Sunday, April 13, 2008

MINGGU MAHASISWA BERTEATER

SAYA hanya berkesempatan ke Pesta Buku pada siang Sabtu. Itu pun disekalikan dengan memenuhi undangan cikgu saya di ASWARA dulu, Encik Zakaria Ariffin untuk membaca puisi dalam acara Puisi Warisan ASWARA di tengah-tengah pesta itu. Turut tampil petang itu adalah penyair Saiee Driss, Marsli N.O, Nisah Haron, Shamsuddin Othman, diselang-seli dengan para pelajar ASWARA sendiri dan paling dapat sambutan sudah tentulah Kopratasa. Saya baca Arca dan Puisi karya Usman Awang. Sebelum acara bermula saya sempat ke gerai Wira Bukit, membeli karya terbaru A. Samad Said 68 Soneta Pohon Ginkgo dan lebih seronok lagi Pak Samad kebetulan ada di gerai ketika itu. Saya luangkan sedikit masa berbual dengannya dan dia pun turunkan tandatangan di antologinya itu. Seronoknya membeli buku dari tangan penulisnya sendiri.

Manakala kebanyakan waktu malam minggu lepas saya luangkan untuk menonton teater. Yang menariknya kesemua teater yang main itu (kebetulannya) adalah anjuran beberapa IPTA sekitar KL, jadi saya sambil-sambil juga membuat pemerhatian dan analisis sendiri-sendiri mengenai trend pementasan teater para pelajar universiti masa kini. Antara yang sempat saya tonton adalah Melati & Melur (UPM), Pentas Opera (UiTM), Misi (UM), Day I Met The Prince (UM) dan Bangsawan Raden Galoh (ASWARA). Saya cuba nak pergi ke UPSI Jumaat lepas untuk lihat Tiang Seri Tegak Berlima tapi berhalangan pula. Sorry Lena & Zul, next time ya.

Antara kesemua IPTA ini, kumpulan daripada UPM bukanlah pelajar-pelajar seni persembahan. Mereka hanya mementaskannya untuk keperluan peperiksaan para bakal guru saja, yang nanti keluar akan mengajar drama kepada pelajar sekolah. Bagus untuk mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas, untuk dikongsi dengan para pelajar nanti. Jadi expectation saya ketika hadir menonton Melati & Melur pada malam hari Isnin tidaklah sama dengan hadir menyaksikan pementasan yang lain. Saya kira dengan hasil kerja begitu, mereka sudah berjaya merealisasikan sebuah pementasan yang baik pada tahap mereka.

Kemudian saya menyaksikan Day I Met The Prince pada malam Khamis yang dipersembahkan oleh para pelajar projek akhir Pusat Kebudayaan UM. Mereka memilih karya mendiang Kuo Pao Kun (Singapura) dan mempraktik sepenuhnya elemen performance activities. Saya sangat teruja menyaksikan persembahan yang saya kira sangat berjaya malah cemerlang ini. Pelajar-pelajar ini mengatasi expectation saya. Rugi jugaklah siapa yang tak datang menyaksikannya kerana mereka memberikan satu persembahan menarik dengan stail dan teknik yang bukanlah baru, tetapi segar. Hanya kelemahan mereka adalah pada teknik vokal, lontaran suara yang sering jatuh. Mujurlah ruang The Store kecil, jadi ia tidak ketara sangat. Saya ada beritahu mereka kalaulah mereka anjurkan projek akhir ini di hadapan target audience yang sebenar iaitu kanak-kanak, maka impak yang diperoleh pasti lebih maksimum. Teater ini bersifat interaktif, mereka bertanya dan penonton menjawab. Memanglah penonton yang hadir menjawab, tapi kawan-kawan menjawab paham-paham sajalah, main-main saja banyak. Kalau kanak-kanak yang terlibat, pasti jawapan mereka lebih jujur, dan persembahan pun akan jadi lebih efektif.

Kemudian malam seterusnya saya ada di Auditorium DBP menyaksikan Pentas Opera oleh UiTM. Saya suka dengan kelantangan vokal para pelajar Diploma Teater ini, cuma sesekali saya rasa lakonan mereka sangat asas kerana asal bercakap saja mesti menghadap penonton, walaupun rakan lakon ada di belakang. Saya datang malam pertama dan difahamkan ada satu team lagi pelakon untuk show yang berlainan. Saya suka persembahan para pelajar ini secara ensembel dan harapnya dapat melihat mereka perform lagi di masa akan datang.

