Friday, June 19, 2009

PDZ: MEKAR @ FTKL (PART 1)

SUDAH dua minggu kami berlatih di Taman Budaya. Tiga hari pertama dapat guna panggung atas ihsan Taman Budaya KL. Kemudian sampai hari ni kami berlatih di pentas terbuka. Suasananya betul-betul terbuka. Ada LRT, bas, motorsikal, kereta lalu kat tepi. Kadang-kadang lima biji bas dah lepas, dialog diorang tak lepas-lepas lagi. Kalau ada show orang lain dalam panggung, maka berlatihlah mereka di kalangan orang yang lalu-lalang. Corak latihan begini memang sakit sikitlah, tapi saya harap dia orang akan rasa kesannya pada malam persembahan nanti, insya-Allah.

Semalam kami berlatih di Taman Tasik Perdana. Itu satu pengalaman yang menyeronokkan. Mula-mula berlatih di kawasan terpencil, di sebuah kerusi yang jauh dari pandangan orang ramai. Tapi hujan turun dan kami pun beralih ke wakaf di kawasan utama. Apabila hujan berhenti, Nasri bawa mereka berdua ke sebuah kerusi, betul-betul di laluan utama. Apabila mula saja berlatih, dia orang berdua ni jenis muka tak malu, dia bantai projek suara kat situ, jadi semua orang mula tengok dan menonton. Akhirnya jadi satu environment theatre pulak. Sampai ada tiga budak kecik datang betul-betul menghadap dia orang. Saya pula terpaksa jawab soalan-soalan budak kecik tu.

Tapi impaknya sangat bagus. Yang paling penting saya nampak mereka berdua sudah membuang rasa malu dalam diri. Itu sangat penting untuk seorang pelakon. Apabila ais yang beku dalam diri sudah dipecahkan, maka level eksperimen dan imaginasi akan lebih meningkat. Tahap keyakinan juga akan melonjak. Saya hanya perlu kawal supaya ia tidak terlebih dan tidak melimpah-ruah. Jadi untuk topik keyakinan diri, pelakon berdua ni sudah tak ada masalah.

Latihan kali ini pun saya lebih relaks berbanding latihan 2008. Mungkin dulu sebab ia projek akhir pelajar jadi waktu mengarah tu saya macam cikgu sikit. Tapi kali ni kami sama-sama berjuang atas nama persahabatan cewahhh ..... jadi saya ambil pendekatan berganding bahu hehehe .... Ataupun mungkin sebab Nasri pun turun padang. Dia banyak polish lakonan mereka berdua, jadi mungkin itu juga sebabnya saya rasa lebih relaks. Kerja jadi lebih ringan sebab saya betul-betul bekerja dengan komposisi pentas dan Nasri pula mendalami psikologi pelakon. Wan dengan Wazir ni ikut sikit cakap Nasri sebab dia macam serius sikit kalau bagi instruction. Saya ni pulak tempat dia orang buat loyar buruk. Kalau saya bagi arahan dia orang ikut tapi mesti nak melawan dan menjawab dulu.

Kerisauan saya di tahap ini adalah, adakah persembahan kali ini nanti berjaya mengeluarkan makna kedua dalam teks? Tentang lakon fizikal saya tak risau sebab saya percaya mereka berdua boleh berlakon dengan baik, tambahan pula ini adalah re-stage, jadi soalan tentang jadi tak jadi persembahan sudah terjawab. Tapi jangkaan saya kali ini lebih tinggi, iaitu adakah kami berjaya mengeluarkan makna kedua naskah ini? Kalau sama saja macam pementasan tahun lepas, saya tak fikir ia satu kejayaan. Re-stage memang banyak risiko. Sama ada ia jadi lebih baik atau lebih buruk.

Satu lagi kerja yang sukar adalah mengawal kehendak pelakon. Selalunya apabila saya minta lebih daripada pelakon, mereka akan lebih-lebihkan fizikal acting, jadi nampak macam terkinja-kinja. Sedangkan yang saya nak lebih tu adalah internal acting. Saya straight forward saja cakap supaya jangan terkinja-kinja macam beruk. Nak keluarkan emosi, makna dan suara bukan mesti terhenjut-henjut, terkerut-kerut atau terjerit-jerit. Kadang-kadang Wan dan Wazir ni berusaha sangat nak berlakon. Dia orang nak tunjuk sangat dia ni pelakon sampai tak nampak dah natural seorang manusia. Jadi selalunya saya akan tanya mereka, "macamana kau nak berlakon supaya tak berlakon?" Hah, menjawablah .... suka sangat menjawab kan hahahaha ....

Lagi dua minggu persembahan akan berlangsung. Saya mahu mereka naik pentas sebagai orang yang matang dan bijak. Saya pesan pada Wan dan Wazir, "kau orang jangan nak berlakon sangat kat pentas tu nanti ya." Saya harap mereka faham apa maksud saya. Jumpa next part!

8 comments:

malau said...

Fuhh..saya tumpang berdebar untuk Mekar Budaya.Tumpang bangga sekali. Bangga ngan semangat kawan-kawan. Semoga tahun ni Mekar Budaya bukan sekadar tercalon, tapi menang semua anugerah kecuali yang part perempuan.

Kak Lenny, email berapa ek..nak antar gambar ni.Dah siap separuh sketchnya.

fazleena said...

saya tak sabarrr...

all the best!!!

LENNY ERWAN said...

Malau - kak lenny harap wazir menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Wakakakakkakakakakakakkakakakakakakk......

Email kak lenny berapa? Berapa ko nak?? Ada tiga ni, yahoo, hotmail, perdanamail... mana ko nak??? WOKOKOKPKOKOKKOKKKK/...

ehh, sorry, orang nak tolong lagi mengada-ngada kan??? memmie77@yahoo.com ... thank you malauuuuuuuu.....

Fazleena - aiyooo .... seremmmm laa gue ni.....

aloy_paradoks said...

berjaya.. mesti berjaya.
mana boleh tak berjaya.

Mohammad Hariry said...

aku suka bahagian berlatih di tasik perdana. bagus.

bagitau wazir, jangan nak buat ngada-ngada. hahahahaha aku perasan dia selalu ada ngada-ngada.

daTT said...

sy sgt teringin join team kak lenny... tapi apakan daya..... KEPERLUAN MENGATASI KEHENDAK...

selamat berjaya utk MEKAR especially wazir...

da lama tak gadoh2 dgn dia...

-is a.k.a PIAN-

thedreamer said...

ngada2 tu trademark wazir la hariry. ok apa..

saya pun wish anugerah yg sama utk wazir. hehe

kak lenny said...

thanks aloy - mesti berjaya ya.

Hariry - betul kata cik Fazleena tu. Kalo tak ngada ngada, bukanlah Iswazir namanya hehehehe ... Dont worry, aku dah buat dia mengado-ngado pulak.

Datt - kak lenny pun teringin nak berteam-produksikan Datt. Next time kot insya Allah. Banyak lagi akan menyusul ni. Good luck untuk monolog ya.