MELEDAKNYA tragedi di Fort Hood, Texas - bukan sahaja masyarakat memandangnya sebagai sebuah tragedi berdarah tetapi juga satu lagi "lubuk" untuk mereka mengaitkan Muslim dengan tindakan keganasan. Dalam tragedi 5 November itu, Mejar Nidal Malik Hasan, 39, seorang ahli psikiatri untuk angkatan tentera darat US - seorang Muslim kelahiran Arlington tetapi ibu bapanya berasal dari Palestin yang menjalankan perniagaan restoran, bar dan kedai runcit di Roanoke - dilaporkan melepaskan tembakan secara rambang di Fort Hood menyebabkan 13 orang terbunuh. Tindakan Nidal berjaya dihentikan oleh polis yang menembaknya empat kali, menyebabkannya koma dan kini berada di hospital - dan terbaru keadaannya dilaporkan stabil namun masih belum boleh bercakap.
Sebelum melakukan tembakan itu, Nidal Malik Hassan dikatakan sempat membersihkan apartmennya dan menunjukkan perilaku mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jirannya - dengan cara memberikan sayur kepada mereka, menelefon setiap seorang dan mengucapkan terima kasih kerana persahabatan selama ini dan kemudian keluar melepaskan tembakan maut. Malah ketika memberikan notis dua minggu kepada tuan rumahnya, Nidal telah memberikan senaskah Al-Quran dalam terjemahan Spanish.
Ironinya beliau adalah seorang pakar jiwa, kounselor, perawat profesional - yang kini adalah seorang pembunuh kejam. Saudara-maranya yang berjaya dihubungi di Palestin memang sangat terkejut dengan berita ini kerana kata mereka Nidal Malik Hasan adalah seorang yang tenang. Namun mereka tidak menolak bahawa tindakannya itu adalah akibat tekanan yang dialaminya. Nidal pernah memberitahu bahawa dia didiskriminasikan di dalam perkhidmatan tentera US kerana dia seorang Islam. Haknya untuk bersolat sering dinafikan malah beliau tidak dilayan dengan adil selaku seorang pegawai tentera dan juga warga Amerika.
Dalam satu presentasi pelajar kelas kesihatan awam yang sepatutnya membincangkan tentang kimia dan sebagainya - beliau telah menyebut bahawa perang yang dilancarkan oleh US kepada pengganas adalah sebenarnya perang terhadap Islam, yang mana beliau merasakan beliau tersepit di antara khidmatnya sebagai tentera US dan juga pegangannya sebagai seorang Muslim. Dalam satu kejadian, seorang tentera Amerika yang baru pulang dari Iraq pernah mencalarkan kereta Nidal sehingga mengakibatkannya kerugian seribu dolar, serta mengoyakkan pelekat kereta Nidal yang bertulis "Allah Is Love". Bagaimanapun, Nidal tidak mendakwa tentera itu sebaliknya memaafkannya kerana ia berlaku pada bulan Ramadhan. Menguatkan lagi sensasi mengenai ini adalah laporan bahawa Nidal Malik Hasan sebenarnya pada waktu ini berada dalam tempoh menunggu dihantar berkhidmat di Iraq dan Afghanistan. Tugasnya adalah untuk merawat askar yang mengalami tekanan - iaitu tugas yang selama ini dilakukannya di dalam negara.
Nidal Malik Hasan dikatakan memulakan tembakannya mengarah kepada tentera-tentera di pengkalan tentera Fort Hood itu. Ketika itu lebih kurang 300 askar tidak bersenjata sedang berbaris untuk mendapatkan vaksin dan ujian penglihatan. Inilah kejadian terburuk seumpamanya pernah berlaku di mana-mana pengkalan tentera di US. Ada askar terselamat yang mendakwa bahawa dia mendengar Nidal menjeritkan perkataan "Allahu Akbar" sebelum melepaskan tembakan. Tetapi salah seorang pegawai yang menyiasat kes itu menyatakan bahawa dakwaan itu belum disahihkan.
Selain 13 orang terkorban, 30 lagi mengalami kecederaan yang mana beberapa orang daripadanya dalam keadaan kritikal dan berada di ICU. Lapan orang lagi dirawat tidak cedera tetapi mengalami tekanan dan trauma. Kata pegawai penyiasat sebahagian besar askar yang terselamat adalah kerana mereka mengambil tindakan yang pantas bagi menyelamatkan diri. Nidal Malik Hasan melepaskan lebih 100 tembakan menggunakan pistolnya yang dikatakan bukan senjata tentera tetapi senjatanya sendiri yang dibeli secara peribadi.
Presiden US Barrack Obama meminta masyarakat Amerika dan antarabangsa tidak terburu-buru membuat apa saja kesimpulan mengenai tragedi ini.
KOMEN SAYA: Walaupun Nidal Malik Hasan melakukannya kerana tekanan akibat diskriminasi agama, tetapi apa yang berlaku adalah lebih kepada konflik kejiwaan, hilang pertimbangan dan hilang kepercayaan kepada persekitarannya - terutama kepada perkhidmatan tentera US. Walaupun masyarakat di sana cuba mengaitkannya dengan "keganasan Islam" serta berusaha membesar-besarkan perkaitan ini contohnya dengan ucapan "Allahu Akbar" dan seumpamanya, tetapi orang yang matang dan rasional sentiasa tahu bahawa keganasan bukanlah wahyu daripada Allah.

4 comments:
ooo baru saya paham cerita ni. Thanks kak... (malas tengok berita huhu.
kak leny, isma baru habis tengok cd cerita hindustan baru. tapi tak ditanyangkan kat sini. tajuknye New York. ini pasal penganas jugak. yang menariknya cerita ini menyatakan bahawa orang amerika lah yang menyebabkan orang menjadi penganas. nanti kak leny tengok ye..best. ini cerita benar selepas 11 september 2001
My Name Is Nidal Malik Hasan.
Bila nak buat?
ain - itu laa ... facebook aja kau ni :-)
isma - okey okey kak lenny tengok nanti.
Tuan Pegawai - best kan cerita dia hehehe..
Post a Comment