Monday, July 28, 2008

TAHNIAH RAIHANI!

SAYA panjangkan lagi ucapan tahniah ini kepada sahabat sejati saya (selagi aku tak tikam kau dari belakang ... kah kah kah ...) iaitu Siti Raihani Mohd Saaid yang baru saja diumumkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/ 2005 menerusi puisinya berjudul Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang. Tahniah berganda juga kepada abang Hasyuda yang turut menerimanya untuk puisi Tsunami Bukan Hanya Nama menambah seri kepada penganugerahan yang baru diterimanya di Sabah. Turut berada di dalam senarai ini ialah Kemala, Siti Zainon Ismail, Allahyarham T.Alias Taib, Wadi Leta, Rahimidin Zahari, Zaen Kasturi, Nahmar Jamil dan Hamzah Hamdani.

Saya tidak pernah ragu-ragu akan keupayaan Raihani berada sebaris dengan para sasterawan tanah air ini. Sejak dulu lagi saya sering percaya bahawa dia adalah sasterawan in the making. Tapi sekarang bukan in the making lagi, dia sudah berada di sana! Saya ketika awal menulis dulu, sebenarnya bermula dengan genre puisi, tetapi akhirnya jatuh cinta kepada penulisan drama pentas. Begitu lama tidak lagi menulis puisi, sekarang saya agak sukar menghasilkannya. Setiap kali menulis puisi, pasti akan jadi seperti dialog drama. Jadi saya cukup hormat dan kagum kepada mereka yang prolifik dan punya kekuatan luar biasa untuk menyusun bahasa bagi menyampaikan pemikiran agung. Saya percaya kekuatan pena dan bahasa mereka itu melambangkan kekuatan akal dan jiwa mereka juga.

Tetapi saya tidak pernah berhenti menikmati puisi. Ia masih satu escapism yang paling berkesan untuk saya menilai kembali perjalanan hidup dan keinginan jiwa. Maka selain sasterawan seperti Usman Awang, A.Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Hasyuda Abadi, Ariffin Arif, Zurinah Hassan, Baha Zain, Amir Hamzah, Chairil Anwar yang karya-karya mereka sentiasa menjadi suara kedua saya, Raihani juga adalah antara penulis muda yang saya gemari. Hanya kebetulan dia sahabat baik saya, maka saya ada kelebihan mentafsir setiap karya yang dia hasilkan hehehe .....

Teruslah Rai, bukan saja untuk menggapai pengiktirafan. Tetapi juga untuk menghidupkan jiwa masyarakat yang kontang dan mati di zaman serba gasang dan gila ini.

6 comments:

Rai said...

Thank you thank you!

Rai pun kalau tulis skrip drama akan jadi puisi.Bila buat bengkel dengan anak murid,minta puisi dibaginya kita lirik lagu rock kapak.Ingat kita tak tahulah tu.KIta ni lagi hantu dari segala hantu rock kapak.

Kira punya kira,penulis wanita muda dalam umur bawah 40 dan 30 sangatlah susah nak jumpa yg menyerlah dalam puisi.Maybe ramai tak suka puisi sebab pulangan dan kesannya lambat.Tak seperti novel.Maka berjuanglah hamba secara solo dalam kelompok umur ini memartabatkan puisi tanah air.Nisah, Jasmina,Mawar,Ummu Hani semuanya tulis novel.Adalah sorang lagi penulis muda pompuan yg suka tulis sajak ni.Tapi sekarangd ahs enyap.Mungkin sibuk menternak kanggaru di Kampung Baru.Oopps!

Cissss!Nampaknya kau tikam aku...dari depan!Keh keh keh!

pemerhati ums said...

salam...
puisi sy ska...
tp skrg sy jrg tlibat ngan puisi da...
plibatan sy dlm deklamasi puisi d pengaruhi oleh cikgu awg asim...deklamator labuan...
tp d labuan sgt kurg aktvt puisi kurang...

sy ska Janji Si Muda Lela...
hehehe
sbb prnh bw ms sayembara puisi kt labuan tahun 2005...
xikt btnding sbb xbrani...
cikgu awg asim yg wkil...

lenny tuan rumah said...

Rai, menternak kanggaRU di Kampung BaRU. Bagus tu, dah berirama dah hehehehe ... tak apa teruskan bergerak solo. Nak berduet panggil hamba hihihi ....

Pemerhati ums - hah, inilah dia penulisnya Janji Si Muda Lela tu .. Mrs Raihani. Nama blognya pun Janji Si Muda Lela gak ...

pemerhati ums said...

sy tau Mrs. Raihani ni pnulis Janji Si Muda Lela...
sy prnh jugak bc blog Mrs Rai...
hehehe
n Kak Len, Pemerhati ums ni pie...
hehehe
sy kcu setting blog...
mls nk baiki...
nnt sy baiki...
rindu puisi...kali terakhir terlibat puisi tahun 2006...sayembara puisi kt upm...
johan masa tu upm...
sy xigt da...
klh la katakn...
hehehe...ms tu bw puisi Genta Merdeka...tbait dlm puisi sy deklamasikan tunggang tbalik...hehehe...

Janji Si Muda Lela said...

Org UMS,

Awang Asim tu saya kenaaaaaal sangat!Hehehe!

pemerhati ums said...

sy pn kenaaaaaaaall sgt...
hehehe