Sabtu malam saya di MTC menyaksikan lagi projek akhir adik-adik saya juga di UM, iaitu Misi. Expectation saya memang melonjak-lonjak mahu menonton yang ini kerana saya sudah melihat versi Rosdeen & Khir/Adlin, serta Hilmi/ Maizul jadi saya mahu lihat sesuatu yang lain. Tetapi persembahan mereka tersasar jauh daripada expectation saya. Bagaimanapun saya sudah bertemu pengarahnya selepas persembahan dan berbincang dengannya tentang apa yang saya fikir. Jadi saya harap dia menerimanya dengan hati terbuka.

Malam Ahad saya pula diisi dengan menonton Bangsawan Raden Galoh oleh para pelajar ASWARA. Secara ensembelnya saya kira persembahan ini cemerlang. Sebagai sebuah bangsawan, ia sangat cantik dan menepati jangkaan. Cuma saya sebenarnya masih mengharapkan lebih lagi daripada para pelajar akademi seni ini. Begitupun saya tak suka dengan extra-turn mereka. Saya selalu merungut meminta extra-turn habis lekas kerana saya nak tengok perjalanan ceritanya. Pelik juga, selalunya extra-turn yang buat orang lekat di kerusi, tapi kali ini saya tak suka. Saya nak tengok apa kesudahan babak demi babak. Walaupun persembahan ini tidaklah sempurna (mana ada persembahan sempurna), tetapi saya rasa ia masih cemerlang dan menghiburkan. Bahasa yang digunakan sangat indah dan bila saya belek brosur, penulisnya ... oh, Samoza. No wonder! Saya happy.

Sebenarnya, setelah menonton semua show ini, saya ada keinginan untuk menulis mengenai aspek vokal, karakter, interpretasi naskah, chemistry, tempo, pacing dan sebagainya dengan lebih mendalam, tapi akhirnya saya memilih untuk tidak menyentuhnya. Saya baru selesai mengerjakan dua pementasan dan kepala saya mahu berehat daripada terlalu teoritikal. Cukup-cukuplah dulu. Saya datang nak menonton dan memberi makan kepada minda dan rohani saya saja.

Kesimpulan yang boleh saya capai berdasarkan semua tontonan ini adalah; kegiatan teater di IPTA masa kini masih berorientasikan peperiksaan. Malah kesemua teater yang saya tonton ini, objektifnya adalah untuk penilaian kursus atau projek akhir untuk layak diberikan ijazah. Saya ingin melihat para mahasiswa menggunakan teater sebagai wadah menyampaikan gagasan generasi baru, kerana universiti bukan saja gedung ilmu tetapi harus mencetus budaya pemikir di kalangan penghuninya. Tetapi selagi AUKU tidak diroboh atau sekurang-kurangnya dipinda, saya rasa itu hanya tinggal angan-angan saja.

9 comments:

Rai said...

Kak Len, thanks for the write up.Betul,banyak show kalau budak IPTA buat mesti exam based.Tapi peliknya I tak terasa pula semua tu masa belajar di ASK n UM.Nape ye?

Mungkinkah kerana seni tu dah jadi makanan harian lalu apa yg dibuat semuanya datang dari hati?Benar,hasil seni dari buah tangan org yg betul2 makan seni,tidur seni dengan org yg belajar dlm kuliah saja amatlah besar bezanya.Anyway Rai puas hati dapat buktikan sesuatu dgn Melati Melur tu.Kalau nak dibandingkan dgn persembahan dari batch lepas,Masya Allah...bukan cakap besar ni,tapi tahap dewa muruganlah bezanya!Heheh!

Itupun 'ada' org pi cakap sebelum show-teater tak boleh hidup di UPM.Di ASWARA bolehlah...ironinya orang yg cakap tu ialah pensyarah kursus drama yg Rai ajar tu sebelum ni.Ooooops!

deennasour said...

akak!!
deen pergi lah PENTAS OPERA tu..
tapi tak seronok..
mmg hampa gile lah..
saya siap bg tau kwn saya lagi yg peristiwa di zoo lagi mantap..
saya sokong pendapat akak,
pelakon byk memandang ke depan jerk..and saya tak berapa suka filem yang babak banyak sangat..tukar2 prop...
saya lebih suka teater mcm peristiwa di zoo, nyonya, yang tak tukar2 dan pening kepala tgk krew ulang alik kat pentas....mungkin dah dibiasakan dgn drama cam tu kat sekolah dulu...

