Monday, July 21, 2008

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2008

KEPUTUSAN Festival Teater Malaysia 2008 sudah pun diumumkan. Sarawak dengan Tukang Ensera menang besar, diikuti Selangor (Wajah Lumpur) dan Kedah (Hamlet). Saya rasa semua orang berpuas hati dengan keputusan ini. Ramalan saya pun sebahagian besarnya mengena, terutama jangkaan Pengarah Terbaik dan Juara Festival memang tidak ada lain pilihan saya melainkan Sarawak. Cuma tekaan bagi kategori pelakon tersasar sikit. Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik tidak ada masalah, saya rasa semua orang setuju dengan kemenangan mereka berdua. Cuma saya sangkakan si genit Severina (Sarawak) itu mungkin lebih sesuai memenangi Pelakon Wanita Harapan bagi memberi laluan kepada Ophelia (Hamlet -Kedah) merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Tapi tak kisahlah, itu jangkaan saya sebagai penonton. Juri lebih arif pertimbangannya. Saya okey aja.

Kemenangan Sarawak menepati jangkaan kerana persembahan mereka yang bersih dan terkawal. Meskipun pacing cerita agak slow tetapi jalan ceritanya mempunyai paksi yang kukuh dan konsepnya dibentuk rapi. Lebih daripada itu para pelakonnya sangat kuat, interpretasi pengarah jelas dan yang paling memikat hati penonton adalah komitmen mereka mengangkat elemen tradisi dalam persembahan. Perubahan latar meyakinkan dan benar-benar membentuk dua alam yang berbeza, tidak sekali-kali mengelirukan penonton. Cuma sesekali saya mengeluh juga kerana beberapa perbuatan diulang-ulang, tetapi kekuatan watak utamanya menjadikan kita boleh menanti cerita sehingga tamat.

Wajah Lumpur oleh Selangor juga adalah persembahan yang mengkagumkan, tetapi dalam sesebuah pertandingan, persembahan realisme harus mencari formula yang SANGAT HEBAT untuk mengatasi markah persembahan yang menggunakan teknik peralihan dua zaman. Apatah lagi peralihan itu berlaku dengan cemerlang seperti yang dilakukan oleh Sarawak. Tetapi rekaan pentas dan sinografi kumpulan Selangor adalah tunjang utama kepada kehebatan persembahan mereka, selain lakonan mantap para pemain. Jadi, syabas kepada Selangor kerana memberi saingan hebat.

Ketika saya menonton Hamlet oleh Kedah, saya suka dengan attitude persembahan ini. Mereka mengetengahkan sikap yang konsisten, di mana pelakon dan pengarah mencapai persetujuan untuk bermain dengan cara yang sama. Tetapi saya kira, pemaknaan kepada naskah ini harus lebih besar daripada sekadar bermain dengan lenggok kata-kata. Mungkin kerja adaptasi harus mengambil tempat dengan lebih serius. Hamlet yang ini kalau tak silap saya adalah terjemahan Indonesia (Trisno Sumardjo), yang mana jiwa dan gaya bahasanya sangat jauh daripada pengalaman dan pemahaman kita. Mungkin inisiatif boleh diambil dengan mengusahakan terjemahan terus Inggeris ke bahasa Malaysia. Saya sudah menulis mengenai perkara ini dalam Berita Harian pada tahun 1999, ketika Faridah Merican mengarahkan naskah yang sama untuk para pelajar ASK di The Actor's Studio ketika itu.

Bagaimanapun saya terharu dengan kesungguhan AKRAB memberikan interpretasi yang bersungguh-sungguh dan menarik terhadap naskah Shakespeare ini. Suntingan terhadap pementasan ini sangat cantik dan kemas. Penggunaan korus sangat efektif dan tidak membazir, malah sebenarnya membantu memadatkan cerita. Walaupun ada something missing - seperti babak Mouse Trap (lakonan semula pembunuhan ayah Hamlet di hadapan Claudius) yang tidak dieksplorasi sepenuhnya serta babak Penggali Kubur (ditiadakan) yang sebenarnya sangat penting dalam pengisahan Hamlet - mungkin juga kerana tragedi Hamlet sukar ditempatkan di alam Melayu, maka ia mengurangkan markah di beberapa bahagian. Menggunakan paten Randai memang menarik tetapi gagal mengadaptasi nama-nama watak dan latar ke budaya yang relevan memunculkan kekeliruan besar. Tetapi sekurang-kurangnya saya lebih suka Hamlet yang ini berbanding Hamlet terakhir yang saya lihat di Actor's Studio dua tahun lalu.

Persembahan lain harus diakui walaupun nampak berusaha tetapi masih tidak mencapai standard muncul juara. Tunku Kudin terlalu menumpukan pada aspek teknikal, tetapi pengisian jiwa terhadap watak-watak tidak dibangunkan. Hamletmashine ada pelakon yang bagus tetapi mengendali naskah eksperimen seperti ini bukan saja perlu keberanian dan keinginan, tetapi harus ada pengetahuan dan kebijaksanaan tentang karya dan zaman karya itu ditulis. Pemikiran penulis yang gagal diinterpretasi dengan baik hanya akan menampakkan persembahan yang caca-merba. Manakala kumpulan dari Kelantan dengan Dilema Baginda Sultan dibarisi pelakon muda yang sangat-sangat berbakat, tetapi interpretasi naskah membataskan keupayaan mereka untuk pergi lebih jauh.

