Sunday, February 3, 2008

ADA APA DALAM ZOO - PROLOG

HAH, ada apa dalam zoo? Ada harimau, gajah, singa, ular, badak sumbu, anjing laut, burung-burung, cipan, tenuk, kanggaru dan segala macam jenis haiwan ciptaan Allah Taala, termasuklah manusia yang mendominasi zoo itu sendiri. Manusia yang membinanya, menyelenggaranya, memeliharanya manakala sebahagian lagi melawatnya, mentertawakannya, membalingnya, mengejeknya, mengasihaninya dan apa saja. Sifat-sifat ini telah membentuk satu perhubungan antara binatang dan manusia yang tidak kita sedar dan enggan untuk kita ambil tahu. Maka kalau ditanya ada apa dalam zoo, maka saya jawab dalam zoo terkandunglah apa yang ada di dalam diri kita.

Saya kira itulah gambaran awal yang boleh diberikan mengenai naskah The Zoo Story yang sedang saya kerjakan sekarang. Naskah penulis Amerika, Edward Albee ini diterjemahkan oleh Puan Roselina Khir dan apabila sampai ke tangan saya, tajuknya diterjemah sebagai Peristiwa Di Zoo (PDZ). Menerusi proses adaptasi juga, latar asalnya dari Central Park New York saya pindahkan ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Alah, sebelah FINAS tu ...

Kali ini saya berkolaborasi dengan Ahmad Iswazir Ismail, pelajar tahun akhir jurusan Seni Persembahan (Drama) di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Iswazir memilih untuk dinilai dalam bidang lakonan. Begitupun bukan saya atau dia yang memilih naskah PDZ ini, sebaliknya dicadangkan oleh Puan Roselina Khir sendiri. Selalunya saya tidak akan mengarahkan skrip yang tidak saya kenal atau tidak saya gemari. Begitupun untuk projek ini, saya menimbangkannya sebagai sebuah projek pelajar, apatah lagi PDZ sangat sesuai untuk seorang pelakon menyerlahkan kemahiran dan tenaga lakonan mereka.

Bagaimanapun setelah saya membaca berulang kali dan mengadaptasi sendiri PDZ ini, saya dapati ada banyak pemikiran yang menarik perhatian saya. Ketika Albee menulis skrip ini pada 1958, dunia Amerika ketika itu sedang memacu perkembangan ekonomi mereka. Ketika ini teknologi penghasilan alat elektronik dan peralatan rumah sedang menggila. Secara sosialnya ia mewujudkan pelbagai tekanan kepada masyarakat kelas bawahan mengenai taraf dan kos hidup, yang mana nilai dan kualiti manusia diukur daripada segi pendapatan kewangan dan keupayaan memiliki harta-benda. Ini saya kira merupakan kesan Great Depression yang berlaku pada sekitar 1930-an diikuti ledakan Perang Dunia Kedua. (Soal Great Depression ini pula merupakan asas cerita Perhiasan Kaca yang saya arahkan pada 2006. Macam kesinambungan pulak.)

Tahukah kita bahawa di sebalik kebanggaan Amerika yang megah sebagai pengeluar dan pengendali kecanggihan teknologi dunia, sebenarnya masih ramai yang hidup di bawah tekanan kemiskinan, ketidakcukupan pendapatan untuk bersaing dengan golongan atasan, yang mana akhirnya ia membawa kepada satu penyakit sosial yang menjangkiti psikologi mereka. Manusia-manusia ini tertekan kerana taraf dan kelas yang tersisih, tidak mampu memiliki kemewahan seperti orang lain walaupun mereka telah mencuba sedaya-upaya. Jalan terakhir mereka adalah menyalahkan Tuhan kerana Tuhan tidak membuat apa-apa, selain menjadikan hidup mereka menderita.

