Monday, January 21, 2008

UMS JUARA FESTIVAL TEATER MAKUM 2007

MALAM tadi berlangsunglah majlis anugerah Festival Teater antara Universiti Malaysia (MAKUM) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Pada mulanya untuk blog ini saya nak beri ulasan tentang semua kumpulan yang bertanding. Tapi oleh kerana ada dua tiga persembahan yang saya terlepas, maka saya ulas berdasarkan keputusan juri sahajalah. Apa tidaknya, 16 buah IPTA bertanding selama seminggu (13 - 20 Januari), dan ada satu kumpulan yang buat persembahan jam 9.30 pagi. Kalau saya, jam 9.30 tu baru nak panaskan badan dan vokal. Tapi saya senang hati kerana semua persembahan yang raih hadiah utama sempat saya tonton, kecuali Misi oleh UiTM yang dapat tempat kedua.

Alkisahnya, juara yang menang besar tahun ni ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS) membawa teks Syajar karya Ismail Kassan. Kemenangan ini sangat menepati ramalan saya dan kawan-kawan, kerana persembahan UMS pada malam 19 Januari berada jauh melepasi standard MAKUM yang pernah saya saksikan dalam tempoh 5 tahun ini. Awalnya saya masuk ke panggung dengan jangkaan yang sangat rendah kerana sepanjang menyaksikan persembahan UMS tahun-tahun sebelumnya, mereka selalunya tidak menjanjikan apa-apa yang hebat. Maklumlah, dari seberang laut, apa sangatlah yang boleh dibawa naik kapal terbang tu. Tetapi jangkaan saya silap, malam itu saya - malah rata-rata yang menonton - sangat terpesona dan kagum, hingga akhirnya persembahan mereka layak menerima standing ovation daripada penonton.

Mustahillah mereka sempurna, tetapi dalam masa persiapan hanya kurang daripada 5 jam, saya fikir UMS cemerlang di pentas MAKUM. UMS menyapu bersih hampir semua anugerah artistik serta arahan terbaik, tetapi tidak menerima anugerah dalam kategori lakonan. Walaupun pelakon mereka yang memegang watak Tukang Tilik menjadi calon favourite untuk menang Pelakon Wanita Terbaik, secara peribadi saya rasa untuk menang anugerah ini, pelakon bukan hanya perlu tampil bagus di pentas, tetapi watak itu sendiri mestilah mencabar. Kadang-kadang kita berlakon dengan bagus tetapi watak itu tidak mencabar. Siapa-siapa pun boleh buat begitu. Jadi kualiti watak itu juga mesti tinggi untuk pelakon membuktikan keupayaan mereka.

Di tempat kedua adalah UiTM Perak yang mementaskan Misi karya Faisal Tehrani. Saya tidak tengok persembahan ini tetapi rakan-rakan kata pementasan ini bagus. Malah sebelum UMS buat persembahan, ramai yang kata UiTM akan jadi juara. Begitupun saya arif benar teks Misi ini. Ia adalah sebuah teks yang berdiri kuat di atas pembinaan karakter, manakala plot serta dialognya sangat dramatik. Jika Misi sampai ke tangan pelakon yang baik, maka Misi akan jadi sangat hebat. Jadi saya rasa UiTM mempunyai pelakon yang hebat kerana kedua-dua mereka menang anugerah Pelakon Lelaki dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Di tempat ketiga adalah pementasan Ayu Si Putih oleh USM Pulau Pinang. Saya sebenarnya tidak tertarik dengan persembahan ini. Tetapi saya tidak nafikan kekuatan pelakon wanitanya yang juga berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Saya lupa namanya tetapi kalau tak silap dia juga orangnya yang menang Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan 2007. Penghayatannya kuat dan emosinya ditumpahkan dengan benar dan realistik di atas pentas. Mungkin pengadil menimbangkannya sebagai sebuah persembahan yang bersih dengan kesilapan minimum, tetapi saya tetap rasa ia tidak begitu menarik malah tidak meninggalkan kesan pun pada saya.

Dua kumpulan yang meraih Anugerah Khas Juri aka Kumpulan Harapan adalah Universiti Malaya (Trem Bernama Desire) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Ara). UM meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Nur Amirah Sukawan) dan UKM meraih Rekaan Set & Prop Terbaik. Saya sedikit kecewa kerana saya jangkakan UM boleh sekurang-kurangnya tempat ke-3. Tetapi saya ada pendirian yang murni dalam pertandingan, iaitu "hormat keputusan pengadil". Tapi saya setuju dengan ulasan ketua juri Dr Zainal Latif pada sesi sidang ilmu, bahawa walaupun UM membariskan pelakon yang mantap (keempat-empat mereka tersenarai pencalonan akhir), tetapi kemantapan mereka tidak cukup mencapai kehendak naskah.

