Friday, July 3, 2009

PDZ: MEKAR @ FTKL (PART 2)

INI sudah masuk Jumaat. Show PDZ Jumaat depan. Malam tadi buat run-through. Energy okey, pacing okey, tapi tempo terlalu laju dan teknikal sangat presentation pelakon berdua ni. Jadi esok harapnya kami boleh tarik-tarik sikit bagi dia orang lebih relax. Energy melimpah-limpah pun tak guna kalau tak boleh kawal.

Saya letakkan tahap persediaan pelakon sudah melonjak semula. Dua tiga hari lepas ia merudum ke paras zero. Nasib baik ia turun awal. Kali ini sudah naik semula, mungkin dalam 60%. Saya pun sudah suruh stop mencari. Apa yang ada harus dipercantikkan. Skrip baca lagi. Tapi permainan harus lebih matang dan bijak.

Sekali lagi saya tekan para pelakon, bahawa saya mahu menang. Tapi yang penting, persembahan mesti bagus dulu. Kalau buruk, tak payah tunggu orang lain, saya sendiri akan cakap ia buruk. Tapi saya beritahu mereka, saya nak menang. Tiada hipokrasi! Tiada berselindung di sebalik slogan! Tujuan bertanding adalah kemenangan! Tapi kalau kalah, ada aku kisah?

No comments: