih pun tak jadi sedih tapi terus ketawa menengok Wan tayangkan seluar koyaknya dengan bengang. Rupanya seluar Wan terkoyak dalam minit-minit terakhir sebelum dia keluar pentas. Nasib baiklah tak ada sesiapa yang perasan. Aduiii ... saya ketawa sampai keluar air mata menengok dua pelakon saya ni. Dia orang ni dari waktu latihan sampai ke hari show ada saja benda bengong diorang buat.

Produksi ini berakhir dengan baik dan saya gembira kerana semua anggota produksi sangat komited melaksanakan tugas masing-masing. Perjalanan produksi dikendalikan dengan cekapnya oleh Pengurus Pentas kami Simon dengan 80% krew kali ini adalah perempuan. Daripada 21 anggota produksi, hanya 8 orang saja lelaki. Perempuan-perempuan dalam produksi ini bukan gadis-gadis manja tau. Semuanya gagah dan perkasa. Sewaktu sesi terakhir malam semalam, saya telah mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada mereka - dari hati ke hati. Walaupun semua orang excited mahu mara ke peringkat kebangsaan tapi saya beritahu mereka supaya tidak menjangkakan apa-apa kerana ia terserah pada keputusan pengadil. Sama ada mara atau tidak, kita tetap akan terus berkarya.

Selain itu Bangsawan Bawang Merah Bawang Putih juga selesai dengan sukses di Panggung Bandaraya. Apa yang saya boleh katakan adalah sejak akhir-akhir ini sambutan orang ramai kepada persembahan bangsawan sangat menakjubkan sekali. Setiap kali saya mahu menonton bangsawan, saya pasti akan datang awal kerana sudah sering berlaku panggung penuh sesak hingga orang terpaksa balik. Malam pertama bangsawan Bawang Merah Bawang Putih, separuh panggung penonton terpaksa pulang tanpa dapat menonton. Malam kedua lebih memeranjatkan kerana anggaran 400 penonton tidak dapat dibenarkan masuk. Malam ketiga kurang daripada dua malam sebelumnya tetapi panggung tetap penuh dan audien tetap kena berdiri. Jadi saya fikir dengan sambutan sebegini baik, pihak penganjur perlu memilih panggung yang lebih besar pada tahun akan datang. Kasihan orang yang mengosongkan jadual mereka untuk menonton tetapi terpaksa balik dengan kecewa.

Rasanya PDZ semalam menutup kerja teater saya untuk tahun ini. Sejak awal tahun saya tak putus-putus mengerjakan teater, bermula dengan KL:Peluang Impian Harapan pada Februari, Di Sebalik Pintu pada Mac, kemudian Festival Teater pada Jun, Monolog 1 Malaysia pada Ogos, Rachel Corrie pada Oktober dan PDZ serentak Bangsawan bulan ini. Saya perlu rehat untuk tumpukan pada perkara lain juga. Harapnya dapat bermula balik dengan rancangan membawa Rachel Corrie tour pada 2010. Insya Allah.

5 comments:

Dark Ray™ said...

saya dgn aloy tak sempat tgk hari tu..
ada hal..
rugi rasanya...
kalau tak boleh juga ambil kasut tu simpan buat kenangan...
ahahahaha...........

LENNY ERWAN said...

hahahaha
bolehh
kak lenny bagi free aje
ahahahahhaha...

aloy_paradoks said...

kasut wazir? nak buat apa? hahahha

kak lenny said...

huii.. legend tu wazir tu... legend kasut terbang hahahahah

Pegawai Khalwat said...

Aku ingat kasut tu sengaja diterbangkan agar kena kepala panel penilai.