Nah, tidakkah kemelut ini juga berlaku di dalam negara kita pada masa ini? Tidakkah ramai manusia di kalangan kita berhambakan duit dan harta-benda? Tidakkah ramai manusia yang mengukur manusia lain menerusi nilai gaji bulanan dan kereta jenis apa yang dipakai? Tidakkah juga ramai manusia di sekeliling kita yang menilai kualiti manusia menerusi pakaian berjenama di badan?

Inilah asas kepada munculnya karya ini, yang saya kira membawa pemikiran yang relevan untuk masyarakat kita hari ini. Sekiranya permasalahan ini telah timbul di Amerika seawal 1958, ketika kita baru setahun mengecap merdeka, maka saya boleh nampak bahawa inilah sebenarnya masalah masyarakat di Malaysia pada masa kini – ketika kita juga sedang menjejak negara maju dalam memacu perkembangan ekonomi. Kita bingung mengendalikan kehadiran zaman siber dan kita sering membayar harga hidup menggunakan harga diri.

Mengerjakan naskah ini, selain membantu Iswazir dinilai, saya harap dapat menjadi cermin kepada para penonton. Saya juga mengharap menerusi pementasan ini, saya dan para penonton dapat melihat diri sendiri di atas pentas. Pada saya pelakon yang baik bukan sahaja bergantung pada rupa paras atau kepandaiannya bermain kata-kata, tetapi juga adalah keupayaannya menyentuh hati penonton menerusi pemikiran dalam drama.

Okey, ini baru prolog. Kita bincang lagi mengenai PDZ dalam entri seterusnya.

12 comments:

SyukranYaHabibi said...

assalamualaikum kak Lenny, kita tidak pernah berjumpa tetapi saya suka baca tulisan kakak tambah-tambah kalau kakak tulis mengenai teater & filem. Saya mahu tanya: adakah The Zoo Stor ini sebuah drama absurd? Saya pernah membacanya, iaitu yg bahasa Ingeris dan saya merasakan ia ada absurdity. Tapi dlm masa yang sama ia juga ada elemen realiti seperti latar. Kalau saya salah, boleh tak kak Lenny terangkan bagaimana kita menentukan genre absurd dan realti dlm satu satu karya. Adakah ia bioleh bercampur aduk?

Saya tak sabar mahu menonton The Zoo STory yang diadaptasi kpd Peristiwa di zoo. maaf kak banyak tanya tapi konsep ilmu adalah bertanya kpd yg tau, betul enggak kak?

Saya juga suka bila kakak kata teater adalah cermin diri. Saya rasa kakak mesti memperbesarkan konsep ini melalui tulisan kakak seterusnya kerana saya perjatikan kakak boleh mengekspresi pemikiran menerusi tulisan, yg mana bukan semua org boleh melakukannya.

mohon dijawab soalan saya jika sudi. Trimas!

LennySiTuanRumah said...

Salam syukranyahabibi, enta dari Arab ke dari Acheh ni??? Hehehehe ....

Hmmm, bagus pemerhatian saudara terhadap The Zoo Story. Sebenarnya ketika berbincang dgn para pelakon, saya juga mengatakan bahawa ada elemen percampuran absurd dan realiti di dalamnya. Apabila Albee mengutarakan pemikiran bahawa Tuhan sudah mati ia adalah asas kepada lahirnya isme absurd, dan apabila salah satu dialognya menyatakan Tuhan sudah tidak mempedulikan kita lagi, ia juga merupakan satu pemikiran eksistensialisme yang mana berkembang begitu pesat dalam karya-karya penulis Asia Tenggara 80-an khususnya Indonesia (contohnya dlm naskah Awal dan Mira oleh Utuy Tatang Santoni).

