Saturday, October 24, 2009

SELESAI RACHEL CORRIE

RACHEL CORRIE sudah selesai pementasannya, dengan Ismaliza diakui sebagai seorang pelakon yang bagus di atas pentas. Kesungguhannya berlatih selama beberapa bulan ini sangat berbaloi. Pada malam pementasan saya sungguh berbangga melihat dia mengekalkan stamina selama satu jam tiga minit untuk berlakon, menyanyi dan bergerak di atas pentas seorang diri. Sungguhpun kesilapan teknikal banyak berlaku pada malam penilaian tetapi langsung fokusnya tidak terjejas malah meneruskan pementasan tanpa terganggu dengan apa yang berlaku. Saya fikir markahnya harus tinggi diberikan di situ kerana selain stamina, dia juga nampak fokus, tinggi konsentrasi dan kelihatan sangat bijak bermain seorang diri.

Saya juga dapat reaksi yang bagus daripada banyak pihak mengenai peningkatan kualiti lakonan Ismaliza. Sebagai pengarah saya tak nafikan bahawa saya sangat berbangga. Tapi kekurangan tetap ada dan akan diperbaiki masa ke masa, insya Allah. Tahniah juga saya ucapkan kepada Pengurus Produksi yang juga dinilai iaitu Saiful Redzuan aka Pak Tam, yang bertungkus-lumus memastikan segala keperluan terlaksana. Saya mohon maaf pada Pak Tam atas peristiwa malam bum-in. Saya tau saya agak melampau apabila mengarahkannya balik ke UM juga tengah-tengah malam buta itu untuk mengambil kain belacu yang tertinggal tetapi saya perlu buat begitu. Saya beritahu Pak Tam, "Pak Tam, kak Lenny minta maaf. Tapi kau kena ambil kain tu sekarang sebab kain itu tak sepatutnya tertinggal." Dengan pantas Pak Tam pun menunggang motorsikalnya dari DBP ke UM hanya untuk ambil kain belacu pada jam 12 tengah malam.... sorry dik, kerja punya pasal kan?

Terima kasih juga kepada seluruh team produksi - Adi, Ila, Shafri, Nizam, Along Purple dan pelajar-pelajar tahun 1 yang turun membantu. Juga team produksi Aku Cinta XXX yang stayback sampai jam 2 pagi malam bum in untuk membantu juga sehinggalah saya halau mereka balik sebab mereka kena rehat. Oh ya, Wazir pun ada bantu sekejap juga. Tapi sekejap sangat, tak perlu kot ucap terima kasih WAKAKAKAKKAKAKKAKAKAKKAKkkk ......

Paling membanggakan saya adalah ketika membentang kertas tentang teknik lakonnya pada keesokan hari. Apabila ditanya "apakah proses projek akhir ini mengubah anda menjadi orang lain?", jawapan Isma sangat bernas, bahawa naskah ini telah mendekatkannya kepada satu isu yang selama ini jauh daripada pengetahuannya. Isu seorang remaja yang sepatutnya hidup berseronok pada usianya tetapi memilih untuk bercuti daripada pengajian universiti dan datang ke Palestine untuk menyertai misi keamanan. Isma dan Rachel Corrie seusia, mereka lahir tahun yang sama iaitu 1979. Bezanya pada usia 9 tahun Isma kata dia masih berkepit di bawah ketiak mak dan galak berlari-lari bermain di hadapan rumah tetapi Corrie pada usia itu sudah memberi ucapan penuh semangat yang menjadi penutup kepada persembahan drama ini. Pada usia 23 tahun Isma masih mencari hala tuju hidup tetapi pada usia itu Corrie sudah mati kerana mempertahankan orang yang bukan senegara malah bukan seagama dengannya atas dasar memperjuangkan kemanusiaan. Isma kata semangat Rachel Corrie itu kekal tersimpan dalam hatinya walaupun pementasan sudah selesai. Mungkin dia tidak mampu berjuang seperti Corrie tetapi boleh dalam cara yang lain. Itulah fungsi teater yang seharusnya menganjak manusia baik pelakon atau penonton kepada cara hidup yang lebih bermakna. Saya sungguh sungguh sungguh sungguh bangga dengan jawapan itu. Ia benar-benar menganjak pemikiran Isma ke level berbeza sebagai seorang anak seni terpelajar, alhamdulillah.

Selesai pementasan saya rehat beberapa hari, menengok semula kerja-kerja yang tertangguh. Nanti 28 Oktober ini saya turun semula ke Taman Budaya untuk latihan PERISTIWA DI ZOO bersama produksi Mekar Budaya Production. Kami akan perform pada 11 November untuk penilaian ke peringkat kebangsaan. Saya tulis mengenainya nanti.

4 comments:

ismajojo said...

kak leny...terharu isma kak leny ckp cam tu... sedih..nak nangis..nangis gumbira!!! apa pun tanpa bantuan semua orang terutama kak leny sebagai pengarah dan Puan ros yang perkenalkan isma ttg Rachel Corrie ni buat isma sangat bertuah sebenarnya...tqtqtq sgt10

malau said...

Salam Syabas.
Syabas dari syarikat air syabas dan dari pak malau. Syabas buat team Rachel Corrie. Dengan membaca tulisan kak lenny pun, saya dapat jangka kemantapan persembahan ini. Sebab saya pernah bekerja dengan majoriti ahlinya. Saya juga tau cara anda bekerja.

Sori sebab kebizian yang melanda di kym melaka ini yang memaksa untuk saya tidak menjengah malam gemilang rachel Corrie. Apapaun supprt di alam maya tetap ada.

hazwan said...

ismajojo tu pelakon racel corie ye? tahniah, lakonan anda memang berkesan. saya mengalirkan airmata waktu azan bergema di pentas. tahniah kepada pengarahnya juga. sebuah show yang berjaya.

aloy_paradoks said...

aduh.... terlepas...