Wednesday, October 28, 2009

MAJLIS ILMU DI HUJUNG MINGGU

SAYA nak tengok wayang tapi tak larat. Saya teringin sangat nak tengok Papadom tapi tak tergerak lagi nak pergi. Hidup saya kebelakangan ini penuh dengan imej-imej di atas pentas atau diskusi mengenai pentas. Teater menjadi begitu ruji dalam kehidupan saya sekarang. Kalau dua bulan saya diam tak buat/tonton teater saya akan mati.

Maksud saya mati jiwa. :-P

Jumaat lepas saya menjadi moderator sebuah forum di Pusat Kebudayaan UM. Forum yang berjudul Fenomena Seni Persembahan Di Malaysia: Ruang dan Peluang Kerjaya ini mengundang tiga panel yang tepat untuk topik yang dibicarakan iaitu bekas editor Utusan yang kini penerbit/ pengarah/ penulis sepenuh masa Siti Rohayyah Atan (Roy), dekan Fakulti Tari ASWARA Sir Joseph Victor Gonzalez dan pelakon Juhara Ayob. Sikap sporting ketiga-tiga panel sepanjang sesi forum begitu menghangatkan suasana. Dengan Roy yang lantang dan straight forward, menjadikan saya lebih galak bertanya soalan-soalan yang lebih panas dan ingin diketahui oleh para penonton yang rata-ratanya pelajar, pensyarah dan kakitangan di PKUM.

Saya dengan terus-terang bertanya kepada Juhara Ayob berapa harga beliau dibayar di pentas dan tv, dulu dan sekarang. Oleh kerana ini forum mengenai ruang dan peluang kerjaya maka soalan itu sangat relevan. Juhara menjawab dengan sporting dan apabila beliau menyebut angka bayaran, maka kedengaran bunyi "Woooooooo" daripada penonton. Juhara kata bayaran pada dia itu rendah, belum sebut bayaran pelakon lain seperti Jalaluddin Hassan contohnya. Penonton pun "Wooooooo" lagi. Habis tu, kalau Juhara cakap satu telemovie shooting seminggu dia dibayar berbelas ribu, bayangkanlah Jalaluddin Hassan dapat berapa? Bukan ke "Woooooo" jugak tu. Saya juga meminta Juhara bercerita apa bezanya beliau ketika berlakon sebelum dan selepas menyambung pelajaran. Jawapannya sangat menarik dan bernas.

Manakala kepada Roy saya lebih straight forward kerana sikapnya juga begitu. Saya "menyerangnya" dengan soalan-soalan maut seperti kenapa beliau suka ambil artis berlakon teater sedangkan graduan teater ramai yang boleh berlakon? Apa kriteria yang beliau cari daripada seorang pelakon? Apa pertimbangan beliau ketika memutuskan untuk membayar sekian-sekian harga kepada pelakon? Statement beliau yang paling panas adalah "70% pekerja belakang pentas produksi saya adalah pelajar ASWARA sebab saya rasa budak seni dari universiti lain tak boleh buat kerja." Lebih kurang begitulah kata-katanya yang mengundang rasa panas di kalangan penonton - PELAJAR SENI PERSEMBAHAN UM hahahahha ..... Begitupun bagi saya, walau Roy lantang dan kontroversi tetapi beliau menjawab dengan jujur dan saya kira ada benarnya dalam melihat fenomena seni persembahan sekarang.

Dengan Joseph saya lebih banyak bertanya mengenai hal-hal akademik dan perbezaan bekerja dengan produksi dalam serta luar negara, kerana Joseph berpengalaman luas menyertai West End Production ketika belajar di UK dulu. Jawapannya juga sungguh menarik, malah tambah menarik apabila beliau menyentuh tentang ekuiti atau kesatuan dan undang-undang yang wujud di luar negara bagi melindungi para karyawan seni persembahan. Itu belum ada di negara kita kerana seni persembahan di sini masih sebagai hobi, belum industri. Lebih panas lagi apabila beliau kata bayaran kepada penari di Malaysia paling teruk, begitu rendah sekali. Beliau juga membangkitkan isu mengenai bangsa yang pada saya sensitif tetapi jujur dan nyata.

Sedar tak sedar sesi forum ini mencecah dua jam setengah itu pun selepas dua kali saya menerima isyarat daripada penganjur supaya hentikan acara kerana masa solat Jumaat sudah hampir. Perbincangan sangat hidup dan menarik menyebabkan penonton tidak keluar daripada dewan forum malah sesi soal jawab juga menarik, yang mana kalau tidak dikawal mungkin boleh menjadi medan yang panas juga antara penonton dan panel - tetapi terpaksa dipendekkan. Gelagat panel bertiga ini juga begitu mencuit hati menyebabkan forum ini tidak membosankan. Saya sangat bangga berada di antara mereka kerana saya juga mendapat ilmu yang banyak. Saya harap di masa yang lain forum sebegini dapat dipanjangkan lagi kerana ia memecahkan banyak isu dan perkara yang jarang kita perkatakan selama ini.

Manakala esoknya saya pula menjadi panel kepada sebuah forum dan wacana seni dengan membentang kertas berjudul Halatuju Graduan Kesenian Selepas 2010 di Dewan Bahasa & Pustaka. Turut bersama saya menjadi panel adalah saudara Syahrul Fitri Musa dari UiTM. Kami banyak bercakap mengenai latar belakang kesenian di Malaysia - yang dikendalikan oleh graduan seni dan ke manakah hala tuju mereka di dalam bidang ini pada masa akan datang. Moderator kami pagi itu adalah encik Rosdeen Suboh. Forum ini tidaklah panas seperti hari sebelumnya kerana penontonnya adalah pelajar-pelajar UM yang kebanyakannya ingin tahu bagaimana menentukan hala tuju dalam bidang ini selepas bergelar graduan nanti.

Jadi minggu lepas banyak dipenuhi dengan kegiatan teater dan pada hujung minggunya ada majlis ilmu. Penat sikit, tapi tak apalah, asalkan jiwa saya tak mati.

3 comments:

aloy_paradoks said...

macam mana saya boleh baca sampai habis ni...

ryann said...

bestnya. alumni um tak boleh pergi ke hari tu hehe

lenny said...

aloy - ha'ah, kenapa ek? hehehe...

ryann - boleh sebenarnya. Tapi tak taulah kenapa tak diwara-warakan.... :-(