Monday, August 17, 2009

MY NAME IS RACHEL CORRIE

SAYA kembali mengarahkan projek akhir pelajar seni persembahan. Kali ini untuk Ismaliza Ishak. Atas cadangan penyelia Isma, iaitu Puan Roselina Khir, kami setuju mengerjakan sebuah naskah monodrama berjudul MY NAME IS RACHEL CORRIE. Mungkin ramai belum tahu naskah ini, ia adalah kisah benar. Kisah seorang gadis beragama Kristian kelahiran Washington, US bernama Rachel Corrie, yang terkorban mempertahankan pemusnahan petempatan Islam Palestin. Dia dilanyak bulldozer ketika membuat benteng manusia. Anda boleh search di YouTube untuk melihat sendiri peristiwa berdarah itu.

Saya baru membuat sedikit penyelidikan mengenai tragedi ini. Beberapa bulan lepas saya cuba bersembang melalui internet dengan masyarakat di sebelah Amerika. Saya ingin tahu apa pendapat mereka mengenai tragedi gadis malang ini. Kebanyakannya mengatakan Rachel Corrie itu bodoh kerana terbabit dalam perjuangan bodoh sebegitu. Puak ini banyak melihat daripada sentimen keagamaan. Ada yang beritahu saya "perempuan itu sungguh bodoh. Entah ketololan apa yang membuatnya berdiri di hadapan mesin bodoh itu. Bukankah bagus dia duduk di Amerika, menonton tv, minum wine dan makan keropok. Bodoh. Kalau tidak berbuat demikian dikatakan bodoh, maka aku lebih rela bodoh sampai mati daripada buat benda jahanam seperti dia buat." Ya! Saya copy dan simpan dan terjemah kata-kata beliau ini untuk rujukan kemudian hari (hari ini). Manakala mereka yang lebih tinggi kemanusiaannya menyanjung pendirian Rachel yang juga aktivis kemanusiaan, yang mahu melihat sebuah dunia yang lebih adil dan aman.

Saya belum menentukan pendirian saya dalam naskah ini. Ada banyak kisah yang perlu dijelaskan kepada umum. Sama ada saya memandangnya daripada sudut agama, atau kemanusiaan - ia akan bergantung kepada proses daripada semasa ke semasa. Skrip ini ditulis oleh sekumpulan sahabat Rachel Corrie selepas kematiannya. Mereka membangunkan skrip ini berdasarkan catatan jurnal Corrie dan surat-suratnya kepada keluarganya ketika dia berada di Palestin. Sungguh menyentuh hati. Skrip ini dibeli oleh Puan Roselina ketika beliau berada di London awal tahun ini dan membawa pulang khusus untuk Isma.

Skrip ini diterjemah dengan baik sekali oleh Raja Farhana. Hari ini saya dan Isma baru mengadakan pertemuan dan sesi baca skrip. Buat masa ini saya tidak perlukan sebarang set. Saya hanya mahu ruang. Oleh kerana ia adalah kisah benar, jadi saya mahu gunakan projektor untuk memetik klip video sebenar. Ini kali pertama saya guna projektor dalam arahan saya, kerana saya fikir ia relevan. Saya beritahu Isma, ini adalah sebuah persembahan tribute. Ia bukan tentang Isma menjadi Rachel Corrie atau sebagainya. Ia adalah sebuah tribute kepada seorang manusia Rachel Corrie.

Masih awal untuk bercakap banyak. Tapi show adalah pada Oktober ini, insya Allah di Auditorium DBP. Saya perlu terus mendalami naskahnya. Saya mahu memulakan kerja ini dengan satu pertanyaan, "Jenis apakah manusia yang bernama Rachel Corrie ini, sehingga sanggup melakukan demikian??? Jenis apakah???"

6 comments:

Mohammad Hariry said...

Rachel Corrie, David Gale, Kamal Bamadhaj - mereka ini lebih mulia dari Nik Aziz, Haruthani Zakaria, Yusuf Qadrawi dan ustazah semanis kurma.

Pegawai Khalwat said...

Buat nong, jangan tak ya nong. Bila buat kasi tau bila ya nong.

ryann said...

untungnya isma , puan ros belikan skrip ini untuk dia. dapat pula lenny yg arah. tak sabar tunggu oktober.

Anonymous said...

Betullah apa yang dikatakan dalam Al-Quran. Akhir zaman ni sume kata-kata ulamak tu disifatkan bodoh dan tak releven oleh orang-orang yang sememangnya bodoh. Rachel Corrie, apa saja kebaikan yang dia buat, yang membalasnya hanya Allah. Tak sabar nak tengok tribute to Rachel Corrie!!

lenny said...

Hariry - siapa ustazah semanis kurma tu??? heheheh

Tuan Pegawai - datang tanpa menunjukkan bayang yeee...

ryann - isma yang untung, saya yang gelabah ... grrr....

Anonymous - betul. Allah saja membalasnya ...

Pegawai Khalwat said...

Orang terlalu ramai Lenny, tak sempat nak jumpa.