Adakah absurd dan realisme boleh bercampur-aduk?? Saya sukar mengatakan tidak boleh, kerana ia hanyalah isme ciptaan manusia. Jadi tidak ada yang fix. Dengan segala logik yg kita kemukakan, ia boleh saja bercampur, walaupun ia jarang dan mungkin hampir tidak dilakukan. Kalau kita dapat mengesannya dalam The Zoo Story, saya kira mungkin kerana pemikirannya yang begitu absurdist, mempersoalkan perkara-perkara biasa tetapi akhirnya membawa kepada persoalan di luar jangkauan manusia. Allah sudah warning manusia jangan masuk campur soal as-Samiyyat, kerana itu di luar kuasa insan. Tapi inilah sebenarnya yang mengganggu manusia-manusia absurd. Kerana itu karya absurd sering mencabar konteks iman dan keTuhanan.

Dlm konteks Albee, dia membawa absurdnya masuk ke dalam realiti manusia. Dikatakan realiti kerana dia tidak menggunakan latar yang simbolis seperti karya absurd yang konvensional. Semua latarnya real, malah disebut lagi di Central Park New York. Jadi anda betul apabila mengatakan latarnya ada elemen realiti.

Tapi di akhirnya, mungkin saya akan decide bahawa The Zoo Story adalah sebuah absurd moden. Ciri-ciri absurd yang lama terhasil sejak zaman Beckett menulis Waiting For Godot, dan tidak ada masalah untuk penulis seperti Albee melanggar ciri-cirinya tetapi mengekalkan falsafahnya. Dunia penulisan dan kesenimanan memang begitu. Tidak boleh terlalu tegar dan rigid.

Oh my God, syukran bawa kak Lenny bincang panjang. Nantikan entri seterusnya.

hazwin said...

kak, dulu saya ada ambil kursus drama sbgai elektif saja. sampai skrg saya masih tak paham apa beza realisme dan absurdisme. mungkin sya x byk membaca kot. boleh tak akak bagi contoj? ada tak penulis di negara kita ni buat drama absurd?

Rai said...

Antara contoh binatang yang Kak Len sebut ''bla bla bla...kanggaru..''.

Binatang tu yang paling best pun!Muahaha!Lebih2 lagi yg disorok di dalam tempayan bagaton.Ooops!

LENNY said...

Rai, sebenarnya nak tulis kanggaru tu yang pertama sekali, tapi takut kena badi ... hehehehe ....

Hazwin, kak Len bukan pakar sgt dlm bidang ni. Bolehlah bagi jawapan paling basic. Kalau nak tau lebih kena tanya tokoh dlm bidang ini.

Absurd secara literal/ istilahnya merujuk kpd perkara yg tidak masuk akal, manakala realis mengangkat perkara sebenar di sekeliling. Jadi dari segi konsep asas kedua-duanya sudah jauh bertentang. Realis itu aliran moden yg melanjutkan stail-stail klasik Barat. Ia menjadi realis kerana corak penulisan yang berstruktur serta idea yg common. Absurd (dan byk aliran lain) lahir apabila karyawan mendapati realisme tidak cukup untuk mengekspresi pemikiran mereka. Realisme mengongkong dan terlalu banyak peraturan membosankan. Mcm dunia yg sebenar jugalah. Jadi aliran lain ni kiranya melawan "kepoyoan" realis. Manakala absurd itu paling kuat berasaskan kpd pegangan "Tuhan Sudah Mati" kerana manusia-manusia lepas zaman perang sangat kecewa dengan keruntuhan bangsa dan kemusnahan moral mereka. Lalu mereka mempersoalkan kenapa Tuhan ada kalau manusia mesti menderita. Jadi lihat ya, perkembangan drama juga adalah respon kepada perkembangan historik dan sosiologi manusia (malah psikologi dan mcm mcm logi lagi).

Di Malaysia ada penulis absurd tapi dijelaskan sebagai "absurd ala Malaysia". Kak Len kurang pasti siapa memulakan istilah absurd ala Malaysia ini, mungkin Solehah Ishak kot. Kerana di Malaysia tidak sampai kepada pemikiran penulis untuk mengemukakan prinsip Tuhan sudah mati, tetapi ia ditransformasikan kpd kekecewaan terhadap sistem; pelbagai sistem. Ia lebih bercitrakan politikal Malaysia pasca merdeka. Mungkin ada percubaan membabitkan konteks agama tapi tidak begitu berani. Karya-karya absurd dipelopori oleh tokoh seperti Dinsman, Hatta, SN Syed Alwi dan orang kata SN Nordin Hassan juga. Tapi Nordin Hassan memperkenalkan alirannya sebagai fitrah.

