Wednesday, May 13, 2009

KISAH THE SPIRIT (PART 1)



MULA-MULA saya perkenalkan dulu all the cast and crews dalam produksi The Spirit. Dari kiri yang separuh membongkok itu adalah cameraman kami, namanya Mukhlis. Si baju oren yang berdiri tu namanya Rush, kalau tengok sekilas pandang wajahnya macam Awal Ashaari. Dia pelakon jugak merangkap boom man. Sebelah Rush yang kepalanya merah tu Shahir. Dia ni kira pelakon utamalah dalam filem ni. Tapi waktu scene saya, saya request dia jadi boom man, kalau tak saya tak nak berlakon. Dan dia turun padang jadi boom man hahahaha .... Si kecik molek sebelah Shahir adalah pengarah filem pendek ini. Itulah dia Raja Farah - yang muda dan cool. Di sebelahnya yang berseluar merah itu adiknya Raja Farhana, juga pelakon utama dalam filem ini. Farhana, walaupun first timer, tapi dia sangat berbakat. Saya fikir kalau dia ada kesungguhan dia boleh pergi lebih jauh. Sebelah Farhana tu sayalah dan sebelah saya tu suami sayalah hahahaha ...
Duduk dari kiri yang berkain pelikat tu ialah Adi. Saya tak tau dari mana dia dapat kekuatan bekerja sambil memakai kain pelikat. Malam pertama pun dia jadi boom man sambil pakai kain pelikat. Kami rimas tapi dia tak. Di sebelahnya Fendi merangkap Production Manager dan di sebelah Fendi ialah Ismaliza, pelakon utama merangkap make-up artist.

Inilah saja anggota produksi The Spirit. Tak lebih dan tak kurang. Ini juga kali pertama saya terlibat sepenuhnya dalam pembikinan sesebuah filem pendek. Selalunya saya tulis skrip saja dan tak pernah turun ke lokasi kerana di Malaysia "penulis sudah mati". Saya pernah berlakon dalam Sutun 2 atas pujukan kawan (abang Ijatlah), tapi itu hanya sangat sekejap dan pengalaman ngerinya adalah, untuk scene tak sampai berapa minit itu saya tunggu pagi sampai petang. Buang masa betul. Kemudian saya pernah datang tengok suami saya shooting di lokasi tapi kemudian saya sumpah tak akan datang tengok lagi kerana saya tak suka kerja shooting yang banyak membuang masa ini.

Cuma kali ini saya terlibat benar-benar untuk membantu Raja Farah. Tetapi ternyata ia memberi pengalaman yang baik dan manis untuk saya kerana produksi ini sangat comel sekali. Dengan 10 orang di dalamnya, yang berjawatan "jelas dan nyata" hanyalah pengarah dan cameraman. Manakala yang lain tugasnya bertukar-tukar mengikut masa dan keadaan hahahaha .....

Fendi si PM adakalanya menjadi runner, conti boy dan boom man. Di hari ketiga dia juga adalah pelakon. Rush bersama kami hanya pada hari pertama dan hari terakhir kerana di tengah shooting neneknya meninggal dunia. Tetapi apabila berada di lokasi, dia juga pelakon, runner, driver, boom man dan conti boy. Shahir yang juga pelakon utama aka seniman agung dalam produksi ini, juga adalah boom man dan sesekali jadi runner. Oh ya, dia feeling stuntman juga. Isma, pelakon utama adalah jurumekap produksi ini sebab dia sangat berpengalaman menyolek artis untuk kamera. Saya tolong touch-up peluh saja, itu pun kalau rajin. Saya pula berlakon satu scene depan kamera dan di belakang kamera scene saya banyak berlaku di dapur dan tempat makan minum hahahaha ..... Saya dah berikrar yang saya tak akan sentuh barang-barang teknikal seperti mengangkat monitor, lampu dan tripod. Saya lebih rela buat kopi sepuluh kali satu jam. Jadi selain memantau lakonan mereka daripada semasa ke semasa, saya juga adalah seorang handy-girl.

Adi juga berlakon, dia juga boom man, dia juga conti boy ... oh ya, dalam produksi ini walaupun conti sheet ada satu tapi conti boy ramai hahahaha .... Sesiapa saja yang duduk berhampiran conti sheet ketika shooting berlangsung, automatik dia akan jadi penjaga conti. Malah si Farhana pun menjelma jadi conti girl apabila dia duduk dekat conti sheet atau duduk sebelah kakaknya. Malah kalau tak ada sesiapa di sebelah conti sheet, Raja Farah sendiri akan menulis conti. Maka saya mengelak seboleh mungkin untuk berada dekat conti sheet. Biarlah saya duduk masak air sepanjang masa pun tak apa. Suami saya tu saya tak pasti apa kerja sebenar dia sebab adakalanya dia nampak macam penolong pengarah yang akan bertukar menjadi art director pada masa tertentu. Kemudian dia juga akan jadi propman dan boom man.

Yang seronoknya, seperti kata Farhana dalam interview The Making of, walaupun semua orang bekerja di bawah tekanan yang sangat tinggi, tapi tidak pernah ada yang mengeluh dan merungut. Mengeluh penat tu biasalah, tapi merungut ala-ala diva memang tak ada. Saya pun hairan kenapa tak ada yang merungut. Raja Farah sebagai pengarah juga sangat terkawal anginnya. Dia tak moody dan dia juga memberi arahan dalam cara yang betul. Hanya satu kali saja anginnya terpanas sikit disebabkan conti sheet yang hilang. Sebab tak ada orang yang nak peduli sangat pasal conti sheet tu, maklumlah ramai sangat penjaganya hihihihi..... Tapi saya rasa angin begitu biasalah, tambah-tambah tengah letih dan stress. Selebihnya dia sangat cool dan saya harap dia terus begitu dalam produksi yang lain.

Compliment paling tinggi dalam produksi ini saya berikan kepada Mukhlis, sahabat baik Raja Farah yang juga pelajar Universiti Lim Kok Wing. Asalnya team DOP kami adalah kawan-kawan Farah dari ASWARA. Tapi sayang sekali pada hari pertama shooting, cameraman demam panas dan team teknikal yang lain pun sekaligus tak datang. On the spot Farah call Mukhlis yang tengah shooting di KL. Mendengarkan sahabatnya dalam kesusahan, Mukhlis datang juga malam itu dan teruslah dia terbabit-babit bersama kami selama 4 hari, walaupun siangnya dia harus shooting di tempat lain juga. Dalam serba letih dan penat pun Mukhlis tak bekerja lebih kurang. Dia juga membantu mendapatkan shot yang cantik dan berani. Saya betul-betul salute pada dia. Oh ya, disebabkan hanya ada Mukhlis saja, maka semua lelaki dalam produksi ini automatik juga bertukar menjadi lighting man.

Hehehe .... ini pembukaan saja. Ada banyak lagi cerita menarik, terutama cerita accident yang benar-benar berlaku dan juga kisah kami diganggu hantu sepanjang shooting di banglo itu. Nak tau, tunggu next entri .....

2 comments:

Anonymous said...

yeay tak sabar nak baca kisah selanjutnya. cepat sambung kak lenny...

aloy_paradoks said...

sy penah tengok akak dlm sutun tu... tengah lipat kain.... hahahahaha