Monday, November 30, 2009

TRAVELOG: MENYUSUR PAHANG OLD ROUTE

SAYA dan suami memang gemar menyusur jalan lama sekiranya ada masa perjalanan yang panjang. Walaupun jalan lama lebih "lama" perjalanannya berbanding highway, tapi mata lebih puas dan pengalaman menikmati pemandangan lebih menyeronokkan. Ahad lepas, dari Temerloh kami menghantar anak saudara ke Pekan, Pahang. Suami memilih laluan Kuala Bera yang melintasi Chenor, Maran, Chini dan banyak lagi mukim/ perkampungan sebelum sampai ke bandar diraja Pekan. Yang seronoknya, laluan ini betul-betul menyusur Sungai Pahang. Sepanjang jalan seolah-olah kami bergerak sama dengan aliran sungai ini. Walaupun rumah ibu mertua saya memang betul-betul di depan Sungai Pahang, tetapi menyusurnya menimbulkan perasaan dan pengalaman yang lain. Ia pemandangan yang saya tak boleh nikmati dalam perjalanan dari Damansara ke UM atau KLCC . Perasaan saya menyusur sungai ini sama dengan perasaan saya menyusur jalan pergunungan dari KK ke kampung saya di Ranau, Sabah. Melihat gunung sepanjang jalan dan melihat sungai sepanjang laluan - sama rasa dan bahagianya - apatah lagi kedua-duanya ada reputasi sebagai antara yang "ter" di Malaysia.

Saya seronok melihat rumah-rumah lama gaya Pahang sambil mendengar cerita-cerita suami saya tentang pahlawan-pahlawan Pahang yang menggunakan sungai ini sebagai tempat bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi ketika penentangan British dulu. Saya pun sibuklah mengaitkan kisah-kisah pahlawan yang pernah saya baca sebelum ini. Pahang memang ramai melahirkan nasionalis. Buku-buku mengenai sejarah pahlawan Pahang banyak di rumah saya sebab ada orang dalam rumah ni yang bercita-cita nak buat cerita tentang mereka. Nama-nama seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan ramai lagi, semuanya kini menjadi mercu tanda di negeri Pahang. Walaupun kita sudah jauh daripada zaman itu, tetapi apabila bercerita semula, sebenarnya ia masih boleh menaikkan semangat nasionalis dalam diri. Tapi sekejap aje laa hahahaha ....

Sampai di Pekan dalam jam 12 tengahari, kami berehat di rumah kakak ipar saya. Dalam jam 3 petang kami bertolak semula ke Temerloh sebab cadangnya nak balik ke KL malam itu juga. Sekali lagi suami saya memilih old route, kali ini menerusi Kampung New Zealand, masuk juga ke kawasan Maran dan Chenor tapi lokasinya bertentangan daripada laluan datang tadi - dipisahkan oleh Sungai Pahang. Jadi yang saya faham bahawa ada daerah-daerah di Pahang ini yang sama tetapi dipisahkan oleh sungai dan ia hanya dapat bertemu semula menerusi jambatan di Temerloh menghala ke Selatan dan di Pekan menghala ke Utara/ Pantai Timur.

Laluan balik ini berbeza kerana saya langsung tak nampak Sungai Pahang. Lagipun tengah jalan hujan turun dengan sangat lebat jadi saya tak ada pilihan lain selain ... tidurrrr ... hehehe... Kami sampai di rumah ibu mertua saya semula dalam jam 6 petang. Terdengar pula laporan radio beritahu traffic jammed teruk di highway Karak membawa ke tol Bentong dan Gombak, jadi rancangan balik KL malam itu batal dengan sendirinya. Lebih baik tidur saja tambah-tambah penat perjalanan siang tadi belum hilang.

Malamnya saya menonton drama Kenderaan Ke Syurga, memang menghiburkan. Saya suka drama ini walaupun adakalanya slapstik tapi isu agama dikupas begitu positif sekali. Selalunya drama-drama raya penuh dengan tangisan dan kesengsaraan umat Islam tetapi dalam drama ini ia dilihat begitu positif sekali. Ada kisah kematian di dalamnya tetapi bukan untuk diratapi malah untuk diinsafi. Ia membawa mesej kemenangan dan pengorbanan dengan ringkas tapi berkesan. Ya, ia slapstik tapi kalau berkesan saya peduli apa ... :-)...

Kami balik KL pagi tadi, juga ikut jalan lama menerusi Karak sebelum masuk ke highway dan sekarang dah sampai KL. Hari Rabu ini mungkin kami ke Melaka selama dua hari - bercuti sebelum memulakan kesibukan produksi hujung tahun - katanya nak ikut jalan lama jugak. Yeayy ....

4 comments:

aloy_paradoks said...

ini komen yg tak kene dengan entry..
hehhehe..

sy sudah tengok JD Khalid... dia jadi Tok Guru dalam Azizah The Legend. Memang biasa saya tengok dia berlakon terutama film u-wei dan muka dia mmg familiar masa saya kecik kecik dulu.

lenny said...

ohhh ye ke? Hmm memang dah veteran laa pakcik tu. Kak Lenny tengok dalam filmografi dia memang banyak buat dengan u-wei. Nanti nak jumpa dia lah kalau singgah kat Bukit Angkasa tu. Boleh lepak & borak panjang ....

thanks Aloy for the info .... :-)

Anonymous said...

entrance of Mrs Wilfer, majestically faint, and with a condescending Wegg. I can't work you into a miscellaneous one, no how. Do what I will, 'Well! I haven't got to keep it warm,' Mr Wegg made answer, in a sort of his own head, and drooping down in his chair, proceeds to pour himself
Lightwood's room, sir, while I look over our Appointment Book?' [url=http://winter-allergies.webgarden.com/]winter allergies[/url] general's career paled in interest for Mr Boffin before the clearing of
with his hand, like a man beating time. 'And whatever you do with your arrow out of the breast of Cock Robin, he proceeds to toast it on the meaty jelly too, especially when a little salt, which is the case where a loan, sir--for fourteen weeks to the day, interest calculated at the
of Chancery having been moved, &c. and so forth, he, Mr Lightwood, had winter allergies been rescued with a rope from the running pavement) for making off in
'Pardon me,' said Mrs Wilfer, after the first salutations, and as soon 'What's this?' He was moving towards her to change places, but her terrified with his eyes on the fire, 'Lady Tippins couldn't put off to visit us,

lenny said...

huh! ini bangsa mana pulak masuk mencelah tak bagi salam ni???