Tuesday, March 25, 2008

CATATAN PDZ

SYUKUR alhamdulillah, semalam 30 Mac selesailah sudah pementasan Dari M ke M di Stor Teater DBP. Saya nak ucapkan terima kasih kepada penonton yang hadir memberi sokongan. Pelbagai respon diberi dan semuanya saya terima dengan hati terbuka. Yang penting anda semua datang menonton, mendengar dan berkongsi isi karya ini dengan saya. Interpretasinya saya pulangkan kembali kepada anda, saya terima apa saja. Terima kasih sesungguh hati.

Tapi untuk entri ini saya nak menulis tentang proses dan pengalaman berkarya dalam produksi Peristiwa Di Zoo (PDZ) yang berlangsung pada 21 dan 22 Mac minggu lepas. Entri akan datang baru saya tulis pasal Dari M ke M pulak. Ikut giliran gitu ...

PDZ merupakan sebuah projek pelajar, yang mana di akhirnya Iswazir wajib menulis sebuah laporan yang bersifat ilmiah. Jadi dalam menangani naskah ini saya ingatkan diri saya bahawa "everything is about Iswazir". Saya mengawal diri saya daripada melakukan eksperimen yang bukan-bukan di atas pentas, sebaliknya saya perlu manipulasi teks Edward Albee itu untuk mengemukakan kebolehan Iswazir sepenuhnya di peringkat paling maksimum. Jadi saya berusaha sedapat mungkin untuk meletakkan Iswazir di atas pentas, membiarkan dia mendepani risiko beraksi tanpa sebarang bantuan untuk menyelamatkan tempo dan pacing persembahan. Hanya sedikit kesan efek sebagai audio untuk menjelaskan latar. Bukankah dia mahu dinilai sebagai pelakon? Jadi saya biarkan dia bertanggungjawab pada dirinya sendiri, dengan hanya dibantu oleh Ridzuan sebagai sparing partner beliau.

Pada malam pertama persembahan, energi mereka berdua agak rendah, menyebabkan saya hairan juga. Iswazir pula melakukan kesilapan yang tidak pernah dilakukannya ketika latihan. Walaupun selepas 15 minit kemudiannya persembahan berjalan lancar tetapi pada saya ia hanya so-so saja sebab saya pernah nampak mereka buat lebih bagus daripada itu. (Itulah sebabnya saya meminta show diadakan 2 malam, kerana saya selalu mengagak keadaan begini akan menimpa pelajar yang dinilai.)

Jadi selepas show malam pertama saya berbincang lagi dengan Iswazir dan Ridzuan. Saya minta mereka beritahu apa masalah mereka di pentas tadi. Akhirnya saya dapat mengesan bahawa energi yang rendah pada malam itu adalah disebabkan lontaran vokal Iswazir yang tidak bulat. Ini pula berpunca daripada perasaannya yang cemas dan psikologi dirinya yang goyah. Baru saya ingat sebelum show dia asyik mengadu pada saya yang dia rasa nak demam dan tekaknya sakit. Tapi saya yakinkan dia bahawa itu hanya gangguan psikologi sahaja. Iswazir juga tidak puas hati dengan persembahannya malam itu sehingga tengah malam pun dia sms saya juga bertanyakan apa pendapat saya. Jadi saya hanya katakan padanya bahawa tumpukan pada vokal malam esok kerana itu saja punca kelemahannya pada malam pertama.

Jadi untuk malam kedua, Iswazir mengambil nasihat saya dan sebaik saja dialog pertamanya diucapkan, saya tahu Iswazir telah berada di atas trek yang betul. Jadi saya ada sense yang persembahan malam ini akan lebih bagus. Tetapi, ketika segala-galanya berjalan lancar, tiba-tiba Iswazir naik ke atas kerusi dan mengucapkan dialog "Kisah Jo dan Seekor Anjing". Saya terpinga-pinga. Apa sudah jadi? Iswazir sudah lompat cue begitu jauh. Saya dapat nampak Ridzuan juga terpinga-pinga di pentas. Saya juga nampak lampu untuk cue itu sudah naik, walaupun sepatutnya adegan itu jauh lagi. Wazir sudah lompat banyak mukasurat untuk sampai ke situ. Saya rasa badan saya tiba-tiba menggigil dan sangat risau, sebab dalam masa yang sama saya nampak Wazir tiba-tiba sedar dia lompat cue. Kalau sikit saja mungkin tak ada masalah, tapi ini dia sudah lompat 10-15 minit punya cue. Tapi kemudian dengan selambanya Wazir tiba-tiba menggoreng segala benda dialog (yang saya tak pernah dengar pun ada ) hingga akhirnya dia kembali semula ke cue yang asal. Saya menarik nafas, lega - dan saya secara peribadi memberikan tepukan gemuruh kepada Iswazir untuk itu. Tapi cue lampu dah tak boleh tukar sebab nanti nampak sangat silap. Bagus juga sebab SM saya Adi dan Mira tidak kelam-kabut dan ambil keputusan yang betul.