Woii hazwin, kau nak suruh kak Lenny bagi kuliah sini??? Pergi cari buku dik, baca dan pergi cari tokoh, bertanyalah.

penonton said...

kak, saya kompius ckit apa pulak beza surealis n absurd?

lenny said...

Wahai adik penonton,

surealisme tu asalnya adalah satu gerakan budaya yg start di Paris pertengahan 20-an, pengasasnya Andre Breton. Kebanyakan surealis waktu tu adalah golongan penulis dan juga visual artist. Perjuangan asal gerakan ni menumpukan pada falsafah untuk melawan tradisi art yang menghalang kebebasan individu dan dorang nak tunjukkan bahawa penulis/ artist boleh berkarya menerusi penerokaan melangkaui batas imaginasi, impian dan keinginan manusia (imagination, dreams and desire).

Di tahap ini kalau nak bincang pasal surealisme yang kompleks dan mendalam, kak lenny surrender. Kena cari orang yang lebih pakar.
Tapi basicly, hanya menerangkan sekitar ruang lingkup drama pentas - SUR tu disamakan dengan SUPER atau MELANGKAU/ MELAMPAUI/ MELEBIHI. Jadi SUREALISME itu boleh kita katakan satu aliran yang melangkaui realiti.

Contohnya pernah tak adik menonton sebuah persembahan drama, tiba-tiba ada babak mimpi, atau imbas kembali, atau imaginasi yang dimunculkan di hadapan penonton. Macam dalam Death of Salesman, Willy Loman sering bercakap dengan abangnya Ben di hadapan penonton, walhal Ben sudah mati. Ia muncul dlm kenangannya, maka babak sebegini sudah MELANGKAU REALITI. Drama ini penuh dengan babak imbas kembali. Jadi walaupun ramai kata Death of A Salesman sebuah realis, tapi elemen surealis mendominasi drama ini. Pasal itu ia jadi bahan perdebatan.

Di Malaysia, elemen surealis boleh ditemui dlm karya kegemaran saya, iaitu drama Tok Perak by Syed Alwi. Karya-karya SN Noordin Hassan juga sarat dengan elemen surealis dalam aliran fitrahnya.

Jadi balik pada soalan, apa bezanya surealis dengan absurd. SUREALIS melangkau realiti - ia tidak real pada masa ia ditunjukkan - tetapi ia sebenarnya pernah wujud atau memang wujud atau belum wujud tetapi jika wujud pun ia masuk akal. Contohnya watak Ben itu pernah hidup dan kita terima ia muncul sebagai imbas kembali.

Berbeza dengan absurd, its totally absurd. Biasanya absurd langsung tidak menunjukkan clue yang membolehkan ia diterima akal. Ada sahaja perlakuan, atau perkataan atau pemikiran dlm drama absurd yang tidak masuk akal.

Jadi secara asasnya, kak Lenny boleh terangkan begitulah. Surealis tidak real tetapi ia masuk akal. Absurd pula langsung tidak masuk akal. Tetapi kedua-duanya adalah cara penulis memberontak atau meneroka pemikiran untuk lari daripada kebosanan dan kejelekan realiti.

