Tuesday, May 19, 2009

KISAH THE SPIRIT (PART 2)

“Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.” ( Surah Al-A’raf 7:27).

WAH! Serius betul pembukaan kali ini. Hehehe ... saya nak kongsi cerita pasal pengalaman mistik produksi THE SPIRIT sepanjang penggambaran. Tapi sebelum tu saya nak ingatkan bahawa ini hanyalah pengalaman untuk dikongsi, bukannya untuk menakut-nakutkan atau menyebarkan tahyul. Saya tahu, ada orang yang sangat sinikal dengan benda-benda mistik begini. Saya juga begitu dulu. Tapi selagi anda tidak mengalaminya, maka anda tidak akan dapat "berada dalam kasut" orang yang mengalaminya.

Saya sungguh tak selesa menyebut perkataan HANTU kerana perkataan itu biasanya untuk main-main saja. Mungkin kalau sebut MAKHLUK lebih serius kot hahaha ... Satu-satunya pengalaman saya yang paling menyeramkan diganggu makhluk halus adalah pada tahun 2004. Tempat dan acaranya biarlah saya rahsiakan. Kalau nak tau saya akan beritahu secara lisan. Ketika itu saya menjadi Penolong Pengarah untuk sebuah persembahan teater di sebuah panggung berprestij. Beberapa hari menuju persembahan, saya, Pengarah (Rosdeen Suboh), SM (abang Ijat) dan ASM (Rime) balik agak lambat sebab ia sebuah show yang besar jadi selepas setiap latihan kami perlu bincang banyak perkara.

Alkisahnya ketika turun daripada tempat latihan untuk keluar dari bangunan itu, kami perlu melalui satu ruang dewan yang sangat besar untuk sampai ke luar. Saya berjalan agak terkebelakang. Abang Kudin dan abang Ijat jalan berbual di depan dan Rime di tengah antara kami. Pijak saja kaki di ruang dewan itu, tiba-tiba kepala saya pening dan rasa mengembang. Kaki saya berjalan terawang-awang dan bahu saya berat seperti ada sesuatu menumpang. Saya dah tak sedar keadaan sekeliling. Baca ayat Al-Quran jangan cakaplah, tapi semua tunggang terbalik. Saya tak beritahu yang lain sebab saya takut mereka lari, jadi saya cuba bertahan selagi boleh. Anehnya, lepas saja kedua-dua langkah saya keluar dari ruang itu, terus badan saya normal semula. Nasib baik juga saya ni bukanlah penakut sangat. Mungkin sebab pengalaman menjadi ketua asrama puteri waktu sekolah menengah dulu telah mendepankan saya dengan pelbagai pengalaman seperti bilik berhantu, pokok berhantu, histeria, rasukan, hantu cakar pintu (hehehe), hantu panggil orang kat tempat mandi (hahaha), hantu spirit-spirit dan sebagainya. Tapi kejadian yang tadi lebih dahsyat dan ia agak membuatkan saya trauma nak masuk dan melintas kawasan itu lagi ... sampai sekarang.

Okey, sekarang nak cerita pasal makhluk di lokasi THE SPIRIT. Lokasi ini juga saya rahsiakan alamatnya, tetapi ia adalah sebuah banglo yang sangat besar. Tuan rumahnya mahu menjualnya dengan harga 2 juta 200 ribu. Jadi anda bayangkanlah nilai hartanahnya. Ia terletak setongkol di atas bukit. Simpang masuknya sangat khusus dan dari jarak 500 meter anda boleh nampak karakter rumah ini. Hari pertama kami masuk, kami semua betul-betul sukakan rumah ini. Ia bukan sahaja cantik dan mewah tetapi ia ada satu karakter yang sukar saya jelaskan. Apabila mengetahui banglo ini sudah hampir 4 tahun dikosongkan, maka mulalah karakternya menjadi semakin jelas.

Misteri pertama yang timbul adalah berkenaan sabit di dalam sebuah kotak kayu antik. Sebelum kami betul-betul tidur di lokasi ini, kami sempat berulang-alik setiap hujung minggu menjalani latihan. Dua minggu sebelum penggambaran bermula, iaitu ketika membersihkan rumah itu, kami menemui kotak berkenaan di bawah tangga ruang tamu. Bersama kotak itu adalah satu arca buluh berbentuk manusia, ia macam Pinocchio. Kami hanya membuka kotak berkenaan dan menemui sabit di dalamnya. Farah kata sabit itu dia nak guna dan jadikan prop. Jadi sabit itu disimpan semula di dalam kotak berkenaan dan kami langsung tak alihkannya dari bawah tangga.