Dengan kejadian malam kedua itu saya nampak Iswazir sudah menjejak satu tingkat kematangan dalam proses lakonan. Saya tak hairan kalau orang kata lakonannya bagus kerana ramai lagi orang lain boleh berlakon sebagus - malah lebih bagus daripada itu. Tetapi kredit perlu diberikan kepadanya kerana Iswazir menempuh pengalaman cemas itu dengan bijak dan berani. Kalau pelakon yang tidak bertanggungjawab dia akan let go saja saat saat itu kerana "penonton bukannya tahu pun". Tetapi tidak kepada Iswazir, dia bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang dia lakukan, dan dia berjaya! Pada saya itulah dia seorang pelakon yang baik. Bukan sahaja mengucapkan dialog tetapi bertanggungjawab kepada skrip yang dibawa serta mengambil keputusan yang betul untuk menyelamatkan rakan lakonnya.

Jadi lepas ini Iswazir akan faham kenapa saya selalu bising kalau dia "tunjuk muka" tak faham skrip. Saya selalu cakap "jangan setakat hafal skrip, tapi fahamkan ia". Kalau kita hafal saja skrip tu, maka satu perkataan kita lupa maka akan lupalah kita sampai habis show. Tapi kalau kita sudah faham dan masak dengan skrip itu, lompat sejauh mana pun maka kita tahu ke mana untuk berpatah balik. Kalau tidak makan hatilah rakan lakon kita nanti.

Jadi dengan kejadian yang berlaku dua malam ini, saya dapat lihat Iswazir dan Ridzuan berusaha bersungguh-sungguh menjayakan persembahan ini. Latihan 3 bulan di studio memberi manfaat besar ke atas segala tindak-tanduk dan keputusan yang mereka ambil di atas pentas. Saya sudah pesan, improvisasi melulu di atas pentas tidak dibenarkan, ad lib yang tidak dilakukan waktu latihan (kecuali emergency case) adalah diharamkan dan paling penting jangan over-shadow rakan lakon. Saya memang cerewet untuk sebuah projek pelajar. Iswazir nak pandang kiri atau kanan pun saya mahu tahu sebabnya. Setiap pergerakan mereka di atas pentas mesti "dapat izin" saya dulu. Ini penting untuk menjaga konsistensi teknik dan metod yang akan dijelaskan oleh Wazir dalam laporannya nanti.

Di sebalik semua ini, yang saya kagum adalah chemistry yang terjalin antara Ridzuan dan Iswazir. Chemistry adalah "menatang" yang adakalanya menjadi begitu sukar dicapai oleh dua orang pelakon (apatah lagi lebih). Tanpa chemistry maka berlakulah kejadian diva-mendiva di atas pentas. Adalah penting untuk saya menekankan perkara ini di peringkat projek sebuah pelajar, semoga jadi bekalan mereka apabila masuk ke industri profesional nanti.

Ridzuan telah membantu saya dengan sangat sangat sangat sangat cemerlang. Pada saya kehadirannya dalam produksi ini bukannya sebagai "pelakon" sangat, tetapi adalah sebagai sahabat saya dan juga mentor untuk Iswazir. Tetapi kadang-kadang dia terpaksa turun semula membuat pelbagai latihan asas walaupun sepatutnya dia dah tak perlu buat itu semua - tapi dia buat juga untuk menemankan Iswazir. Jadi di sinilah chemistry mereka terbina. Ridzuan tidak datang membawa perangai diva ke dalam produksi ini dan dia menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau sebagai seorang senior, dan di akhir produksi saya pasti Iswazir juga telah banyak mendapat ilmu daripada Ridzuan.