Anonymous said...

kak.lenny
pertama sekali eddy mmg teruja nak tgk pengarahan kak.lenny... dulu masa mahkamah keadilan... fes.teater... eddy sgt suka karya kak.lenny.
tambahan pula... kak.lenny mengarah iswazir..
pertama sekali pandangan peribadi eddy terhadap lakonan dia
dlm penganti zen... di panggung ialh dengan berkata'hebat betol vokal dia...'
kemudian eddy pernah belakon dengan dia.. walaupun sekadar korus utk penganti zen makum.. eddy sempat mengikuti latihan bersama dia.. walaupun dlm produksi tu eddy pernah exsident 'tulang belakang beralih... tp eddy tetap join ... anak seni tak akn mengalah... lepas tu mak eddy sakit.. eddy blik kg sekejap.. lepas tu cpt2 eddy blik kl.. nak join latihan.. walaupun mak tak pulih lagi... anak seni.. korbankan semuanya..
masa tu eddy nampak iswazir naik bersama kak.jah.. bgus betul kata2 eddy lagi dlm hati ' bagus betul energy dia' mabuk dia mcm dah biasa... mgkin dah buat 2 kali..
kemudian eddy tgk dia dlm m ke m.. arahan kak.jah
walaupunwaktu tu eddy tlg sbg hair stylis je.. tp eddy semapat tgk latihan dan show dia memang dia membantu kak zurin.. marah dia tu menjadi...
sekali lagi kami bergabung ... kali ni dlm delima baginda sultan.. walaupun show ini last minit.. eddy tgk dia menjadi sgt masa adegan bersama fina.. sampai tengelam fina.. dia bwa watak raja.. kata hati eddy ..wah.. nampak dia betul2 menghayati...
setelah 4 show edy tgk dia belakon... musim makum tiba.. walaupun tak dpt join.. tp eddy menyokong kwn2 .. eddy suka mira lain dia dlm makum ni.. berubah dr miss julie... mira menjadi kami ni.. tp kak lenny eddy kecewa dgn lakonan iswazir.. nampak diri dia.. kadangkala nampak dia dlm penganti zen , kadang2 nampak dia dlm m ke m... dan ada kalanya mcm sultan dlm delima sultan.. walaupun dia telah berusaha ke arah pembentukan watak lelaki american... bukan eddy tak suka dia
tp eddy tak suka dia dlm makum kali ni...
itulah yg eddy nak perkatakan dlm kelas puan soleha.. tp telah di salah ertikan oleh orang lain... sbb tak sempat eddy nak terangkan kenapa dan mengapa puan solehan membantah.. kerana dia punya pandangan yg baik utk trem...
eddy harap iswazir terus berjaya dlm kerjaya dia sbg palakon berkebolehan.. eddy sgt kagum dgn bakat dia.. sbb eddy sendiri baru sahaja mendapat aura lakonan diri setelah 3 thn dia ask dan 2 thn di um.. dia hanya seketika di um dah punya aura sendiri.. tp kita dlm dunia seni ni kena kreatif ... jejaklah langkah kak.lenny yg dr dulu eddy kagumi...
semoga kak leny dan iswazir terus sukses dlm teater akhir projek ini...

* duni seni ni kecik je...

kak lenny said...

hai eddy, apa yg terjadi pada iswazir kita namakan sebagai stereotaip. Sekiranya kita berlakon dalam dua produksi berturut-turut dlm jangka masa terdekat, hanya proses latihan yang dapat membantu untuk membuang karakter terdahulu. Sekiranya proses latihan tidak cukup, maka pelakon akan jadi stereotaip, dengan membawa karakter terdahulu kepada produksi seterusnya. Ia bukan terjadi pada iswazir saja, malah kak lenny dan ramai pelakon lain mengalaminya. Ini boleh diatasi dengan meningkatkan keupayaan kita mencipta imaginasi baru dalam setiap lakonan baru.

Mengenai kekecewaan eddy pada teguran trem itu, sabarlah. Apabila kita bagi pendapat, tak semua orang akan menerimanya. Tapi yang penting eddy dah bersuara, thats it. Itu lebih baik daripada diam tapi bercakap di belakang, betul tak??? Jadi, jangan risau. Kehidupan kita begitulah prosesnya. Kita tak akan dapat sokongan semua orang, tetapi pendirian yang kuat akan menjadikan kita dihormati oleh kawan dan juga lawan.

Berbanyakkanlah sabar.

Anonymous said...

