Monday, May 25, 2009

KISAH THE SPIRIT (PART 3)

HAIII ... bertemu lagi dalam entri hantu-hantu THE SPIRIT hehehehe .... Sebelum tu saya nak bagitau perkembangan terbaru bahawa sekarang ni saya, Nasri dan Raja Farah sedang dalam proses offline editing dan dalam sehari dua lagi akan buat online editing pula. Semuanya dilakukan di rumah saya menggunakan lap top dengan RAM 3GB dan perisian Adobe Premiere 2.0. Turut membantu adalah Farhana sebagai TC girl dan Isma sebagai caterer hihihi .... Memang sudah jauh betul penglibatan saya dalam short film si Farah ini. Lebih daripada apa yang dirancang dan dah sampai jadi editor dah. Orang dengar mesti hairan tapi banyaklah cerita di sebaliknya yang tak patut-patut saya ceritakan secara terbuka. Tapi itu semua tak penting. Yang penting saya enjoy dan saya juga belajar benda baru dalam hal-hal editing filem.

Dulu di ASK saya memang tak belajar hal-hal teknikal dan produksi filem sebab saya tak berapa minat. Saya cuma mendalami penulisan skrip, kritikan dan teorinya. Tetapi menerusi THE SPIRIT, saya memahami banyak perkara yang lebih mendalam mengenai aspek pembikinan filem. Sekarang ini saya yang bertindak menyuntingnya tetapi tidak berseorangan kerana Raja Farah sentiasa berada di kiri dan Nasri berada di kanan saya. Agak mudah untuk saya belajar dengan cepat kerana mungkin latar belakang saya dalam penulisan, lakonan dan pengarahan. Jadi sense untuk menjaga nilai dramatik dalam filem sentiasa ada dalam instinct saya. Cuma saya kena faham banyak mengenai orientation kamera, frame dan sebagainya. Tak boleh sunting sesuka hati kerana ada rules tertentu yang perlu dipatuhi, tambah-tambah ini projek pelajar. Saya memang seorang yang sangat komited kepada satu-satu benda baru yang saya tak tahu. Kalau saya berikan komitmen dan fokus sepenuhnya, saya boleh mempelajari sesuatu perkara lebih cepat daripada yang orang jangkakan hehehehe (masuk lif tekan sendiri)...

Lebih memudahkan pemahaman apabila saya duduk bekerja bersama Raja Farah yang belajar secara formal ilmu perfileman dan juga Nasri yang tidak belajar formal tetapi telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri tv dan filem. Kedua-dua mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza jadi saya cepat menyerap kombinasi kedua-duanya. Saya juga belumlah tua sangat, masih ada kekuatan untuk belajar dan memahami ilmu baru, jadi peristiwa jadi editor secara bidan terjun ini memberi pengalaman dan perspektif baru kepada saya dalam bidang ini. Siapa tau lepas ini saya serius mahu jadi editor? Jangan lupa, saya dulu seorang sub-editor untuk suratkhabar ... hehehehe ....

Okey, saya nak sambung cerita pasal hantu di banglo lokasi penggambaran THE SPIRIT pada malam kedua. Entri lepas saya ada cerita pasal kotak yang menggelungsur di dapur ketika saya mencuci cawan kan? Rupanya peristiwa kotak itu juga dialami oleh Shahir pada hari kedua di rumah berkenaan. Bukan itu saja, ada kejadian lain yang lebih pelik dan ganjil. Bangun saja dari tidur, Shahir mengambil kain bajunya di dalam kereta untuk mandi. Masuk semula dalam rumah, Shahir letakkan kunci keretanya di atas meja dan terus mandi. Selesai mandi dan bersiap, dan mereka semua berpakat keluar makan tengahari, Shahir mencari kunci kereta. Waktu itu baru disedari kunci kereta sudah hilang.
Kecoh semua orang mencari kunci kereta Shahir di seluruh pelosok rumah tapi tak jumpa. Mereka memaksa Shahir mengingat di mana tempat terakhir dan Shahir berkeras mengatakan kunci itu diletakkannya di atas meja. Hinggalah akhirnya Isma terjumpa kunci itu di tempat yang aneh, iaitu di bawah lipatan kain baju Adi. Kunci itu tersimpan kemas di celah-celahnya. Hmm ... memang lawak seram. Gila babas punya hantu main sembunyi-sembunyi kunci kereta pulak.

Habis cerita siang, timbul pula cerita malam. Malam kedua adalah malam penggambaran sepenuhnya untuk babak di dalam bilik. Tingkap bilik itu menghala ke arah hutan belukar di tepi banglo. Ketika babak berlangsung, sampai satu ketika saya tiba-tiba mendengar suara mengilai! Serius! Suara mengilai! Serentak itu mata saya dan Isma berpandangan. Sharp! Saya tengok orang lain relaks saja sedangkan suara mengilai itu begitu kuat. Suara itu berbunyi dua kali. Saya mulanya sangkakan itu adalah suara orang ketawa daripada rumah berhampiran, tetapi suara itu hanya satu tone, nyaring dan menyeramkan. Selepas tamat babak malam itu, saya menghampiri Isma dan bertanya apakah dia dengar apa yang saya dengar? Isma mengangguk perlahan dan kemudian kami dihampiri Shahir pula. Rupanya dalam ramai-ramai orang di dalam bilik itu, hanya kami bertiga saja yang mendengarnya. Yang lain langsung tak dengar. Pelik! Tapi itulah yang berlaku. Mungkin ia bukan suara hantu. Mungkin ia suara burung atau manusia, tapi yang peliknya, kenapa hanya kami bertiga yang dengar?

Okeylah, saya dah penat sebenarnya. Hari ini pasukan editor rehat. Farah and the geng balik rumah mereka dan esok akan datang balik. Saya pun nak berehat dulu sebab dah empat hari berturut-turut kami semua tidur pagi, malah semalam kami mula bekerja malam sehingga jam 9 pagi tadi. Pasal itu saya tulis status dalam Facebook yang saya dah lemauuuu hehehehehe ..... Nanti saya sambung lagi cerita hantu yang dah mula nak tunjuk rupa pada hari seterusnya. Ciaooooo....

5 comments:

aloy_paradoks said...

saya mengikuti cerita ini dengan konsisten...

tapi yg peliknya... kalau buat cerita hantu mesti ada cerita disebaliknya...
erm....

kak lenny said...

hah itulah pasal. Agaknya hantu hantu ni excited kot kita buat cerita pasal dorang. Agaknya dia orang nak bagi support tak? hihihi....

Shahir Shaid said...

check darisepasangmata.blogspot.com
kite pon nak jadi blogger jugak..!!!
hahaha...!!!

kak lenny said...

hai shahirrrr .... akhirnya ko masuk jugak blog kak lenny yaa...

zulfitry.com said...

wah begitu bersemnagt sekali yer..