Trem Bernama Desire karya Tennessee William adalah naskah Amerika, yang berkisar tentang gelojak nafsu (desire), keganasan seksual, pertembungan desire lelaki dan wanita serta interpretasi manusia Barat mengenai seks dan kehidupan yang langsung tidak sama dengan alam Melayu-Islam kita. Saya mengakui naskah ini sangat berat untuk diinterpretasi kerana kita harus melanggar semua batas dan dinding moral bangsa dan agama untuk mencapainya. Tambahan lagi ia sebuah realiti. Jadi pemilihan naskah telah memerangkap UM daripada memperbaiki rekod pencapaian, setelah pernah juara 2 tahun berturut-turut (2004 & 2005) serta naib juara pada 2006.

UKM pula memberikan persembahan yang ceria dan menghiburkan, tetapi mereka memberi tanggapan seolah-olah tidak perlu bersungguh-sungguh untuk bermain teater. Seperti ada satu aliran bahawa teater itu adalah gelak ketawa semata-mata. Kalau penonton ketawa maka tercapailah maksud buat teater. Tetapi perlu diingat bahawa teater lebih daripada itu. Teater tidak harus jadi pentas main-main, semua benda dibuat lawak sehingga langsung tidak meneroka elemen RASA yang sangat penting dalam pembinaan sebuah teater.

Selain keputusan ini, kumpulan-kumpulan lain menerima anugerah pelakon harapan kerana semua anugerah utama didominasi oleh lima IPTA ini. Secara peribadi, saya kira keputusan ini telus dan tidak perlu dipertikai. Walaupun saya berada dalam kem UM, tetapi saya dan anggota produksi Trem Bernama Desire sangat bersetuju untuk kemenangan mutlak memihak kepada UMS.

26 comments:

Rai Muda Jauhari said...

Salam Kak Len,

1)Kalau johan sayembara tahun lepas tu, si miliyanalah.Mak oii, menang kemain member tu ya...!Heheh!Rujuk entri sayembara di blog hamba.Ooops!

2)Persembahan trem memuaskan hati walaupun kata hamid chan, yg kita buat dlm kelas dulu bagus lagi.Lain org lainlah matanya.Tapi benar, kita kena cukup 'ganas dan gasang' untuk main trem tu.Banyak yg perlu dilanggar.Kalau tak, hasilnya jadi mcm drama samarinda jelah.

3)UMS mempesonakan?Uisyh, rugi ceq tak tengok!Tryla risik2 sapa adigurunya.Khalid Salleh jugak ke?

4)Sape yg tak puas hati UM tak menang tu?Kui kui kui...pergi buat pertandingan sendirilah, sendiri berlakon ,sendiri jadi hakim. Namanya bukan MAKUM tapi MAKAM.Hadiahnya award bentuk batu nisan.Muahahahahahahaha!

Anonymous said...

salam...
saya slh sorg yg tlibat lam produksi syajar...
bley sy tau komen tuk teater syajar ni?

LENNY said...

Aha Rai, agaknyalah Miliyana tu kot. Sampai sudah i tak dengar nama sebenarnya disebut. Sebabnya brosur diorang i tak dapat, waktu curtain call, i dah keluar. Pamerannya i tak tengok dan pada mlm anugerah, diorang umum pemenang sebut nama watak bukan nama pelakon. Waktu show mula-mula i tak perasan tapi bila dengar monolog openingnya mcm baca sajak terus i dejavu. Tengok wajahnya iras-iras seseorang hehehe u know who .... dari USM pulak ... heh ... kompomlah tu.

UM buat trem tu ganas & gasang jugak sampai set bergegar dan pelakon tembus dinding hihihi .... tapi rasanya UMS tu bukan Khalid Salleh kot adigurunya. Tak dak pun kredit utk Khalid Salleh atau i yg terlepas. Tak taulah, adik yg anonymous tu boleh tolong jawab kot.

Adik anonymous, dah sah-sah Syajar persembahan yang bagus. Tapi semestinya tak sempurna kan. Tapi kak Lenny nak bagi lima bintang utk disiplin dan persiapan pentas. Kalau tengok you all punya penataan pentas dan artistik, kita orang tak percaya semuanya dibuat dlm masa singkat. Cuma lakonan mungkin perlu diperdalamkan lagi, kerana rata-rata pelakon masih kedengaran "membaca" skrip dan bukan mengucapkannya. Paling selesa dilihat sudah pastilah si Tukang Tilik itu. Tapi mungkin sebab konflik wataknya tidak mencabar, maka ia tidak membantu utk meraih anugerah lakonan. Sampaikan salam utk semua produksi UMS. Keep up your good work. Teruskan cabaran untuk MAKUM seterusnya, harap kita boleh sama-sama set standard yang tinggi untuk teater di negara ini.

