Friday, February 22, 2008

ADA APA DALAM ZOO (2)

PERNAHKAH walaupun dalam satu saat, tiba-tiba anda rasa hidup anda tidak mempunyai apa-apa makna dan hala tuju? Pernahkah anda menganggap diri anda sebagai seorang manusia yang malang (loser) - dan menganggap bahawa apa sahaja yang anda usahakan atau kerjakan tidak pernah membawa hasil atau kebaikan kepada orang lain? Pernahkah anda beriya-iya membandingkan diri anda dengan orang lain, dan memutuskan bahawa orang lain memperoleh segala-galanya sedangkan anda langsung tak pernah dapat apa yang anda inginkan? Pernahkah anda bertanya secara peribadi kepada Tuhan, kenapa dia tak pernah beri apa yang anda minta? Akhirnya pernahkah anda terfikir mahu lekas meninggalkan dunia ini kerana kehidupan anda tidak memberikan keuntungan kepada diri anda mahupun sesiapa pun, apatah lagi kepada Tuhan?

Kalau mana-mana daripada soalan ini anda jawab "Pernah", maka anda saya kategorikan sebagai spesis JO.

Pernahkah anda rasa hidup anda berjalan dengan sempurna mengikut keinginan anda? Pernahkah anda terfikir yang anda sudah memiliki segala yang perlu ada untuk kehidupan ideal seorang manusia? Pernahkah anda terasa bahawa hidup anda sudah lengkap dan tidak perlu untuk meningkatkan apa-apa kualiti, kerana anda sudah bahagia dengan apa yang anda perolehi pada waktu ini? Pernahkah walau satu detik pun tiba-tiba anda merasakan bahawa rutin hidup anda berjalan dengan baik, tanpa masalah dan anda tidak tahu apakah yang tidak ada dalam hidup anda?

Kalau mana-mana daripada persoalan ini anda jawab "Pernah", maka anda sesuai dikategorikan dalam spesis PIAN.

Siapakah JO dan PIAN? Inilah dua manusia yang akan anda temui di dalam ZOO pada 21 dan 22 Mac ini. Seorang manusia yang merasakan hidupnya malang dan tidak cukup serba-serbi dan seorang lagi manusia yang merasakan dirinya kecukupan segalanya, dan tidak pasti apa lagi yang tidak ada di dalam hidupnya.

Bukankah kita juga begitu? Bukankah kita selalu merungut kalau tidak dapat membeli televisyen lcd plasma yang berharga RM5,696 sedangkan duit kita cukup untuk beli televisyen berjenama Vega dengan harga RM 268.00? Kita juga tidak puas hati kalau tidak dapat memandu kereta Jaguar sedangkan kita sekarang boleh ke mana-mana sahaja dengan hanya memandu sebuah Kancil? Hal-hal materialistik memang menjadi keutamaan diri manusia mengatasi hal-hal kerohanian. Kita puas hati kalau khatam Al-Quran sekali sahaja dalam hidup. Kita takkan rusuh hati untuk mencari guru tafsir untuk kita memahami sesungguhnya kandungan kitab suci itu. Apatah lagi nak memperbaiki tajwid atau mendalami taranum. Apa yang saya katakan ini adalah apa yang berlaku dalam diri saya sendirilah, bukan orang lain saja.

Inilah antara sebahagian lagi persoalan yang ingin saya utarakan menerusi drama PERISTIWA DI ZOO ini. Kualiti kerohanian dan spiritual dalam diri manusia akhir zaman sudah merosot. Apa yang mengawal kita sekarang adalah gaya hidup penuh material. Kita cenderung membandingkan sesama manusia menerusi hukum penampilan fizikal - definisi cantik adalah "yang kurus dan ramping", definisi kaya adalah "mereka yang penuh gemerlapan dengan jenama mewah membaluti tubuh", definisi up to date adalah "mereka yang sentiasa seiring dengan trend antarabangsa - contohnya pakai baju nampak pusat atau nyanyi lagu Inggeris aje". Akibatnya, ramai manusia yang enggan dilihat ketinggalan zaman, terpaksa dan memaksa diri mereka meninggikan kualiti materialistik dalam diri, menjadikan stail Barat sebagai kiblat keduniaan walaupun Rai kata cakap Inggeris sepatah haram pun tak reti. Bukankah itu satu hipokrasi yang dahsyat?

