Saturday, May 2, 2009

THE SPIRIT arahan RAJA FARAH

MINGGU akan datang ni saya penuhi dengan aktiviti membantu menjayakan filem pendek arahan Raja Farah. Kalau orang tanya apa posisi saya dalam filem ini - ada macam-macam posisi. Selain tugas utama sebagai acting coach, saya juga berlakon satu scene iaitu scene batuk sampai mati. Untuk scene kemalangan maut saya akan jadi tukang kipas asap (efek malam ngeri), kalau jadi buat scene hujan saya dan Isma akan jadi tukang pancutkan air (jimat budget daripada memanggil bomba), kalau semua orang berlakon kecuali saya maka saya akan jadi make-up artist dan kalau tak ada apa nak buat saya akan jadi penyibuk!

Raja Farah adalah adik saya tapi berlainan ayah dan ibu. Dulu waktu bujang lebih tiga tahun kami duduk serumah di Kampung Baru, jadi hubungan kami sudah sangat rapat. Sekarang kami sudah tinggal berasingan dan dia berada di tahun akhir pengajiannya dalam bidang perfileman di Universiti Lim Kok Wing. Dinilai sebagai pengarah, dia perlu menghasilkan sebuah produk filem pendek untuk projek akhirnya dan kali ini Farah mengarahkan skripnya sendiri, sebuah horror berjudul The Spirit berdurasi setengah jam. Fakultinya menyediakan peralatan tetapi tenaga kerjanya harus dicari sendiri oleh Farah.

Dalam kerja-kerja berteater, Farah selalu turun padang menolong Mekar Budaya Production dan sekarang sampai masanya saya pula turun membantunya, walaupun saya benci kerja-kerja shooting. Tapi kerana Farah yang meminta pertolongan, kebetulan saya berkelapangan maka saya pun setuju. Kebetulan suami saya juga dalam tempoh free maka dengan dia sekali sudah turun membantu untuk art department. Manakala unit DOP adalah kawan-kawan Farah daripada ASWARA. Inilah gunanya kawan-kawan. Saya fikir Farah memang sangat-sangat bersyukur kerana untuk sebuah projek filem yang harus mengeluarkan budget ribu-riban jugak, Farah dapat mengumpulkan kawan-kawan yang sanggup bekerja secara percuma untuk melihat projek akhirnya berjaya.

Sejak minggu lepas, sudah dua kali hujung minggu kami habiskan masa berlatih di lokasi shooting, iaitu sebuah banglo tinggal di Kajang. Farah bertuah kerana memperoleh lokasi idamannya, benar-benar menepati bayangannya di dalam skrip. Banglo ini memang berkarakter dan kami sangat suka melepak di sini. Tuan rumahnya pula memberi guna secara percuma kerana anaknya berkawan dengan adik Farah. Kalau produksi luar memang kena caj standard. Cuma Farah kena keluarkan duit untuk betulkan fius. Hari pertama dulu kami semua dah gotong-royong susun semula rumah tu menepati kehendak tuan pengarah ni.

Saya ni memang sukalah bekerja melatih lakonan orang lain tapi apabila sampai masa saya yang kena berlakon untuk scene saya, memanglah saya cuak dan rasa nak muntah. Tambah-tambah lagi apabila dua hari ini mereka sudah mula berlatih dengan kamera, lagi saya rasa nak muntah darah. Lagi teruk apabila Nasri sudah timbul di lokasi lagilah saya rasa nak muntah darah dan segala isi perut. Saya benci kerja shooting yang kena menunggu dan meletihkan. Tapi saya tengok Farah dan Nasri beriya-iya bincang pasal angle kamera segala macam. Sudahnya kami yang lain ni buat lawak bodoh ajelah di belakang kamera.

Farah pun cool orangnya, tak adalah nak angin meroyan-royan atau feeling-feeling pengarah popular (setakat inilah). Team produksi ni pun cool. Bukannya ramai pun. Para pelakon juga ikut merangkap krew produksi. Pelakon utama kami si Farhana dan Syahir sesekali merangkap runner jugak, Isma (pelakon) merangkap make-up artist, Adi dengan Rush (pelakon jugak) akan merangkap propman, PM kami si Fendi merangkap Datuk aka toy boy Datin, tuan pengarah si Farah merangkap runner tukang beli pisang goreng. Nasri pula akan jadi semua posisi yang belum ada orang isi.

Filem pendek ni cerita hantu. Jadi ada macam-macam kisah dah berlaku sebenarnya. Tapi nantilah bila shooting dah habis betul-betul baru saya cerita. 

4 comments:

Fairuz Selamat said...

kedengRANnya seronok..

ryann said...

kerja merangkap rangkap ni yang best

lenny said...

Fairuz - seronok sebab team produksi semua cool. Penat pun tak terasa.

Ryann - ha ah, tu lah. Merangkap itu merangkap ini, sampai confuse apa sebenarnya kerja aku ni? heheheheheh ....

Pegawai Khalwat said...

spirit bermethyl?