RAI, kalau nak tau siapa yg tak pueh hati tu, tunggulah sesi bergossip kita kat KFC. Sini tak boleh, banyak spy ....

Anonymous said...

mmg tdk dinafikan tukang telek selesa dgn watak.dia ada membuat kajian bkaitan watak tu.ada pelakon yang masih baru dan pertama kali berlakon untuk festival.terima kasih atas komen.kalau boleh kakak explain in detail kelemahan stiap plakon.

ZIR GCARL said...

sy jga ada pegi tengok teater syajar yang ums perform tu. Sy d jemput tengok sebenarnya sebab mereka yg terlibat tu kawan2 sy..xsangka yg perform n tenaga produksi tu kawan2 sy yg study d ums. huhu...nak komen juga la...dari awal hingga tamat dorg best...huhu..mmg org terlalu ramai sgt mlm tu berbanding dengan hari2 lain...sampai ada org kena berdiri d tepi la... sempit giler la..sy juga memuji teknikal dorg sb sempurna sgt..em..best la dorg. overall...sy langsung xnampak kesilapan atau kecacatan dorg..sebab itu la..the end of the show..sy pun turut bagi standing ovation bersama2 semua..huhu..then lepas habis show tu sy pegi belakang stage jumpa dorg...penat mulut sy asyik memuji kemantapan dorang saja...wakakaka..sy tanya yg orang nyanyi tu rakaman ke?..rapanya tidak tp ia dinyanyikan secara live oleh dorang..rupanya yg nyanyi tu kwn sy juga nama dia Ann..sedap nya suara dia..huhu..well..patutpun semasa dorg baru sampai d um sy tanya dorg yg dorg lakonkan apa nanti..dorg xnak bg tau. nanti xsuspen konon. anyway..mmg mantap..
eh..sori la sy terkomen banyak pulak..wakaka..bye..

Anonymous said...

aku deja vu...

waktu baca brosure UMS hari tu ada tulis kt bawah dia kredit utk KTR, UKM sbb menyumbangkn lagu utk SYAJAR diorg baru2 nih.

pastu br teringt aku pernah tgk SYAJAR versi UKM utk MAKUM 2002/2003 kalo xsalah aku.lps tu diorg bawak lagi utk Fest Teater S'gor 03.

aku dejavu bila tgk UMS pny SYAJAR baru2 ni.90% lbh krg sama dgn versi UKM pny.plg sama adlh lagu.sbijik siot.dr segi pakaian,prwatakn pelakon dan efek2 lain... sebijik.cuma UMS ada tambah bnd br iaitu hantu dia naik rail. ku just respek yg tu je,sbb bnd baru.yg lain aku dh pernah tgk.

aku pelik jgk,aku tny KTR diorg pny tenaga pengajar,dia diam je.aku jmp pengarah ARA,dia senyum je.dia ckp tu rezeki diorg.aku malas la nk ambik tau byk2 hal.

hmm..cuma nk komen sket je.xadil bila ckp UKM xserius buat teater tu.aku komen sbg org yg xde kena mengena dgn UKM.bg aku, bbanding dgn grup lain, KTR telah mdefinisikan pemain teater itu sndr.pelakon dia bmain ruang dgn sebaik mungkin.level dan blocking yang sgt baik utk sebuah naskhah komedi.bkn mcm sesetgh grup yg blakon mcm drama tv.ingt ada 2,3 kamera depan muka bleh ambik shot2 blainn.

jgn la ckp diorg memain sbb bg org gelak ketawa.dh nama pun naskhah komedi,xkan nak bawak seserius MISI?komedi diorg bkn komedi kosong.penuh dgn kritikan sosial dr awal smpai hbs show tau.bbanding dgn grup lain yg serius je cerita diorg tp xsampai.

aku belaja naskhah asal ARA dulu kt Uni. Indonesia. tajuk asal dia DHEMIT.paling last dipersembahkn adlh pd thn 1984.lps tu xramai yg berani bt citer tu sbb takut xsampai.bila aku tau ada grup nk bt naskah tu utk MAKUM br2 ni aku teruja siot.sbb waktu belaja dulu mmg njoy gila bedah skrip tu. mmg lawak gila dan lawak bkn lawak kosong.dan tgk UKM buat br2 ni aku respek diorg sbb berjaya mterjemahkn skrip tu atas pentas.
siap ada lagu tema,ala2 muzikal yg aku lgsg xpernah tfikir waktu belaja skrip tu dulu.tp bkn rezeki diorg.nk bt mcmn.tp kalo aku jd juri aku bg sume anugerah plakon harapan pada sume pelakon2 hantu ARA sbb yg dpt br2 ni bg aku xlayak lgsg.

