Thursday, June 4, 2009

PDZ: MEKAR @ FTKL (INTRO)

PESANAN saya kepada Ahmad Iswazir Ismail dan Mohd Ridzuan Jusoh adalah - apabila saya mengambil keputusan untuk bertanding, ertinya saya mahukan kemenangan. Saya tidak akan berpura-pura dalam hal ini. Tetapi kalau kalah pun saya tak kisah, DENGAN SYARAT biarlah kalah selepas memberi persembahan yang bagus. Kalau menang pun tapi main macam gampang, tak ada guna jugak. Apatah lagi kalau sudahlah kalah dan main pulak macam superstar gampang, lagilah tak ada maknanya. Jadi saya harap mereka akan turun dengan semangat bertanding yang tinggi, bukannya semangat projek akhir pelajar UM atau semangat dapat peruntukan RM50,000 daripada DBKL.

Ahad lepas sudah diadakan pertemuan antara saya, Nasri, Wazir dan Wan untuk persiapan Mekar Budaya bertanding dalam Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Dalam perjumpaan itu kami menonton semula persembahan Peristiwa Di Zoo (PDZ) di MTC tahun lepas, kemudiannya kami melakukan post-mortem yang lebih bersifat brainstorming untuk pra-produksi Julai ini. Ada beberapa perkara kami bincangkan semula merangkumi semua aspek - yang paling penting adalah aspek lakonan dan pengarahan.


Latihan akan bermula 8 Jun ini dengan giliran pementasan kami pada 10 Julai di Taman Budaya Kuala Lumpur. Saya sengaja kompreskan latihan selama sebulan, bertujuan ia menjadi lebih intensif dan tidak membuang masa. Yang bagusnya kerana PDZ sudah pernah dipentaskan oleh pelakon yang sama jadi saya harap nanti kami hanya perlukan dua tiga hari saja untuk lancarkan semula dialog dan selebihnya mengerjakan naskah hingga ke dasar paling dalam.


Untuk PDZ saya mempertaruhkan lakonan semata-mata. Saya ada dua orang pelakon lelaki yang baik dan berpotensi. Mereka bukan sahaja komited, tetapi saya sangat besar hati kerana mereka percayakan saya untuk mengendalikan mereka. Sebab itu saya kata mereka baik. Tidak ramai lelaki yang mahu bekerja di bawah kendalian pengarah perempuan. Saya faham ego itu dan saya tak kisah. Tapi saya salute kepada Wan dan Wazir kerana mereka relax aje dalam hal ni. Apabila saya fikir balik betapa kerasnya sikap saya kepada mereka dalam sesi latihan 2008, saya terharu kerana mereka masih mahu meneruskan produksi kali ini. Ini sebuah produk festival, non-profit, tidak ada ganjaran selain kemenangan. Jadi saya mahu ucapkan terima kasih kepada kedua-duanya dan saya harap gandingan kami bertiga kali ini akan menjadi lebih bermakna.


Pengurus Pentas saya Adi Amza sedang praktikal di Seremban tetapi dia beritahu saya yang dia akan cuba hadir setiap malam kecuali jika ada projek jabatan yang mesti dilaksanakan. Saya lagi jadi terharu kerana saya fikir untuk hadir dan berulang-alik Seremban-KL setiap malam adalah perkara gila untuk sebuah produksi non-profit. Tapi kalau Adi sanggup buat begitu saya tak akan halang kerana saya faham itulah namanya passion. Jadi atas semua yang mereka lakukan ini, dengan Wazir yang sanggup tinggalkan job shooting, dengan Wan yang lepas kerja 9-5 perlu pulak menghadap muka saya pada malamnya dan Adi yang akan berulang-alik Seremban-KL selama sebulan setiap malam, maka saya sangat perlukan kemenangan untuk membalas semula budi baik dan pengorbanan mereka.


Hah Wazir dan Wan! Tertekan tak korang baca entri ni??? Wakakakakakkaakkakakkkkk ............... padan muka ........ jumpa Isnin nanti!

11 comments:

noora said...

eeeiiiiiiwwww.... jahatnyee kak lenny ni. Ingatkan syahdu sangat rupanya mengenakan orang. Kesian kat wazir dengan wan tu... heheehhe ,,,,

Mohammad Hariry @ Che Har said...

selamat berperistiwa di zoo.

antara wazir dan wan, kalo tak menang pelakon lelaki terbaik, buang ijazah korang!

hahahahahaha

(lenny, jahat tak aku?)

aloy_paradoks said...

lu dengar tu wazir! amaran keras tu..

lenny said...

noora - jangan kesian kat dorang, nanti jadi lembik wakakakkakkk...

Hariry - jahat dah tu tapi patutnye ko cakap mcm ni "wazir dan wan, kalau tak menang juga pelakon lelaki terbaik, baik bunuh diri!"

Wakakakkakakakkkkk.... best best best!!!

Aloy - ini baru amaran pertama heheheheheh ....

jaa rased said...

gud luck untuk team mekar, sekarang dah tak leh masuk festival teater,hanya akan menyokong dari belakang,caiyokkk la mekar.
untuk wazir...biar kalah dengan bermaruah.
untuk wan..kenangan 2 tahun lepas jadikan pedoman..ha...ha...ko memang bst
untuk kak len..gud luck kakak

Mohammad Hariry @ Che Har said...

'Nama Saya Lenot' laaa...

Woit, simple gila ko punya tajuk tu. Letak la gambar teddy bear makan jantung orang ke... kekekekeke

lenny said...

Jaa - thank you very much sayang. Nanti tolong kitorang buat pameran ya hahahahahhaha ....

Woii hariri - aku dah tak ada idea dah nak buat macamana. Nak buat template baru tak reti-reti last last jadi macam ni ... isk ...:-(

Mohammad Hariry @ Che Har said...

ko godek-godek je, nanti kau pandai sendiri la...

jaa rased said...

pameran...boleh aje...janji dapat involve belakang tabir dan namma tidak dilihatkan..ha...ha....kak len nak pinjam nota teater moden malaysia...jaa kena ajar teater moden...wuaaa....sekarang ni buku adalah teman setia....

malau said...

Waaaa..a.nak joinn..
ada part x??

Tukang sapu stage pun x per ar..

Wann... mu wat mmmolek deh..
jange wi malu aku deh..kali ni jange x tcalon lagi..

Hang plak wazir..buat biar ganeh..lagi ganeh darhi dulu..
orhang perok keno ganeh..
Muka doh ganeh..lakonang keno ganeh gok..

Kak Lenny n Abang Nasri..Korang berdua kesatuan yang padu..
Kita mesti berjayo..good luck..

Group MEkar yang lain..meh kita tolong mana yang terdaya..

kak lenny said...

malau .... tolong buat poster heheheheeh..