Tahniah dan syabas kepada semua. Saya mempunyai nostalgia yang sangat manis dalam acara ini kerana saya adalah salah seorang anak seni yang lahir daripada kegiatan Pekan Teater. Ada orang kata teater jangan dipertandingkan kerana ia subjektif. Tetapi kepada saya apa salahnya bertanding? Tidak ada apa yang salah, tetapi yang perlu dibetulkan adalah niat kita. Kalau nak bertanding, tandinglah dengan semangat karyawan dan setiakawan yang tinggi. Saya gembira dengan gabungan persembahan para peserta di malam penutupan. Itulah matlamat festival ini sebenarnya. Yang penting mereka enjoy, ukhwah terjalin dan ada pengalaman manis untuk dikenang selepas tamat festival.

Pada malam kemenangan, trofi dan anugerah menjadi sangat penting dan kita akan terawang-awang sebentar. Tetapi ia bukanlah penting untuk selama-lamanya. Anugerah dan penerimanya silih-berganti, tetapi semangat menghidupkan teater itu yang kekal selama-lamanya.

10 comments:

PIE said...

ble igt smula,sdih jugak xdpt join festival teater malaysia...
sangkut d penilaian...
salah sy ms tu...
sy mnghncurkn 'syajar' ms pnilaian...
sy xdpt blakon dgn baik...
tp apa ble buat...
bkn rezki...

Pegawai Khalwat said...

Akhirnya aku jumpa juga orang komen pasal FTM 08.

Sayang aku tak dapat tengok sendiri kerana jauh di pedalaman.

Minyak pulak naik.

Ha ha....

deennasour said...

kecewa gila sbb tak dapat tgk negeri sendiri perform,
alik2 dgr negeri sendiri juara!!
padahal yg gelak kuat tgk gambar diorang kat papan notis depan auditorium tu aadalah diri ku ini..
malu malu!!!

tgk2..menang!!!!
deen tgk kedah and kl ja aritu..
erm..kecewa sangat2..
sangat2 kecewa dan kecewa sangat2//
mmg kecewa lah..
argh!!!

lenny tuan rumah said...

hai pie, jganlah salahkan diri sendiri pulak. bertanding macam itulah, kadang2 kita sudah buat yg terbaik kalo tiada rezeki pun terlepas jugak.

Pegawai khalwat pi operasi di pedalaman ke? hehehe ...

Hah deen, itulah balasannya kerana mengetawakan gambar orang hihihi ...

Rai said...

Kak Len,

I could never understand clearly apa binatang teater fizikal tu.

As u said,semua teater pakai fizikal.Yalah,hamba ni org jahil tukil.Tak mengaji tinggi.Heheh!

Kalau bukan teater fizikal, namanya apa?Teater mental?Maybe teater mental tu macam ni:

Penonton masuk dewan.MC umumkan 'terimalah naskhah dot dot dot...'tapi stage kosong,pelakon tak keluar sebaliknya penonton cuma bayangkan sendiri macam mana cerita tu, sampai lebih kurang sejam setengah.Mcm mana muka pelakon, set,kostum,prop dan apa endingnya belasah sendiri ikut imaginasi.

Errkk,boleh gitu!??

jinggo said...

sayang aku dapat tengok kedah saja......
masa tu aku memang cuti....
tapi ada perkara yang perlu diselesaikan......
sayang-seribukali sayang.....

joe pdz said...

SEMEKOM....DALAM BANYAK2 KOMEN...KOMEN DARI K.RAI..MENCURI HATI SAYA...BETUL JUGAK...TAKKAN LA TETER MENTAL...HAAHHAH...APA PUN...ITULAH YG SELALU DISEBUT...BAGI SAYA KITER KENA KENAL JENIS TEATER YG NAK DIANGKAT..KALAU TAK KITER LA YANG TERANGKAT..HUHU...

(SAYA PUN BUDAK BARU BELAJR...SO TAK BERANI KOMEN GILER2)

lenny the tuan rumah said...

RAI - lepas ni I nak buat teater dengan genre "mental fizikal jiwa kacau" ... boleh tak? Mesti ada scene tikam-menikam (depan dan belakang), ada scene sumpah-menyumpah, maki-hamun dan diakhiri dengan sesi catwalk oleh para drama queen. Mesti meletopsss di kalangan blogger hahahaha ...

JINGGO - tak apa nanti tahun akan datang boleh tengok lagi.

JOE - nanti ko yg sakit mental karang

NOORA - kak lenny memang pengreview setia festival teater ni

IS said...

ada apa dengan FESTIVAL TEATER bila dicampur adukkan dengan kekotoran politik...

ada apa dengan FESTIVAL TEATER bila orang2 teater sendiri saling menuding tangan menyalahkan saudara sendiri...

ada apa dengan FESTIVAL TEATER bila orang orang KECIL industri terus merana nak buat satu show...

ada apa dengan FESTIVAL TEATER dila AKADEMI FANTASIA bole buat di ISTANA BUDAYA...

p/s - perjuangan yang tak akan SELESAI...

lenny erwan said...

hai is, apa yg marah sangat tu? Tak apalah, biarlah benda-benda tu berlaku. Kita buat apa yg patut kita buat aje ye. Istana Budaya tu pun bukannya ada apa pun. Istana kannn ....

Salam.