cuma ARA ada kelemahn dr segi special efek.bila cite psl antu kita kena ada efek yg xtlintas dlm fikiran.itu yg berat naskhah ARA ni.

br2 ni aku ada tgk kt grup friedster KTR,UKM pny.kt situ ada gambar2 yg mnunjukkn diorg bkn main2 dlm mhasilkn produksi diorg baru2 ni.apa2 pun aku respek gila kt pengarah dia sbb tahun lepas dia berjaya buat utk MAKUM naskhah Titik-Titik Hitam yg sgt berat n kompleks.smpai Mior Hashim ada sembang dgn aku yg dia dulu try nk arah citer tu tp xberani sbb sgt berat.then tahun ni pengarah yg sama buat citer komedi pulak.dan sgt mhiburkn bg aku.so KTR,UKM ada pengarah yg versatile skrg.dan yg aku tau UKM xde fakulti seni.aku sembang2 dgn pengarah dia pun,dia bdk multimedia.so,aku respek habis kt UKM sbb diorg bleh hasilkn lebih baik dr grup yg ada fakulti seni.

aku tgk sume show MAKUM br ni.apa yg bleh aku oserve,UMS pny crowd xseramai UKM pny crowd utk ARA.dan standing ovation utk ARA sama je bilangannya dgn SYAJAR.

aku bkn pro UKM cuma seronok tgk diorg pny show bbanding dgn show lain.sori utk UMS sbb aku xenjoy sbb dh pernah tgk versi yg 90% sama dgn KTR pernah buat dulu.bg aku, aku kecewa dgn MAKUM kali ni kerana 2 tempat atas dimenangi oleh grup yg bagi aku hanya meniru idea org utk psembahan.sori to say, MISI UiTM juga adlh sebiji yg aku tgk Misi versi Adlin Aman Ramli dgn Khir Rahman.sebijik siot. kalo MAKUM kali ni mementingkn phasilan idea bukan peniruan idea, aku choose UKM 1st, UM 2nd, dan USM 3rd.

Anonymous said...

maaf la kepada dejavu...

mmg tdk dinafikan bahawa apa yg ukm bawa tu mmg suatu yang mantap...

tp kalau nak kata ums meniru dlm hal ni, saya kurang bersetuju dlm hal ni.saya slh seorang yang tlibat lam produksi syajar.bg saya, kami tidak melakukan peniruan dalam hal ni.kami hanya pernah mendengar cerita orang lain.sebab yang jelas ialah semua pelakon yang terlibat dalam produksi syajar tidak pernah pun menonton teater syajar yang dpersembahkan oleh ktr.tambahan pula ahli produksi syajar kebanyakkannya 'freshie' dalam teater.dari sudut pelakon, pencinta alam tidak pernah menyertai mana-mana produksi serius selain dari syajar.pencinta alam juga tidak pernah menonton syajar KTR.tukang telek pula mengkaji sendiri watak.tukang telek juga tidak pernah menonton syajar KTR.gadis seorang pelajar tahun satu yang tidak pernah berlakon dalam mana-mana teater besar mahu pun yang kecil.ini pendedahan pertamanya.cik puan seorang pelajar bukan seni juga membuat uasaha sendiri dengan bantuan ahli produksi lain.intan, watak yang kami bawa berbeza dengan watak intan yg syajar bawa sebelum ini(melalui cerita orang).kami bawa watak intan ke arah sesuatu yang kurang menakutkan.penikam ekor 1 & 2, mereka sering bertukar ganti bg mencari keserasian.petugas pekan, mencari identiti cina untuk petugas pekan.dia tidak pernah pun meniru watak petugas pekan sebelum ini(tidak tahu macam mana petugas pekan sebelum ini).kesemua pelakon yang terlibat tidak pernah menonton teater syajar sebelum ini.adalah tidak wajar mengatakan ums melakukan peniruan kerana peniruan tidak akan wujud tanpa melihat apa yang ingin ditiru.teknikal pula majoriti terdiri dari tahun 1 yang tidak pernah terlibat dalam dunia teater.
berkaitan dengan misi, saya pernah berbual dengan 'engku dafa'.dia tidak pernah pun menonton adlin amam ramlee dan khir rahman.dia sendiri hairan apabila saya mengatakan dia melakukan obervasi kepada yang misi adlin dan khir.tapi 'engku dafa' mengakui dia melakukan observasi kepada teater misi yang dilakonkan oleh pensyarah @pegawai.saya ada menonton sedikit video tersebut.memang tidak dinafikan, mempunyai persamaan dengan gaya lakonan adlin dan khir.adakah peniruan dilakukan oleh uitm atau pelakon video tersebut?
saya juga tidak menafikan ke'elitan KTR dan UM.dua buah produksi yang mantap dan sering mendominasi makum.tapi wajar difikirkan kita bukan juri penentu.