Di mata saya Iswazir adalah seorang pelakon muda yang mempunyai tenaga sangat tinggi. Dia juga seorang yang sangat ekspresif, adakalanya suka menjawab - buat saya hangin juga kengkadang, tapi kelebihan Iswazir adalah dia mampu membuka hatinya untuk menerima semua teguran dan kritikan dengan terbuka. Jadi dia lekas meningkat dengan cara ini. Ridzuan pula tidak dinafikan sangat matang dan berpengalaman. Kalau saya diminta mencari pelakon pembantu, pada saya Ridzuan adalah pelakon pembantu yang bagus untuk mana-mana pelakon utama. Dia boleh diharap untuk membantu menjayakan satu-satu persembahan. Ini adalah ciri-ciri yang unik pada dirinya, sukar saya temui pada pelakon lain. Kerana pelakon pembantu selalunya nak overshadow jadi pelakon utama, dan pelakon utama jangan cakaplah, lagi nak jadi pelakon yang terutama. Tetapi Ridzuan adalah seorang pelakon yang akan membantu orang lain dengan begitu cemerlang, trust me.

Jadi saya doakan Iswazir dan Ridzuan akan melangkah ke tahap lebih tinggi dan berkembang lebih matang. Juga saya doakan mereka menjadi anak seni yang bijak serta dihormati orang. Kalau sepuluh tahun lagi mereka menjadi ternama maka saya tahu usaha mereka itu sudah bermula dari sekarang. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Adi dan Mira, kedua-duanya SM saya yang sangat setia dan bekerja keras. Banyak kesukaran saya menjadi mudah dengan adanya mereka berdua. Begitu juga dengan Elia yang benar-benar bersusah-payah membangunkan produksi ini. Wang dan masa yang dicurahkan jangan ceritalah, tapi pengalaman dan ilmu yang mereka dapat lebih mahal harganya. Juga kepada Nizam, yang saya berikan kepercayaan meletakkan rekaan setnya di atas pentas. Saya selalunya sukar percaya kepada orang baru untuk melakukan kerja-kerja set kerana aspek ini adalah aspek kreatif yang paling halus dan perlu daya kreatif tinggi. Tetapi entah kenapa saya yakin dengan Nizam ketika kali pertama dia present rekaannya. Saya boleh rasa dia seorang yang kreatif dan bersungguh hati, maka dia telah buktikan keupayaannya dalam budget yang terhad. Juga kepada Shafri yang menata cahaya, semoga kali pertama ini menjadi pembuka ruang yang baik kepada kreativiti beliau. Oh, kepada Natrah juga yang setia menjaga efek. Pada malam pertama orang komplen audio bingit, saya pula dah tak ada masa nak tumpu pada audio dan Natrah telah ambil inisiatif sendiri memperbaikinya untuk malam kedua. Jadi saya memang perlukan orang seperti ini, yang boleh bekerja tanpa disuruh, yang tahu apa perlu dilakukannya. Saya tak lupa kepada seluruh krew produksi, baik di belakang pentas macam Pak Tam dan Ila, serta di bahagian FOH dan pameran, aiyooo.... nak sebut nama ramainyeee ... tapi mereka tahu siapa mereka. Sangatlah sukar untuk mendapatkan satu produksi tanpa banyak masalah remeh-temeh tetapi PDZ adalah salah satu produksi yang saya gemari kerana tidak ada yang nak jadi drama queen di dalamnya.

Respon yang saya terima juga sangat banyak. Saya terima semua dengan hati terbuka dan akan menjadikan kami semua lebih baik lagi di masa mendatang. Oh ya, juga para sahabat dan pemerhati yang menulis review khusus mengenai PDZ ini di blog mereka, anda boleh check-out tulisan Zedeck Siew di kakiseni, komentar Fazleena, tulisan Deenasour serta pendapat Hariry (hehehe yang ini buat saya tergelak golek-golek, anda semua mesti baca).

Saya akhiri catatan mengenai PDZ di sini. Entri seterusnya adalah mengenai Dari M ke M pula. Nanti anda akan dapat lihat bagaimana pendekatan saya terhadap projek yang bukan pelajar, memang jauh bezanya dengan projek pelajar ini. Jumpa nanti ya.

