Friday, October 16, 2009

SAKSIKANLAH RACHEL CORRIE

DENGAN segala rendah hatinya saya mengundang sahabat-sahabat yang berada di sekitar KL (atau yang sudi datang dari jauh pun okey juga) untuk hadir menyaksikan pementasan RACHEL CORRIE pada 20 & 21 Oktober (Selasa & Rabu) ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Persembahan akan bermula jam 8.30 ikut masa di poster, jam 8.45 ikut kebiasaan dan jam 9.00 kalau ada VIP yang terhegeh-hegeh minta ditunggu.

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang untuk show ini, cuma saya teruja mengundang orang datang kerana mungkin naskah ini boleh membuka mata kita tentang satu isu yang jauh daripada hati kita, masyarakat di sebelah Asia ini. Isu apa, nantilah saya cerita selepas show - sekarang tak larat.

Hari ni tarikh lahir saya dan usia beranjak satu nombor lagi. Saya mohon pada Allah selagi saya dipinjamkan nyawa di dunia ini, semoga saya dapat melakukan perkara yang baik-baik saja dengan segala bakat yang dikurnia. Menangani naskah Rachel Corrie ini adalah sedikit daripada apa yang saya ingin sangat lakukan menerusi kerja-kerja berteater iaitu berpesan-pesan dalam hal kebenaran, bukan untuk khalayak saja, malah kepada saya, pelakon dan seluruh tenaga produksi.

Pementasan ini adalah sebuah monodrama. Ada beberapa lagu yang dicipta untuk mencapai kemuncak emosi. Lagu-lagu ciptaan Al-amin ini sangat sedap dan saya gembira dengan hasilnya. Saya harap Isma boleh capai tahap tenaga terbaiknya malam pementasan nanti kerana dia perlu berlakon, menyanyi dan bergerak seorang diri di atas pentas. Saya juga walaupun agak gementar tapi tidak sabar menyaksikan dia beraksi seorang diri di pentas selama 1 jam tanpa henti.

Datanglah, saksikanlah dan fikirkanlah ... itu harapan saya.

5 comments:

ryann said...

selamat hari lahir.lambatlak ucap. gd luck dgn persembahan

LENNY ERWAN said...

terima kasih ryann ... better late than never hahaha ... terima kasih 100X .. datanglah tgk show kalau berkelapangan ya...

ismajojo said...

kak leny semoga panjang umur..dimurahkan rezeki...cpt dapat anak yg comel...dan sihat selalu

-Aku- said...

nice show!
love the actress voice..she had a good voice..really hearted!

LENNY ERWAN said...

isma - aminnnn ya rabbal alaminnn heheheh

Aku - thank you for the compliment. thank you for coming.