Anonymous said...

mintak maaf...dejavu mintak maaf.
tak ada niat di hati nak gaduh. just bagitau apa yg terlintas di fikiran.

memang salah saya sebab bila baca balik komen saya tu.macam terover la pulak komen tu kan.

mungkin salah saya adalah sebab pernah menonton teater2 versi2 lain. maafkan saya.kalo terprovoke oleh kata2 saya,saya minta maaf. tabiat dari kecil macam tu.

mungkin kalau saya tak pernah tengok versi2 lain mungkin saya boleh enjoy show tersebut.cuma tak payahla kecil hati sebab saya bagi pendapat daripada kaca mata saya seorang saja.bukan mewakili sebahagian rakyat Malaysia yang menonton MAKUM baru-baru ni.

maaf dipohon.teruskan usaha anda lagi pada tahun mendatang.

Anonymous said...

buat dejavu...

saya selaku ahli produksi syajar tidaklah berkecil hati sgt.tapi wajar difikirkan apa yang ingin dikatakan.seperti juga misi yang dejavu maksudkan, pada awalnya saya juga berpendapat mereka melakukan imitasi adlin dan khir.tapi saya lihat ada kelainan sedikit.contohnya melalui dialog "man ko ni betul-betul macam anjing aku".melalui misi adlin-khir, dialog ini dilafazkan dalam nada menghina.tapi misi uitm pulak, engku dafa melafazkan dalam nada marah.walaupun saya merasakan ianya tidak sesuai, tapi kelainan sudah ada.
saya sendiri memikirkan adakah wajar saya menyatakan bahawa misi uitm melakukan imitasi misi adlin-khir.tapi saya tidak luahkan selagi saya tidak bertanya sendiri dengan pelakonnya.seperti yang saya katakan, 'engku dafa' uitm tidak pernah menonton misi adlin-khir(kalau tidak silap saya).mereka menjadikan misi yang dilakonkan oleh pegawai-pensyarah sebagai sumber rujukan(pegawai usm sekarang kalau tidak silap saya).mungkinkah imitasi kepada misi ini?tapi itu hak mereka.kerana kalau pun mereka imitasi, mereka sudah berjaya.

buat dejavu...
adakah saudara/i ni merupakan ahli produksi dejavu seorang wanita(festival teater perak)?

boleh bagi emel untuk berhubung.saya suka dengan pandangan saudara yang berpengalaman dengan dunia teater...

TUAN PUNYA BLOG @ LENNY said...

kepada sahabat-sahabatku,

anonymous 1, saya tak bermaksud utk merendahkan persembahan UKM. Saya hanya mengulas keputusan juri dan memandangnya dari sudut pertandingan. Klu ini sebuah persembahan biasa, memang UKM lah yang menang di hati penonton. Tapi apabila kira bab pertandingan, maka byk aspek diambik kira. Salah satu markah besar dlm teater adalah keupayaan pelakon memetik suis emosinya hingga menjadi pelbagai. Teater sendiri adalah permainan gerak, emosi dan rasa. Siapa yg dapat bermain bersungguh-sungguh "DALAM PERTANDINGAN" maka dialah menang. Alaa ... saya umpamakan UKM ni macam Mawi laa. Kalau ada sms mesti menang sebab ada aura dan penonton suka. Tetapi pengadil punya banyak pertimbangan dan itu yg kita harus hormati.

Saya juga tak nafikan pencapaian UKM memang hebat dan meningkat dari semasa ke semasa. Tapi yalah, kita tak akan menang selalu. Dulu UKM kuasa besar dalam festival teater, skrg rodanya dah turun, org lain pula ada di atas. Lain kali mungkin rodanya naik semula. Saya sendiri "kaki pertandingan". Pernah menang gilerr dan pernah juga kalah teruk tapi tak ada apa-apalah semua tu. Yang penting diri kita meningkat setiap kali selesai pertandingan.