9 comments:

malau_mKm said...

asslamualaikum. tahniah dan syabas buat syarikat syabas air selangor sebab bekerjasama dengan kerajaan selangor bagi air fre 20 meter padu..hihi. bukan itu sebenarnya. sebenarnya nak ucap syabas kat team pdz n Puan Marlenny selaku pengarah n mentor. produksi yang mengkagumkan. puas hati walaupun saya datang dari jauh.

untuk MkM, syabas gak dengan persembahan yang sangat berjaya. kerja berpasukan yang cemerlang dan gemilang.

sori sebab malau_mKm x dapat join bersama lepas persembahan last. ada masalah dalaman. jiwa sengasara, badan gembira.

Anonymous said...

Puan Lenny,
saya tengok PDZ malam kedua. Klu betul ada kesilapan mcm puan cerita tu, mmg saya tak sedar pun. Hebat juga s Jo tu boleh cover. Tapi tang lampu tu saya perasan. Patutlah mcm pelik je lampu tu time dia dim. Tapi saya nak ucap congratz krn PDZ sungguh menarik. MMg bukan senang 2 pelakon berada di pentas dlm masa yg lama. Itu lah komen kwn2 saya yg dtg. Skrip ni mmg berat dan kdg2 perlu tumpuan utk difahami. Tapi puan lenny telah mengerjakannya dgn baik (bukan bodek) sampai saya rasa mcm nak berlakon di bawah arahan puan heheheh ... boleh tak? mana tau saya boleh jadi lagi baik.
Syabas & salam saya pada pelakon puan yg hebat hebat tu. Syg nya Dari Mke M saya miss. Outstation. Tapi member saya kata best. Lain sgt dgn PDZ. Mcm mana puan buat dua konsep berlainan dlm satu masa??? Boleh kongsi rahsia??? hehehe ...

deennasour said...

wow kak~
rupanya ada kezutan yg pian buat..
lampu mmg nampak sgt problem masa si jo sebut kisah anjing atas kerusi tu..
hehe.

apa2 pun tahniah..
best2...
sorry tak leh tgk Dari M ke M.

Rai said...

Salam Kak Len,

energi si wazir low malam pertama?Perghhh...bebudak Rai yg rata2 tak pernah tgk teater seumur dua umur hidup depa bukan main terbeliak bijik mata.Pengalaman baru yg menarik. Kalau low mcm tu pun depa kata bagus, apatah lagi malam kedua ek!

Tahniah Kak Len.Aktivis teater wanita negara ni mcm penyair wanita mudalah...sekerat dua kerat je.Tapi jgn panggil I aktivis tau, tak layak lagi. Cuma 'cikgu' drama dalam pendidikan je.Wakaka!Jemput datang anyway to my drama.Nama you pun I dah promo dalam blog minggupenulisremaja.blogspot.com.

Lenny said...

Salam kawan-kawan,

malau, i confuse laa tang jiwa sengsara badan gembira tu. Nampak mcm ok jee... ada masalah negara ke?? Kelantan tengah bergolak??? hehehee ...

adik anonymous, thank you. Biasalah bila kita buat teater takkan perfect punya. Kadang kadang latihan lebih bagus drpd show. Tapi yg penting pelakon-pelakon meningkat diri mereka lepas show kan??

emassuasa@jackie shroff ... hehehehe ... yeah ... flesh & blood ... yeahh ...

malik ... terima kasihhh ... errr ... do we know each other???

deen, tak ape dik. Lain kali kita jumpe lagi. Bulan April ni banyak show. Check dekat blog mekarbudaya, akak dah list down dah semua.

Rai, good luck. Aktivis tak aktivis, belasah aje (cogankata kak lenny sekarang) ...

terima kasih semua yg menonton & merespon.

mardhiah said...

Tahniah Leny, atas kejayaan MKM. tahu pun melalui Utusan hari ini.

Lenny said...

thanx mardhiah. Lama tak dengar cerita. Apa khabar???

mardhiah said...

Baik, alhamdulillah masih di KL atau sudah pulang Ranau ka Kundasang eh? wish boleh see Lenny in person.

Lenny said...

buat masa ini saya memang di KL. April ni maybe pulang sekejap ke Ranau. Insya Allah diizinkan Tuhan jumpalah juga kita satu hari nanti.