Dalam hal ini, orang-orang yang sedaya-upaya menghipokrasikan diri, tetapi tidak juga berjaya mengejar standard orang lain (kerana orang lain mampu dan dia tidak), akhirnya akan menyaksikan hidupnya berakhir seperti JO. Manakala manusia seperti PIAN harus terus berusaha mengatasi tekanan daripada orang seperti JO, kerana sedikit sahaja nilai goyah dalam dirinya, maka hidupnya juga berakhir tidak lebih baik daripada JO. Jadi dalam apa hal sekalipun, kemenangan mutlak tetap berpihak kepada TUHAN MATERIAL. Inilah sebenarnya neo-kolonialisme dalam masyarakat global sekarang ini. Bukan lagi kolonialisasi dalam bentuk senjata dan perang, tetapi material menjadi tuhan dalam hidup manusia, mengatasi kepentingan pengisian rohani dan agama. Allah sudah mengatakan bahawa Dia tidak membezakan umatnya mengikut bangsa, keturunan dan warna kulit melainkan iman. Tetapi manusia menolak firman ini dan akhirnya seperti saya katakan tadi, manusia membezakan sesama manusia lain menerusi kualiti material dan fizikal. Masyarakat Melayu di Malaysia juga contohnya sudah ada perangai memberikan label "MELAYU SANGAT" kepada orang yang masih memegang nilai ketimuran, kerana mereka terlalu megah menjunjung trend antarabangsa. Pada saya inilah golongan yang sakit jiwa dalam masyarakat kita. Tapi ini semua dogma siapa??? Tanyalah diri kita sendiri.

JO melontar persoalan, "Apakah bezanya manusia kelas atas tengah-tengah, dengan manusia kelas bawah tengah-tengah?" Saya harap kita semua akan menjawabnya bersama-sama apabila menonton drama ini.

Jadi anda tergolong dalam spesis mana? JO atau PIAN? Saya harap kita semua lebih waras daripada mereka berdua.

5 comments:

Rai said...

Eh, ada juga nama aku dalam ini gambar ya Labuuuu!Hehehe!

Isu Melayu sangat ni memang seronok kalau buka meja.Berjam-jam boleh sembang topik ini saja. Orang yang dimaksudkan pakai nampak pusat macam orang putih tapi cakap orang putih pun tak reti tu ada satu kes lagi. Dia kena buat tugasan tentang kolonialisme di Asia dan kesannya kepada kesenian.

Tekalah siapa yang menjadi ensiklopedianya kalau bukan makcik yang Melayu sangat yg tengah tulih komen ni.Huhuhu!

Yatti said...

Kak Leni, you buat I teruja nak menonton.

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft software list, [url=http://firgonbares.net/]buy leopard software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] discount software house review price of softwares
cheapest software [url=http://firgonbares.net/]office plan software[/url] adobe photoshop cs4 for mac serial code
[url=http://firgonbares.net/]free macromedia flash 8 software[/url] kaspersky 7 key
[url=http://firgonbares.net/]photoshop software for sale[/url] store building software
buy pocket pc software [url=http://firgonbares.net/]software key for adobe photoshop cs4[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]computer software discounts, [url=http://murudobaros.net/]software shop of america[/url]
[url=http://murudobaros.net/]downloading software[/url] office basic software windows vista boot disk
college academic software [url=http://murudobaros.net/]to buy spss software[/url] canada for software
[url=http://murudobaros.net/]office software for linux[/url] buy cheap microsoft software
[url=http://murudobaros.net/]acdsee download[/url] is oem software
nero smart start [url=http://murudobaros.net/]cheapest vista software[/b]

Anonymous said...

[url=http://hopresovees.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]student discount on microsoft office 2007, [url=http://vonmertoes.net/]adobe photoshop to buy[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] ict software shop macromedia flash player software for
bible software academic [url=http://hopresovees.net/]the software store[/url] software store uk
[url=http://bariossetos.net/]fix office 2003 oga update[/url] BPM Studio 4 Pro
[url=http://hopresovees.net/]microsoft software help[/url] Advanced Mac FileMaker Server
buy old software [url=http://hopresovees.net/]cheap software licenses[/b]