suaru diorang plak mmg besar..tapi kebanyakkan daripada mereka menjerit..kalau lah persembahan mereka tu seminggu, pasti 3 hari je suara tu bertahan...

yang tak seronoknya masa babak terkahir..yang ada setan tu, ada penonton excited sangat sampai menjerit..pastu ada kamera flash.....adoi...pencemaran betul
kacewa dong


P/S camne bleh tak terserempak ek?
saya dok belah kanan sekali

vitamin said...

saya ada ternampak saudari (betulke panggilan saya ni) masa menonton misi. tapi segan nak tegur. saya ada buat review pasal MISI dan PENTAS OPERA

http://vitaminisme.blogspot.com/

senang-senang lawat la..

erm, saya dalam proses untuk mementaskan JERJAK. bulan 5 mungkin. dan yang penting, bukan untuk dinilai oleh pensyarah.hehe..

nanti saya btau bila dah confirm..

LENNY ERWAN said...

Rai, kat ASK environment lain. Wpun kita selalu merungut psl birokrasi kat situ, tapi di situlah sebebas-bebas lokasi utk kita berkarya. K.len ingat lagi tahun 1999 kat ASK lama, waktu tgh makan kat kantin, abg Kudin tetiba angkat kasut dia, letak atas meja dan bercakap dgn kasut. On the spot jadi drama and automatik kitorang semua yg tengah makan tu jadi penonton and automatik kantin tu bertukar jadi ruang lakon. Kat ASK lah tempatnya kita boleh buat gitu, pasal tu budaknya semua gila. Kat universiti ruangnya dah lain jadi konsep berkarya pun dah jadi lain. Tapi kita tak boleh mati kerana ruang. Kita yang cipta ruang, kita yang kawalnya dan kita yg hidupkannya. Macam Rai menghidupkan teater di UPM walaupun ada org kata teater tak boleh hidup kat situ. K.lenny rasa org tu masih terperangkap kat zaman Greek. Kirim salam booooo kat dia :-P...

Deen, memanglah belum sampai waktunya kita berjumpa. Datanglah tengok Mak Yong kat Aswara. Kak Lenny akan datang sebab kak Lenny pensyarah utk kursus Teori Mak Yong.

Vitamin, sampai hati awak segan tegur saya. Nanti kalau jadi show nya berilah tahu. Insya Allah saya datang.

Anonymous said...

salam kak.lenny...
akak, eddy sangat memerlukan bantuan kreativiti akak... sekarang eddy dah tersangkut dengan karya anuar nor arai.. ronggeng rokiah.. eddy dah bentuk kumpulan utk final ni... sekarang eddy seorang yg akn ambil lakonan.. eddy nak buat monodrama watak USMAN PLAYERS watak pengiris Rokiah Rongeng. watak ni sgt mencabar.. sbb pelakon dia yg asal sgt mantap tp eddy nak bawa dia dlm bentuk eddy sendiri... mungkin ianya sesuatu yg menarik... eddy teruja dengan penulisan kak.lenny seperti dr M ke M dan Melor Melati. dari situlah eddy merasakan hanya kak.lenny dapat memberikan nafas untuk naskah ini. harap akak boleh bantu eddy k. dari perbincagan bersama ahli yang lain.. kami bersepakat nak masukkan rokiah ronggeng dalam satu babak sahaja supaya ada warna sikit cerita ni dan ada sebuah tarian mambo di satu babak supaya kemeriahan happy world kelihatan. maknanya eddy akan bawanya dalam bentuk semi monodrama.. skripnya eddy dah ada.. sinografinya juga sudah ada idea apa yang nak buat sbb eddy ada bg pendapat tentang itu. managment eddy juga sudah mahu berjumpa sendiri dengan Anuar Nor Arai bg memohon pendapat. dalam perbincangan kami sekumpulan kami menyuarakan beberapa pengarah hebar termasuk kak.lenny... semua teruja bila eddy sebut nama kak.lenny sbb semua rakan2 eddy menyukai karya kak.lenny. tp ada sebelah pihak mahu abg kema memberi sentuhan dalam monodrama ini kerana ada pihak yg suka dengan sentuhan abg kema dalam arahannya dalam dan tiga dara terbang ke bulan... maka eddy juga bersikap adil dan bersetuju... tp kami sgt memerlukan kepakaran kak.lenny kerana bg kami kak.lenny adalah rujukan utama di aswara mahupun di um ni.. guru vs kawan vs akak... huhuhuhhu harapan eddy akak sudi tlg eddy k...dan eddy nak minta akak jadi jurulatih lakon eddy nanti k... bila akak free sudi - sudilah menjenguk kami.. itupun menanti skrip ini di bedah oleh akak juga..huhuhhu jika akak free kita jumpa di mana2 k.. sms eddy k.. thank...

kak Lenny said...

