Friday, March 21, 2008

ADA APA DALAM ZOO (2) - Showtime

DALAM masa beberapa minggu ini, malam inilah saya dapat pulang lebih awal iaitu jam 11.30 malam. Jadi saya ada masa untuk menulis sekejap di sini, sebelum masuk tidur kerana esok perlu bangun awal pagi.

Tadi dilangsungkan full-dress rehearsal, esok menjelanglah show Peristiwa Di Zoo (PDZ) yang sudah 3 bulan kami kerjakan. Saya kira tugas saya sebagai pengarah secara teknikalnya sudah berakhir malam ini, kerana kami telah finalized aspek-aspek sinografi. Saya sudah menyerahkan sepenuhnya tugas dan perjalanan persembahan kepada Pengurus Pentas, Adi dan Mira, yang mana merekalah yang akan memberikan arahan dan memegang cue persembahan. Tetapi secara peribadinya selagi pementasan belum bermula dan berakhir, saya masih bertanggungjawab memantau Iswazir dan Ridzuan, memastikan mereka berada di atas trek yang betul. Di peringkat ini saya boleh katakan mereka sudah bersedia fizikal dan mental. Seluruh produksi juga sudah bersedia. Jadi saya harap dengan semangat dan energi yang mereka ada ini, persembahan boleh berjalan dengan lancar dan kesilapan biarlah diminimumkan.

Harapan besar saya, sepanjang produksi ini berlangsung semoga Iswazir, Ridzuan, Elia, Adi dan Mira mendapat pengalaman dan ilmu yang berguna dalam mengembangkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang ini. Saya secara fitrahnya berjiwa pendidik, dalam apa saja yang saya lakukan, saya sudah terbiasa menanam sikap menyebarkan maklumat dan ilmu setakat yang saya tahu kepada orang lain. Ini kerana saya percaya bahawa apabila satu ilmu kita sebutkan, kita akan dapat dua pula. Saya bukan seorang ustazah, guru tahfiz atau imam masjid yang berjuang menegakkan agama Allah menerusi ilmu pengajian agama. Tetapi syukur Alhamdulillah apabila Allah mensyaratkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan, selagi nawaitu kita tertakluk kepada kebaikan dan ingin menyampaikan sesuatu yang murni kepada orang lain, maka kita juga tergolong sebagai berdakwah ke jalan yang mulia - selagi kita tidak menghalalkan yang haram.

Saya pesan kepada adik-adik saya, terutama Iswazir dan Ridzuan yang akan naik pentas - bersihkan hati sebelum tampil di hadapan penonton, buang segala sikap perasan glamor dan diva things di atas pentas itu, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dijauhi sikap riak dan takbur, tanamkanlah niat mulia iaitu menyebarkan kebaikan kepada manusia yang datang menonton. Sekiranya perkara baik yang kita lafazkan di atas pentas itu tersemat dalam hati setiap penonton yang datang, maka sekiranya sepanjang hidupnya dia mengamalkan kebaikan kerana melihat kerja kita di pentas, insya-Allah kita juga sudah menyumbangkan kebaikan dan kemuliaan. Di peringkat ini, siapa kata kita gagal berdakwah menerusi bidang teater?

Akhir kata sebelum tidur, sesiapa yang sempat baca blog ini, kalau ada masa jemputlah datang menonton PERISTIWA DI ZOO. Semoga kerja kami ini dapat menjadi cermin kepada diri kami dan diri anda semua juga.

Sebelum itu sekali lagi saya tanya, ada apa dalam zoo? Jawapannya, dalam zoo terkandunglah apa yang ada dalam diri kita.

2 comments:

ajie said...

kak.. macm nak g tngok la..
macm best jer..heheh..

deennasour said...

ajie ni bukan dak upm ke?
haha...
Dari M ke M mggu ni..come2..mari2..