Mengenai tiru-meniru ni, itulah masalahnya kalau bawa teks yang sama. Saya juga sudah tonton Syajar versi UKM tu, tapi saya tak boleh kata sama dgn Syajar versi UMS. Mesti ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Teks Syajar klu dikerjakan dgn baik dan kreatif oleh sesiapa pun pasti akan memberikan impak hebat. Mengenai lagu yang sebijik sama tu, entahlah. Itu kena rujuk soal hakcipta. Adakah sesiapa memegang hakciptanya??? Atau lagu itu milik bersama beberapa org yg boleh dimainkan dim produksi yg lain???

Sama juga dgn Misi, kalau nak ckp pasal peniruan, sebenarnya ada satu lagi versi yg lebih hebat drpd Adlin & Khir iaitu versi yg menang Festival Teater Malaysia 2003. Semua versi ni sebenarnya nampak similaritinya disebabkan oleh teks. Kreativiti saja membezakan. Jadi soalnya, MAKUM ini tempat aktivis amatur. Mereka masih muda utk mencipta sebarang perkara berbeza & kreatif. Kalau buat skrip yg sudah mapan, perulangan hal yang sama tidak akan dapat dielakkan kerana dlm skrip itu mungkin sudah meminta begitu. Kalau diubah nanti penulisnya marah. Kerana itu sepatutnya skrip-skrip baru diperkenalkan supaya tidak timbul soal-soal begini.

Tapi yg lebih penting kita semua bersatu dlm seni. Kan??? Dalam produksi UM kami sering berpesan-pesan supaya menonton semua persembahan orang lain dan "mencuri" kekuatan mereka untuk bekalan masa akan datang. Manakala kelemahan orang lain jadikan cermin supaya tidak buat benda yang sama. Jadi dengan cara ini kita akan sentiasa menapak ke depan, bukan melangkah ke belakang. Menang memang bagus, tapi kalah pun tak apa. Itulah manisnya pertandingan.

Selalu-selalulah berkunjung ke blog ini utk bertukar fikiran ya. Salam sahabat.

(Woi, korang letaklah nama. Asyik anonymous memanjang....)

p.a. said...

UMSian.

saya bersetuju dengan pendapat pemilik blog.saya memberi respond balas sebab saya juga mengharapkan respond balas dari semua pihak.jadi melalui respond ni, saya dapat belajar sesuatu yang tidak saya belajar dalam kelas.

bkaitan dengan lagu syajar tu, memang tidak dinafikan lagu tu milik ktr.tapi rasanya lagu itu sudah dibenarkan untuk dipakai.pencipta lagu juga ada turut menonton masa Syajar UMS.

bagi saya KTR n UM memang kuasa besar MAKUM...saya merasakan GTEL UMS merupakan adik kepada KTR.walaupun pada malam penutupan tu,ada segelintir manusia yang bersalam dengan 'adik' dengan memandang sebelah mata sahaja.

salam perkenalan dari seberang laut china selatan.

haikal_fadzil said...

oit..sudah...sudah...
macam kenal je orang yang menggelarkan dirinya dejavu ni.
mesti minah yang sembang dengan
aku lepas show UMS baru-baru ni.
sudahlah tu dejavu.kitorang relax
je la.adat la kalah dengan menang tu.apa-apa pun kami puas dengan show kami.tak menang pun
tak apa asal dapat menghiburkan penonton dan dari pihak kami puas hati semasa persembahan kami tamat. kawan-kawan dari UMS,jangan
risau,hubungan diplomatik kita
lancar seperti biasa.dan aku wakil
kepada yang 'pandang sebelah mata'
tu minta maaf. biasalah.jiwa kacau
kejap.itulah KTR.ahli-ahlinya
macam-macam ada.Insya Allah lepas ini ARA akan di'repair' lagi.
Insya Allah ARA akan bertandang
ke Singapore untuk show.Jadi
doakan kejayaan kami disana.
cuma satu saja yang aku nak komen pasal makum baru-baru ni.bukan nak
komen pasal show tapi pasal makum
tu sendiri.pelik kenapa festival macam ni untuk merapatkan silaturahim antara mahasiswa berlainan universiti,tapi sebaliknya jadi.masing-masing merasakan diri mereka terhebat, buat kerek,sombong, nak ajak berbual pun rasa takut kalau tak dilayan.mungkin penganjur boleh
la fikir macamana nak perbaiki perkara ni.festival bukan pertandingan.sebab bila sebut pertandingan,relevan la kalau rasa macam nak menghapuskan saingan
saingan kita.tapi ini festival, suatu yang meriah,ceria dan penuh warna-warni.memandangkan makum yang dah lepas ni adalah yang terakhir bagi aku.tak dapatlah nak merasa makum yang lebih baik lepas ni.
huhu...sedih...

p/s:macam kenal je blogger dari ums ni. tengok ayat macam ngko je mus. betul ke ngko tuh??oit..jawabla.. jawabla...!!!

tuan punya blog @ lenny said...

haikal fadzil,

good luck for Singapore's show. Jgn bawa nama KTR UKM aje tau, bawa nama Malaysia sekali hehehee....