Salam eddy,
kak lenny tak ada masalah nak tolong tapi rasanya eddy lambat laa tanya kak lenny hehehe ... Kak Lenny dah setuju tolong 3 production final projek. Dua di UM satu di ASWARA. Dua daripadanya untuk skrip and satu lagi directing. Tapi itu pun kak lenny janji hanya boleh buat lepas kak lenny balik dari research julai ni. Mei & Jun kak lenny banyak tak ada kat KL. Kalau eddy nak tunggu kak lenny nampak gayanya akan lambat sangat sebab kak lenny tak boleh buat cepat, tahun ni kak lenny banyak tak ada di KL, ulang-alik ke Sabah utk research. Priority kak lenny mestilah pada research kan??

So, kalau eddy tunggu tu boleh, tapi saaaaaaaaaaaaaangggat lambat, and eddy punya projek awal nanti terjejas. So, kak lenny punya nasihat, eddy cari dulu sesiapa untuk buat di peringkat awal iaitu adaptasi kepada monodrama, nanti bila kak lenny free, maybe dlm hujung tahun baru k.lenny tolong tengok semula. Skrip Ronggeng Rokiah tu pulak tebal mengalahkan kamus dewan kan. Nak baca tu satu hal, nak paham satu hal pulak, nak adaptasi satu hal lagi. So, semuanya makan masa. Eddy jangan tunggu kak lenny sebab yg 3 production lain tu pun kak lenny hanya janji boleh buat start julai ni.

Oh dan kema is the best choice for you. Kema punya artistik view untuk cerita macam ni sangat bagus.

Hariry said...

aku tengok misi itu hari, malas nak tulis. suruh ku yusri cari tebuan, kasi gigit dia punya 'anu' supaya tak terkepit-kepit lagi on stage! dah banyak dah aku tengok dia macam tu... (aku baru renew insurans mulut) hahahahaha

Anonymous said...

salam kak.lenny
sblm eddy nak berstory ttgk final projek...
eddy nak borak dgn abg hariri jap..huhuh
lucu bebeno la... dia ckp cri sarang tembuan
rasanya bg ku yusri semut tonggek je gigit..huhuhhuhu
nampaknya blog kak.lenny ni jadi persidagan hangat ..

seday la... akak ...
kalau cam tu kempunan eddy nak merasa belakon dlm karya akak
dr thn 1 lagi eddy dah rancang nak belakon bawah karya adaptasi kak.lenny
tp eddy tak update je...
itu kesilapan eddy..sorry

pendapat kak.lenny siapa yg blh di minta tlg lagi ya?
adik yusri ada cadangkan kak.rai..
kawan kak.lenny tu..
abg namron?
mungkin abg kema sendiri?

tp mahu ke mereka?
yg eddy tahu hanya kak.lenny je difikiran eddy ni
yg menjadi masaahnya ialah mengadaptasi kepada monodrama
tidak semua penulis boleh melakukannya

eddy terus teringat LEMBU dan MAT DERIH KUALA PERLIS..
nak aja eddy edit dan adaptasi sendiri, tp eddy sedar yg eddy tak mampu untuk melakukannya
sebab eddy dah cuba lakukannya..

jika tidak ada jalan lain.. eddy akn edit sendiri dan jika july kak lenny free... itulah ketentuannya..huhhuhu
apa pun thank pada kak lenny
sbb sudi juga walaupun akak sibuk
eddy faham tanggungjawab KAK.LENNY
kalau tak sibuk bkn kak.lenny la tu..huhuhuh

apa pun terima kasih banyak2
kak.lenny...

lenny said...

hariri, mulut ko memang siotttt ... aku tak tau kalo ada org menyerang balas ko jawab laa sendiri. Aku akan redirect terus ke blog engkau ... hehehehe .....

eddy, alaaa ciannye ... kak lenny nak tolong tapi itulah, kekangan masa. Tapi apa-apa hal still boleh jumpa kak lenny lagi, no problem ok??