Monday, October 5, 2009

MENJELANG RACHEL CORRIE


RACHEL CORRIE membuatkan saya tak lena tidur. Ini bukan kali pertama saya mengarahkan monodrama, tetapi ini kali pertama saya mengangkat sebuah kisah benar di atas pentas. Terlalu berat dan harus berhati-hati - itulah ayat yang sering berulang-ulang dalam kepala saya sekarang.

Naskah ini sangat berat - saya masih sedang menghalusinya. Saya tidak akan meringankannya untuk penonton kali ini kerana saya mahu semua orang yang hadir menghayati sebenar-benarnya siapakah Rachel Corrie ini. Saya mahu orang lihat cara dia berfikir dan bertindak, siapakah dia sebelum tiba di Palestin dan apakah perubahan diri dan jiwanya setelah tinggal di negara itu. Semua ini diluahkannya di dalam catatan jurnal, surat-surat dan emailnya kepada ibu bapa dan rakan-rakannya di US yang kemudian diangkat menjadi sebuah naskah drama selepas kematiannya.


Dahulu saya terfikir-fikir dari sudut apakah saya mahu menyelami kisah ini. Adakah daripada sudut kemanusiaan atau keagamaan? Akhirnya saya memilih untuk melihatnya sebagai sebuah sentimen kemanusiaan, kerana kemanusiaan itu sendiri adalah prinsip paling dasar untuk memperkuatkan akidah kita sebagai Muslim.


Ouuu ... saya dah nampak komplikated kan? Begitulah naskah ini. Saya mengundang anda semua hadir ke Auditorium DBP pada 21 Oktober ini, jam 8.30 malam untuk menyaksikan RACHEL CORRIE.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
Kak Lenny, nak tahu, ada bayaran dikenakan tak untuk monodrama ini dan kalau ada berapa?
saya berminat dengan hasil kerja kak lenny dan tak sabar nak menontonnya...
terima kasih...

-Hazwan-

kak lenny said...

Hazwan, terima kasih banyak-banyak. Tidak ada bayaran masuk dikenakan, percuma sebab ia projek pelajar. Jadi silakan datang dan menonton ya.

Terima kasih. Kak Lenny menghargai penonton sepertimu.