Tuesday, March 24, 2009

KAMI DI SEBALIK PINTU








DI ATAS poster tertulis tarikh persembahan produksi ini adalah pada 26 dan 27 Mac 2009 (Khamis dan Jumaat). Tapi saya secara peribadi suka menjemput penonton untuk hadir pada 27 Mac 2009 kerana malam 26 itu saya masih ingin gunakan sebagai malam pra-tonton. Lagipun penilaian hanya akan dilakukan pada malam 27 Mac, jadi saya fikir persembahan pada malam 27 mungkin lebih "adil" berbanding malam 26, walaupun saya sudah ingatkan para pelakon supaya tetap perform pada malam 26 Mac sekiranya ada penonton hadir.

Sedar tak sedar rupanya sudah dua bulan saya dan seluruh kerabat produksi DI SEBALIK PINTU menjalani latihan. Minggu ini projek akhir pelajar Seni Persembahan (Drama) UM akan berlangsung dimulakan dengan The Tempest (Shakespeare) pada malam ini (24 dan 25 Mac) oleh Ku Mohd Yusri Ku Abdul Rahman. Saya berdoa semoga semua pelajar ini dapat beraksi dengan baik dan berkesan, naik ke pentas dan melimpahkan semula ilmu yang mereka pelajari sekian lama.

Selepas show nanti, saya akan tulis mengenai proses kreatif saya dalam produksi DI SEBALIK PINTU, insya Allah.

No comments: