Thursday, March 13, 2008

DARI M KE M - GIMIK

DENGAN PERISTIWA DI ZOO tinggal seminggu lagi pementasannya, ada pula berita yang menggoyahkan sedikit produksi DARI M KE M. Pelakon lelaki utama kami menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan dan kami memahaminya. Jadi dengan serta-merta saya, Jaa (pengarah) dan abang Nasri (Intan pun ada sekali) bermesyuarat pada satu tengah malam di kedai mamak Prima Damansara. Yang kesian adalah pelakon wanita, Ismaliza. Sudah dua kali bertukar pasangan lakon, dua-dua tak menjadi. Terkeluarlah cadangan daripada mulut Jaa sekiranya Iswazir boleh ambil semula watak itu (Iswazir pelakon asal watak Adi). Saya 50-50 sebab Iswazir baru habis PDZ pada 22 Mac, mana ada masa nak proses karakter yang lain untuk show 28 -30 Mac. Nanti dia akan nampak sama saja dalam latihan kurang daripada seminggu. Tapi saya cakap kalau tak ada pilihan, itulah caranya pun. Tapi abang Nasri agak keberatan. Bukan tak suka Iswazir, tapi katanya bukan tak ada orang lain lagi. Lebih daripada itu kami harus berlaku adil pada Ismaliza yang sudah berlatih sekian lama tanpa rakan lakon. Kemudian macam-macamlah nama pelakon lelaki kami sebut tapi ada saja masalahnya.

Akhirnya ...

Berlakulah satu perubahan dalam produksi DARI M KE M. Jaa bersedia mengambil peranan Adi, menjadikan proses lakon Jaa kali ini lebih mencabar. Jaa akan berlakon sebagai lelaki. Bukan sebagai pengkid atau tomboy, ini juga tak sama seperti Imuda dalam 3+1, atau Rusdi Ramli dalam Waris Jari Hantu kerana mereka lelaki yang melakonkan watak lelaki lembut. Ini juga tak sama macam Sofea Jane dalam Cinta Kita yang jadi tomboy atau Erma Fatima dalam Rozana Cinta 87 yang jadi lesbian. Ini lain, kerana Jaa kali ini akan berlakon sebagai seorang lelaki.

Saya kira ini gimik yang baik untuk persembahan ini, dan saya sendiri sudah mengambil-alih tempat sebagai pengarah persembahan. Jaa tak mungkin boleh mengarah dirinya sendiri sambil berlakon, saya tak galakkan orang buat begitu. Jadi selepas persembahan PDZ, saya akan turun mengendali DARI M KE M. Buat masa ini saya minta Jaa dan Ismaliza hafal dan masakkan skrip dalam kepala. Sabtu ini pun saya akan mula bekerja dengan mereka berdua, memandangkan PDZ sudah siap secara teknikalnya. Proses PDZ sekarang adalah memperhaluskan aspek psikologi lakonan dan memantapkan kombinasi kreatif dan kerja teknikal.

Ini juga pertama kali saya mengarah dua pementasan berturut-turut dalam masa sebulan dan selang seminggu. Nasib baik DARI M KE M memang naskah saya jadi saya sudah skip proses memahami naskah.

Walaupun pada mulanya ini adalah satu masalah dalam produksi, yang mana pelakon utama menarik diri saat akhir (3 minggu sebelum show), tetapi kami menyelesaikan masalah ini dengan baik, malah mendapat alternatif yang lebih fun dan mencabar. Berapa ramai anda lihat pelakon teater perempuan di negara ini main watak lelaki? Tak ramai sangat kan? Nah, bukankah ini gimik yang baik? Tidakkah anda mahu menontonnya?

3 comments:

PIE said...

hbat...wanita mmegang watak llki...t'igt muvee cj7...watak budak llki d pgng dak pmpuan...nampaknya lbih mnarik 'dari m ke m'...tarikan unik...

deennasour said...

hehe..pompuan jadik laki,,
bukan tomboy atau pengkid..
tapi sah sah jadi laki tulen..
ngehe...best2..mesti tgk~

Rai said...

Jaa memang pelakon yg bagus.Kalaulah dia dibayar setaraf erra fazira.Hehehe,jangan marah Jaa!

Yg nak diceritakan di sini bukanlah tentang teater Kak Len tapi teater Rai kat UPM nun.Sorry ya I enter frame pulak.But for sure my superiorr are not going to read this blog.Sorry gak tadi pagi kacau Kak Len, tanya itu ini.

Punca kekalutan tadi hanyalah disebabkan pensyarah empunya subjek drama tu (Rai tutornya saja) tak boleh datang ke salah satu mlm show.Juz becoz of dat, habis kami semua kusut otak tadi memikir panggung mana nak cari,pengankutan,logistik kalau buat di luar, publisiti,saper audien,bebudak UPM rugi kalau tak dapat tgk,duit lagi nak bayar sewa...bla bla bla!

Akhirnya dgn kuasa yg ada pada seorang wanita muda manja sepertiku,ewah...maka kupujuk-pujuk pensyarah itu supaya berkorban satu malam.Kami buat show 2 malam by the way.Tapi ni semua asam garam berteaterlah.Kita semua lebih dahsyat dari ni pun pernah hadapi.

Kan,Kak Len?