Monday, July 2, 2007

SALAM YANG PERTAMA

Assalamualaikum,

mesti Rai gelak tengok saya dah mula ber"blog". Berbulan-bulan cuba nak mula tapi tak lepas-lepas. Tahun lalu dah mula daftar nama blog, tapi sampai semalam, entri dan segala macam isinya langsung tak ada. Daripada boleh bukak laman blog sampai tak boleh nak bukak dah, agaknya blogspot.com pun dah menyampah tengok tuan punya blog ni tak jenguk-jenguk. Tapi malam ini, lepas berjam-jam menghadap komputer dan cuba nak faham selok-belok blogging, saya pun cubalah menghidupkan yang baru. Harap-harap hidup teruslah, dan harap-harap ada entri terus menyusul lepas ni. Kalau tak, tinggal kenangan sajalah ...

Apa nak cerita untuk entri yang pertama ni?

Dua hari lepas saya baru menamatkan misi bersama adik-adik saya dalam Grup Teater MEKAR, mementaskan teater Melati & Melur sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2007. Saya gembira sebab segala-galanya berjalan lancar. Energi para pelakon pada malam 30 Jun lepas sangatlah tinggi dan luar biasa. Saya puas hati pada tahap yang saya sendiri tetapkan. Memanglah sudah tentu dan pasti ada kelemahannya, tetapi melihat mereka beraksi pada malam itu selepas hampir 2 bulan berlatih, saya tahu mereka telah memberikan usaha 200%. Jadi, kesimpulannya, saya gembira dan puas hati. Kalah menang itu kerja hakim dan akhirnya juga adalah berbalik kepada rezeki daripada Allah.

Esok saya akan mula balik latihan Selipar Jepun bersama pengarah sensasi lagi kontroversi Dr Zulkipli Mohamad. Dalam produksi ini saya bekerja dengan Ijat (saya memang gembira dapat berlakon dengan dia), Kak Nani (penolong pengarah) dan adik-adik saya - Zamri, Intan, Alif, Syarafina & Ahmad Iswazir. Saya meneroka diri saya yang berlainan dalam drama ini, kerana sepenuhnya saya akan bercakap dalam dialek Kelantan! Sumpah, ini bukan kerja senang! Saya orang Sabah bah ... jadi kadang-kadang waktu latihan kami ketawa berguling-guling sebab dengar macam ayam mengembek atau kambing mengiau, tapi ia sangat menarik.

Kalau tak ada aral melintang, pada 5 Julai ini saya, Dr Zul, Hamid Chan, ibu Dasfeina dan beberapa lagi kakitangan lain akan ke Seremban, mewakili Pusat Kebudayaan UM menghadiri acara/ persidangan mengenai Adat Perpatih. Mungkin ada apa-apa yang boleh saya tulis nanti. Insya Allah.

10 comments:

Rai said...

Yoohoo!

Ayam mengembek dan kambing mengiau?Tanya abg hamid chan, hanjing me...apa pulak?

Ya, saya sedang tergelak sambil berguling-guling mencengkam perut apabila melihat sesuatu yang dinamakan ENTRI di sini.Hehehe!

Rai pernah baca cerita Kemboja tu, termasuklah cerita Abg Nasri menyambut kepulangan Kak Len di 'hari pertama' pemergian. Keh8x!

Happy blogging!Mana shout box?

Anonymous said...

semoga sukses dengan blognya

malau_77 said...

Allhamdulillah, semoga panjang umur blog ni ya...

saya akan jadikan ini tempat lepak internet. kadang-kadang asyik dok chating...bukak friednster boring gak.

so, jangan lupa letak rempah ratus yang yang baik-baik supaya juadahnya nak ditambah selalu.

bOt@k MeTro Fm. said...

huargh..huargh...(tau maksud perkataan ini...apa??? tak tahu...maksudnyer gelak...kakakakak)

disini ingin saya buat pengakuan...ni lah kali pertama aku memasuki blog orang selepas dua minggu aku memBOTAKkan kepala..huargh..huargh....blog saper ni...best ker...huargh..huargh....(laser)
emm..aper pun biarla blog ni dapat kita jadikan tempat melepaskan apa saje yang teraser di hati.....tapi nak lepas angin..lepaskan di muka aliffff..haurgh..huarg..

sekian terima kasih

(botak metro)

afill said...

kak leny tak bestt....

kak leny said...

saper yang kata aku tak best...haaaa

afill said...

sajer main2 hehehe...

kak leny said...

takper i tak kisah...heheh

bOt@k Metro Fm said...

DI SINI BOTAK NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KAT K.LENNY SEBAB BERPUAS HATI NGAN LAKONAN BOTAK..DAN SUARA BOTAK SEBAGAI DJ RADIO...MOGA KAK.LENY SUCCESS SELALU.....


bOt@k Metro Fm

LENNY ERWAN said...

hek eleh bebudak nih. Alif & ahmad, lepas ni kak lenny jumpa korang aku sekeh kepala sorang-sorang hehehehe ....