Komen awak pasal MAKUM tu sebenarnya saya pun setuju. Kitorang dlm produksi pun selalu merungut kenapa tak ada bengkel atau sebarang aktiviti merapatkan silaturrahim. Tapi takkanlah kita orang nak komen sebab UM tuan rumah nanti lepas MAKUM kena banned pulak hehehehe .... waktu sesi sidang ilmu tu kita orang mengharapkan ada orang dari grup lain cakap pasal benda tu tapi tak ada pun. Semua asyik tertumpu pada soal pertandingan tetapi tidak soal penganjuran. Harap-harap benda ni berubah nanti.

Thanx semua and good luck. Peace.

haikal_fadzil said...

huih..mesti membawa nama Malaysia sekali.mana pergi sekalipun Malaysia tetap dijulang!!! doakan saja kejayaan program tu.

sebenarnya pasal MAKUM tu pun kami dari KTR memang nak laser habis-habisan waktu malam sidang ilmu tu,tapi kalau dapat kedudukan top 3 la.KTR memang track record suka melazer dalam sidang ilmu tu tiap-tiap tahun. hahaha... tapi bila dah dapat tempat ke 5 tu kami pun sedar ruang,so aku nasihat budak-budak just diam diri saja dan dengar komen pengadil sebab kami ramai ahli 1st timer.ambil pengalaman.ingat lagi kitorang lazer othman zainuddin tahun lepas dengan cik rashid kebudayaan UM. hahaha... berani nak mampus KTR ni.

cadangan tu banyak. lagi bagus kalau buka satu forum khas macamana nak menambahbaikan festival tahunan kita ni.nak taip kat sini memang panjang lebar.nanti kalah pula
tulisan blog tuan punya page ni... hahaha....

P.A. said...

from UMSian...

haikal, saya bukan mus.tapi salah seorang 'adik' kpd mus.saya lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTR sebagai 'abang' dalam membantu 'adik' G-TEL.

saya juga merasakan adalah wajar diadakan aktiviti yang merapatkan hubungan antara universiti.saya ternanti-nanti bengkel atau apa-apa aktiviti yang mengumpulkan semua peserta dr sluruh IPT yg tlibat.

buat 'ara' yang akan dipentaskan di singapore, tahniah kepada perfomance makum.kami yang berada di kem G-TEL terhibur sehinggakan dialog-dialog 'ara' menjadi bahan perbualan kami.terutamanya dialog rajan@hantu cina.hehehe...

sampaikan salam kepada yus dan pisang.dua abang yg rapat dgn G-TEL.

P.A.

Anonymous said...

P.A tu Pencinta Alam ke? Yang hensem pelakon utama produksi Syajar kan... Nak berkenalan tapi tak sempat.. Congratulations to your guys... Best la tengok show korang dan UKM... Ketawa ja...

TQ

BALADEWA_UMS said...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

saya juga merupakan ahli dari kem G-TeL UMS yang pergi ke MAKUM baru-baru ni..saya cuma nak katakan, menurut penasihat G-TeL (paham2la siapa tu), syajar versi ums bukan satu peniruan,kita buat banyak eksperimen dan kita tahu apa yang kita buat dan faham tentang teks 'syajar' tersebut. mengenai lagu 'syajar' yang dibawakan oleh ums, pencipta lagu bagi lagu tersebut iaitu pisang telah memberi kebenaran menggunakan lagu tersebut semasa ums bertanding dalam festival teater sabah 2007 yang lalu lagi dan beliau tidak mempunyai masalah mengenai penggunaan lagu tersebut.lirik lagu itu pula memang terdapat dalam skrip karya ismail kassan itu.

namun begitu janganlah kita jadikan festival teater MAKUM sebagai tempat untuk menunjukkan kehebatan kita. kita ni amatur dan perlu banyak untuk belajar dan mendalami ilmu teater ini. saya bersetuju dengan haikal yang mencadangkan MAKUM membuat satu bengkel untuk mengeratkan lagi ukhwah fillah antara mahasiswa dari pelbagai IPTA di Malaysia.kitalah sebagai mahasiswa IPTA yang cintakan seni teater ini membawa dan mengangkat teater malaysia ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan, insya Allah...

Saya sesungguhnya tertarik dengan teks 'ara' yang membuatkan saya ketawa tidak henti-henti dari awal hingga akhir.tahniah kepada haikal selaku pengarah yang dapat menghidupkan 'ara' pada malam pementasan yang lalu.

semoga hubungan baik KTR dan G-TeL akan terus kekal selama2nya..last sekali, boleh send x teks 'ara' tu pada saya hehehe...hidup kita ini memang terapung-apung...terapung-apung...

