Tuesday, June 16, 2009

TRAVELOG: MENYUSUR PERAK OLD ROUTE

SELAIN Rime dan Intan, saya juga nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat saya, ex-housemate yang juga rakan senegeri, Hanimah Samsuddin yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan junior saya di ASK, Anas Rahbeni, yang juga adik kepada sahabat baik saya Mozaed Rahbeni. Anas dan Mozaed ni anak kepada tokoh muzik tradisional Melayu Pak Rahbeni Mutaal. Ucapan saya kepada kedua-dua pasangan ini, semoga perkahwinan mereka beroleh kebahagiaan sepanjang hayat sampailah ke syurga. Kalau di awal-awal perkahwinan tu ada masalah, bersabar dan bertahanlah. Tempoh lima tahun pertama memang sukar. Tempoh percintaan tidak menjamin kita sudah mengenal pasangan kita luar dan dalam. Apabila sudah tidur sebantal dan makan sepinggan, maka ada isu lain yang tak pernah kita hadapi sewaktu bercinta, akan timbul. Jadi bersabar dan bertahanlah.

Saya baru balik dari Taiping menghadiri kenduri Rime dan Intan yang cukup meriah. Dengarnya di Johor lagi meriah tapi hari tu tak berkesempatan ke Johor. Di Taiping tu saya sempatlah berjumpa dengan kawan-kawan lama macam Hariry, Zurairi dan Saifullah bersama keluarga masing-masing. Sempatlah jugak mengusik si Intan di pelamin yang dok mengadu perutnya sakit. Haiii, baru tiga minggu tu hehehehe ... saya mendoakan kedua-dua pasangan ini cepat beroleh rezeki cahayamata, nanti saya pun tumpang gembira. Korang jangan lambat-lambat nanti stress hahahaha ..... Sempat juga bertemu anak Hariry yang comel, si Emir Tulus. Dulu waktu kecik friendly, sekarang dah jadi anak bujang dia pemalu pulak. Tunggu dia besar sikit saya nak tengok dia punya perangai, kalau macam bapaknya habissssslahhhh .... ahahahhaha .....

Sampai di Taiping hari Ahad tu, saya dan suami check-in di Hotel Panorama, betul-betul di tengah bandar Taiping dan hanya lebih kurang 10 minit dari rumah Rime. Ingatkan malam tu nak melawat Night Safari di Zoo Taiping, nak cari inspirasi untuk PERISTIWA DI ZOO, tapi mengenangkan ada pameran reptilia di pintu masuk zoo, tak jadilah. Saya tak berapa gemar dengan reptilia ni. Jadi kami ronda-ronda bandar Taiping saja.

Kami balik ke KL dalam jam 11 pagi Isnin dan ambil keputusan untuk menyusur jalan lama. Hari tu waktu datang kami ikut highway sebab bertolak waktu gelap. Jadi apabila dapat melihat dan menyinggah bandar-bandar kecil sepanjang jalan lama, perjalanan lebih seronok. Sebelum menuju ke Kuala Kangsar kami meronda Kuala Sepetang kejap. Penduduknya lebih ramai Cina yang mungkin bekerja sebagai peraih, melihat kepada kerja-kerja menjemur ikan kering dan juga pasar-pasar yang banyak di situ. Kemudian kami berpatah balik, mengikut laluan Changkat Jering menuju Kuala Kangsar.

Di Kuala Kangsar kami singgah makan tengahari di Dataran Sungai Perak. Kemudian teruskan perjalanan di laluan lama. Ketika kami merentasi bandar Ipoh, perjalanan agak sesak kerana Ipoh itu besar bandarnya dan kenderaan banyak. Apabila masuk ke Gopeng/ Kampar, sepanjang jalan saya stress sebab banyak lori. Kami masuk laluan Teluk Intan, terus ke Sabak Bernam dan akhirnya sampai ke rumah mengikut laluan Kuala Selangor-Ijok-Sungai Buloh. Oleh sebab terlalu ralit menyinggah sana-sini, kami sampai ke rumah hampir jam 7 malam. Waktu pergi dulu 3 jam lebih saja. Tapi memang itulah tujuannya pun apabila ikut jalan lama.

Saya ada banyak nostalgia juga dengan negeri Perak ni. Tahun 2001, saya belum banyak melawat negeri-negeri di Semenanjung (sekarang semua saya dah jejak hehehe...). Waktu tu saya terpilih mewakili Malaysia sebagai Penulis Kreatif dalam program Asean Youth Camp. Lebih seronok sebab tuan rumahnya Malaysia, jadi kami seramai 10 orang dari negara ini, beserta wakil-wakil - 5 orang dari setiap 9 buah negara ASEAN lain, memulakan perkampungan di Pasir Salak, Perak. Dalam program ini kami dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di Perak malah saya berkesempatan menaiki bot menyusur Sungai Perak bermula di Pengkalan Bota Kiri hinggalah ke mana saya dah lupa. Sepanjang perjalanan bot itu, setiap kali kami melintas kampung-kampung kecil, ada banyak tangan anak-anak kecil melambai kepada kami. Pengalaman yang penuh emosi ini saya catatkan dalam puisi saya berjudul Menghilir di Sungai Perak yang dimuatkan dalam penerbitan Asean Youth Camp.

Jadi peluang menyusur semula jalan lama ini membuatkan saya terkenang nostalgia 8 tahun lalu itu. Bukan setakat terkenang tempat dan peristiwanya, tetapi terkenang wajah-wajah sahabat yang bersama-sama waktu itu. Ketika mula berjumpa, semua tak kenal satu sama lain. Tetapi setelah berkampung keliling Malaysia (KL-Perak-Terengganu-Pahang-KL), semuanya dah jadi keluarga. Waktu berpisahlah yang paling sengsara sekali. Menangis-nangis macam orang gila hahaha .... Kontinjen dari Malaysia paling merana sekali sebab terpaksa melihat semua delegasi berlepas pulang. Sayu betul hati. Dalam tempoh setahun selepas itu semua masih berhubung, tetapi kemudian lama-kelamaan semua hilang dalam kesibukan mengatur hidup masing-masing. Entah di mana mereka semua sekarang.

Saya suka laluan Teluk Intan hingga Sabak Bernam sebab persekitarannya yang rendah, datar menyebabkan saya dapat melihat langit begitu luas sekali. Tiada rumah, pokok atau bangunan kerana seluruhnya adalah ladang kelapa sawit dan apabila saya dapat menikmati langit luas dalam pusingan 360 darjah, cukup melapangkan hati saya. Langit dan gunung adalah pemandangan yang paling saya senangi.

Apabila melepasi Sabak Bernam dan mula memasuki Tanjung Karang ke Kuala Selangor dan mula nampak bangunan, kilang dan lori lagi, saya mengeluh. Tapi apa nak buat, kehidupan perlu diteruskan. Setengah jam sebelum sampai ke rumah, saya sms Wan dan Wazir beritahu latihan malam semalam batal sebab setelah berjam-jam travel dalam kereta, tak laratlah pulak.

Sampai rumah dalam jam 7, saya baring di katil dan terus lelap sampai terbangun semula jam 4.30 tadi, on pc dan mula menulis ....

4 comments:

aloy_paradoks said...

saya asal Teluk Intan... saje nak cakap walaupun tak tanye..

kak lenny said...

ehhh ye ke aloy? dulu ko cakap kat kak lenny ko orang texas ... heheheh...

Che' Har @ Mohammad Hariry said...

hampeh ko lenny. hahahahaha

aloy_paradoks said...

texas tu kg org rumah..