Minggu berikutnya kami datang kembali, dan apabila Farah membuka kotak berkenaan, eh... sabit itu dah tak ada. Tuan rumah pula memang langsung tak datang ke rumah itu kerana dia berada di luar negara dan lagi pula kunci rumah hanya diserahkan pada Farah saja, hinggakan tuan rumah sendiri tak pegang kunci. Jadi kami mula mencari logik. Mungkin orang masuk mencuri dan itu dan ini .... tapi semuanya tak masuk akal kerana ada banyak lagi barang mewah untuk dicuri selain perlu menyusup masuk dan terus ke bawah tangga membuka kotak dan mengambil sabit berkenaan. Untuk pengetahuan anda, jarak rumah itu jauh daripada rumah lain. Menjerit pun tak siapa yang dengar. Kalau pencuri dah berjaya masuk ke dalam rumah itu, dia boleh angkut semua perabot mewah, pasu-pasu mewah dan banyak lagi barangan mewah yang memang ditinggalkan di dalam rumah berkenaan. Pencuri jenis apa yang nak sangat sabit tu? Maka banyaklah lawak tercipta untuk menjawabnya. Kami pun tinggalkanlah misteri itu tak berjawab.

Maka pada 6 Mei kami semua pun berangkatlah masuk ke dalam rumah berkenaan untuk memulakan perkampungan The Spirit. Kami lupakan kisah sabit itu, lagipun semua orang dah jatuh cinta dengan banglo berkenaan dan sanggup angkat tilam bantal untuk feeling duduk banglo mewah berharga 2 juta lebih. Ya, kami semua bersekedudukan lelaki perempuan hahahahaha .... Tapi tak ada apa nak dikontroversikan sebab saya dan suami ada di situ dan kami semua berkumpul tidur di ruang tamu. Tidak ada bilik tidur yang digunakan kecuali untuk salin baju saja. Kira kami berdua ni macam guardian angel-lah dalam produksi ini wakakakakkakakkk .......

Dijadikan cerita, malam pertama saya berada di dapur dan membasuh cawan. Tiba-tiba ada sebuah kotak di sudut dapur menggelungsur dan jatuh. Saya terkejut dan pandang ke arah kotak. Ia bukan jatuh kerana salah letak kerana ia betul-betul terletak di atas tempat rata. Tapi ia jatuh seperti ada tangan sengaja menolaknya. Saya diam dan sambung kerja, dalam hati saya kata, "Oh ou, okeyyyy ...". Tapi saya memang selalu diamkan hal sebegini kerana saya takut kecoh.

Kemudian malam yang sama juga - dah masuk jam 4 pagi, ketika itu sedang shooting scene terakhir iaitu scene di tangga naik ke atas. Yang lain semua berada di tangga, saya berdiri di ruang makan dan Adi di dapur. Kira kami berdua agak jauh daripada yang lain. Tiba-tiba Adi keluar dari dapur dan datang kepada saya lalu cakap, "Kak Lenny, macam-macam dah bunyi Adi dengar kat dapur ni." Belum sempat saya menjawab tiba-tiba ada bunyi cakar-mencakar di luar rumah. Saya dan Adi berpandangan. Lekas saya kata, "Anjing tu." Adi jawab,"Kalau anjing baguslah". Saya jawab balik, "Ha ah memang anjing. Kak Lenny nampak tadi anjing masuk." Heh, sebenarnya saya bohong. Saya mana ada nampak anjing tapi demi tak mau kecoh, aku bohong je kau Adi.

Berhenti sini dulu, nanti saya sambung apa cerita malam seterusnya. Lagi dramatik, hantu siap sembunyikan kunci kereta dan malamnya dia mengilai pulak......

3 comments:

malau said...

Cepat ar sambung x sabar ni..
citer ni blehwat skrip plak ni.. cepat ar....pastu apa blaku..cepattttttt>...

X sabar sungguh diriku ini

lenny said...

sabarrrrr ......
hihihihieeeeeeee (mengilai)...

Dark Ray said...

kebanyakan filem seram biasanya pembikinan itu sendiri lebih menyeramkan daripada jalan ceritanya..