Eddy ingat lagi Karya pengarahan kak lenny dlm mahkamah keadilan.. wow mmg meletopzz... hebat.. eddy suka sgt... matang danb masak.. mantap dan berisi... bukan itu sahaja ble eddy tgk Lakonan mantap kak lenny dlm singa dan permata mmg eddy ingat smpai sekarang.. lucu dan sempoi... itulah aura seorang insan yg berilmu... ble dgr kak lenny mengarah iswazir.. eddy terasa sesuatu yg bakal di persembahkan oleh kak.lenny... terutama ble eddy sendiri pernah dulu melihat lakonan iswazir dlm penganti zen panggung bandaraya.. eddy terdetik dlm hati ....budak ni ada vokal yg bagus... mcm student aswara.. mcm pengiat teater yg mahir...’ bila mamat ni mabuk .. look real …’ sekali lagi puan rose bawa penganti zen ke makum.. selepas show di panggung bandaraya… Lakonannya dlm makum penganti zen di dtc um.. Nampak kematangan setelah masak berlatih tambahan dua kali dibawanya.. lain dr kak.jah yg bru membawanya .. kerana mengantikan puan.watie.. bru kawin.. huhuhuh tiba musim persembahan penilaian thn akhir… kak jah mengarah zurin… iswazir sekali lagi membawa watak utama … watak sbg m Berjaya dibawa dgn cemerlang kerana rasa tu ada… marah dlm sedih.. dan segalanya Nampak.. dan abg ijat sendiri menyukainya….
Kemudian iswazir beraksi dlm Delima baginda sultan bersama saya dlm delima baginda sultan… walaupun teater ini tidak cukup masa utk masak dan cukup matang.. tp hari kedua persembahan ini mendapat pujian dr kak ani ask dan en.hanafi… saya sendiri suka dengan semangat saya mlm kedua tu.. dan saya sendiri melihat lakonan kwn2 selepas saya keluar.. iswazir sekali lagi beraksi dgn bagus ble watak bersama fina.. dan saya lihat fina hamper tengelam… itulah dia ble tak cukup tenaga.. yelah cik fina kita tu agak berisi .. kena menari lak..huhuhuh iswazir mentain… bgus dia waktu tu… tp malang sekali apabila semua lakonannya itu tidak ada variasi… marah… mabuk.. jiwang… dll.. dia teperangkap dlm TREM… ble dia tidak cukup masak dgn wataknya… seperti dia memetik sedikit dr setiap lakonan lamanya… Watak dia tak ada beza dlm m ke m, penganti zen dan lain2 tak ada perubahan . Eddy puji adik yusri yg belajar mengkaji dan mencari pembaharuan cth dlm jerung vs u, dia bwa watak polis yg ala2 kartun, watak itu menjadi dan diingati org....itulah yg eddy utarakan dlm kelas puan solehah.. tp, tak sempat nak terangkan puan solehah potong skp eddy, nak wat cam ner dia pensyarah.. dia ratu... dah tergantung la ayat eddy.. justru itu jadilah spikulasi dr kwn2 yg mengambarkan eddy tak suka iswazir… emrmmm bukan mcm tu kwn2 … eddy mmg tak ada masalah dgn org yg tak menganggu hidup eddy.. wat per nak gaduh dunia seni ni kecik je.. nnti abis blaja kita akn bekerjasama… kesimpulannya eddy puji kak leny, tak pernah nak emosnal,… sentiasa rasional… semangat ini yg harus kita cari kawan2 adik2 aku.. huhuuh umur dah 27thn ni .. dah tua..huhuhuh good luck iswazir dan kak.lenny.. eddy sentiasa meyokong…eddy yakin dgn kehebatan dan kretiviti imaginasi kak lenny pasti kehebatan bakat iswazir dapat di gilap dengan cemerlang sekali.... cayok2

Anonymous said...

Thanks for this post, it is great

Lista ria said...

ceritain dongg secara singkatny ttg the zoo story tu apaan kak ?