Monday, August 10, 2009

MONOLOG 1 MALAYSIA MERDEKA

ITU tajuk pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga Ahad ini (14-16 Ogos 2009). Saya ada di dalamnya sebagai pelakon. Saya bermonolog lebih kurang 15 minit saja. Pementasan ini anjuran DBKL dan sebenarnya sudah lama dibincangkan. Baru kali ini direalisasi dan kebetulan sempena sambutan kemerdekaan. Jadi segala tema dan pengisiannya diselarikan dengan tema merdeka.

Asalnya ia adalah gabungan lima monolog, tapi bos besar tak mahu monolog terasing-asing. Jadi diciptakan satu cerita untuk menggabung kesemua monolog ini. Kisahnya adalah pada malam persiapan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka, kelima-lima watak ini ada di situ - maka berkomunikasilah mereka dengan diri sendiri - di hadapan penonton nanti.

Teater ini adalah satu acara keraian. Temanya adalah SATU MALAYSIA. Jadi saya hanya boleh menyeru anda semua datang sepatriotik yang mungkin hahahaha ... Projek ini bolehlah dikatakan tempat saya melepas gian berlakon selepas sekian lama. Maklumlah, dah tua. Tak ada siapa nak ajak berlakon dah. Jadi bila dapat peluang macam ni, mengasah jugalah skill yang berkarat tu (kalau ada skill). Meskipun saya fikir ini adalah satu ruang untuk saya bermain-main dengan kegemaran berlakon, tetapi ia juga datang dengan tanggungjawab tersendiri.

Dalam monolog ini nanti saya hanya mahu bercerita. Saya ceritakan kisah-kisah benar yang pernah menimpa diri saya dan orang lain. Kisah benar yang didramatikkan. Oh ya, kesemua aktor monolog ini menulis skrip sendiri. Kami devise idea drama ini di bawah arahan M.Nasri Ayob. Selain saya, yang lain adalah Sylvia Loi, Wazir, Che Esah dan Ryna Ariffin. Kami juga dibantu dengan cemerlangnya oleh artis budaya DBKL. Saya, Sylvia dan Wazir dari luar DBKL digabungkan dengan Che Esah dan Ryna sebagai pelakon dari kalangan artis budaya DBKL.

Esok kami akan bum-in. Pian & the geng buat lighting, Nasri, Simon dan Nizam buat set, kami buat bodooo .... hahahahaha .... Meskipun saya sudah merasakan tension menghafal skrip dan memakannya dan meluahkannya semula, tetapi saya enjoy dan having fun. Tambah-tambah kerabat produksi ini semuanya cool belaka. Belasah ajelah. Meh laa datang kawan-kawan. Gelakkan saya ... hahahaha .... percuma jeee....

4 comments:

aloy_paradoks said...

yang bayar2 takde ke?

lenny said...

Yang bayar-bayar ada kat IB lorr ... muzikal tun razak ....

Pegawai Khalwat said...

Insyaallah aku mai.

Petang ke Stor, malam ke Bandaraya.

aloy_paradoks said...

monolog wazir tu mcm kisah benar je.. luahan peribadi agaknya..
hahahaha...