ROGER N OUT!
BALADEWA UMS

P.A. said...

look like this entry was da most popular entry in this blog...
hehehe...
jadi medan perbincangan dunia teater makum...
keep going for it...
we will spport for it...

Anonymous said...

salam...
just want to introduce myself...
im the one of the member of MISI(AKSENT UiTM PERAK)
ok la...
just nak bagi sedikit opinion lah tentang ape yang ramai orang kate kan tentang plagiat yang kononnye dilakukan oleh kami...
ok...
begini...
actually saye menyedari yang sebenarnya kelab kelab seperti KTR(KELAB TEATER RIMBA),G-TEL DAN juga production yang veteran dalam MAKUM seperti UM,USM dan sebagainya memang top dalam TEATER MAKUM...
and MISI yang dibawa oleh UiTM ni sebenarnya bukan dari kampus induk Shah Alam...
All the man power includes our advisor sebenarnya datang dari kampus Perak punye UiTM....
and actually this is the first time ktorang sampai ke peringkat tertinggi macam ni...
before sampai ke MAKUM ni,
kitorang kene lepas 2 pringkat(pringkat zon dgn UiTM sEMALAYSIA)sebelom sampai ke MAKUM ni..'
so nak dikatekan disini...
kalau kami dikatekan plagiat, sah sah la kitorang punye production(AKSENT)dah tersangkot awal2 dah...COZ JURINYE PON LAIN....
and summore Encik Mior Hashim Manap tu la yang jadi judge mase kitorang bertanding untuk uITM sEmALAYSIA dulu....
so dari mane asasnye dikatekan plagiat disitu????
mungkin skrip yang kami ambil dari samada misi adlin-khir atau yang lain lain adalah same, tapi cube anda semua fikirkan yang dilihat disini adalah cara pelakon menaikkan skrip yang diberi ke dalam pementasan...
bagaimana skrip yang hanya dilihat di atas kertas boleh dilangsungkan ke dalam bentuk aksi dan reaksi...
plagiat tidak salah tetapi yang penting di sini pelakon harus tahu untuk memberikan imej lakonan yang berlainan daripada pelakon yang sebelumnya yang membawakan watak yang sama.........itu yang harus difikirkan....

SALAM....

p.a. said...

ahli misi...
saya tidak merasakan kalian plagiat adlin n khir...
saya juga merasakan kalian berhak menang pada mlm tersebut...
saya begitu benci kepada watak engku dafa.diaberhak untuk memperoleh anugerah berkenaan.malahan selepas malam anugerah saya sempat berbual dengan engku dafa.

segulung tahniah buat engku dafa.
tidak lupa juga dengan warga misi yg lain.
karenah kalian di dalam bas mencuit hati.

salam ums...

lenny said...

adik-adikku, jom baca entri terbaru kak Lenny. Semua pasal anda.... hehehhe ....

PIE said...

akak, 'nur' tu skrip akak ke?

Kak Lenny said...

ya Pie, itu skrip drama pentas kak Lenny yang pertama. Waktu buat tu kak Lenny masih seorang pelajar dan ilmu pun cetek sangat lagi. Baru nak cuba menulis. Asalnya buat untuk kelas penulisan di ASK tahun 1999. Lepas tu kitorang pentaskan buat pertama kali pada 2001 sempena festival teater. Sekarang skrip tu dah dipentaskan banyak kumpulan teater di seluruh Malaysia dan pernah dapat tempat ke-3 dlm festival teater kebangsaan oleh UMS Sabah. Kalau tak silap pelakon wanitanya dapat pelakon wanita terbaik.

Kenapa, pie pernah baca??

PIE said...

xprnh baca lg...
tp ms sy pg mlawat plakon wnita tu dia bgtau la yg 'nur' tu akak pnya skrip...
bru sy tau...
sbb sblm ni sy xtau...maklum la sy bru nk bjinak2 dgn teater...

Nezz said...

Ungu Production dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) pun bawak teater ni masa Festival Teater Inter-Kolej (Festik) UPM baru-baru ni and menjadi johan keseluruhan.

Anonymous said...

saya tonton MISI sampai habis. mmh hebat.hebat.hebat.
dialog sampai dan setaraf dengan universiti level.dan saya juga tonton Misi 2003, jauh bezanya.. dialog dan byk improvisation.

saya rasa jauh lagi bagus dari lakonan asal 2 pelakon yg menang pada tahun 2003.itu hanya pendapat. namun, UMS juga hebat. tahniah.